Orang kata berkahwin bukan perkara yang boleh dibuat main. Kalau setakat berpegang pada cinta setengah mati sekalipun, kalau tidak ada ilmu rumah tangga, tiada ilmu mengurus anak-anak, sikap zaman bujang masih dibawa sehingga sudah berumah tangga, alamatnya rumah tangga yang dibina sukar untuk dipertahankan. Jadi, sebab itulah perkahwinan memerlukan persediaan dalam diri untuk menggalas tugas dan amanah yang baharu. Seorang lelaki berkongsi cerita di laman facebook miliknya tentang cara yang boleh dilakukan untuk menangani sikap isteri yang garang. Tidak dinafikan, ramai juga wanita bergelar isteri yang bersikap garang. Jadi, bayangkanlah jika dapat pula suami yang panas baran. Memang kerjanya bergaduhlah setiap hari dan boleh membawa kepada kes perceraian. Apa yang dikongsikan lelaki ini ada benarnya.
Seorang wanita dianugerahkan 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Jadi, gunakan akal itu sebaiknya untuk mendidik dan sabar dengan karenah si isteri. Jom baca sampai habis walaupun penulisannya ia agak panjang. Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan ‘tag’ suami masing-masing. Jika si suami mengenali hati budi isterinya dengan baik, pasti ia tidak akan menjadi masalah untuk bersabar dan melayan karenah isteri. Rupanya ramai golongan suami yang macam tu, terima isteri seadanya. Komen yang ini kesian juga. Isteri suruh baca perkongsian itu pun tidak mahu dan dikatanya lelaki itu syok sendiri. Kenapa pula dengan netizen seorang ni? Marah pula apabila ramai isteri-isteri yang ‘tag’ suami masing-masing. Ia tidak semestinya membuka aib suami, tetapi sekadar membuka minda suami kerana ada sesetengah suami tidak memahami sikap isteri sendiri. Ada juga netizen yang kata lelaki ini seorang pak turut. Silap hari bulan, dapat isteri garang baru dia tahu macam mana nak kawal situasi itu nanti. Bukan senang hendak melayari bahtera rumah tangga. Orang yang kahwin berpuluh tahun pun boleh lagi bercerai. Ia memerlukan sikap toleransi, sabar dan mengalah. Barulah rumah tangga akan bahagia kerana suami isteri masing-masing menghormati antara satu sama lain. Apa pendapat kalian? - CARI |
5
Bagus |
11
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
6
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT