CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Bengang Netizen Tuduh Ubah Ciptaan Tuhan

14-2-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 36516| Komen: 198|Original author: Oleh: Suzy

Kalau sudah namanya pahlawan papan kekunci tentulah menggunakan internet untuk mengata orang. 

Kali ini Lana Nodin menjadi mangsa seorang lelaki yang tidak berfikiran rasional. Berkemungkinan besar lelaki tersebut telah menegur bentuk fizikal ataupun rupa paras anak perempuan Lana. 

Lana membalas komen lelaki tersebut dengan rasa kecewa dan marah setelah dituduh menggunakan botox apabila membandingkan bentuk hidung anaknya dan Lana. Dia turut menyatakan sekiranya netizen itu mempunyai anak dia, tidak akan sanggup  mengeluarkan kata-kata sebegitu. 

Selain itu, Lana juga meminta lelaki itu selidiki dahulu maklumat berkaitan botox sebelum menuduhnya menggunakan bahan tersebut. 


Sebelum ini, Lana pernah mendapat kritikan oleh netizen. Mereka  mempersoalkan status anaknya. 

Kini, rupa para anaknya pula menjadi bahan kutukan. Sepertimana yang pernah dikatakan Lana dahulu, dia boleh berdiam diri apabila orang memperkatakan tentang dirinya, tetapi akan bersuara apabila anaknya yang tidak berdosa menjadi mangsa. 

Semua Foto daripada ig lananodinmckienzie
Maka dengan itu tidak hairanlah apabila ada 'keyboard warrior' mengata berkenaan rupa paras anaknya, dia melenting. Tindak balas semulajadi seorang ibu kepada anaknya. 

Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak ataupun sudah mempunyai anak diharap tidak memburukkan anak orang lain. Tegurlah artis tersebut dengan baik tanpa mengaitkan anak kecil yang tidak berdosa. - CARI 
5

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 11-2-2018 08:12 PM
Bertabahlah Lana.. Hehee..
Tp acik bawang ni pon diam2 kutuk dlm hati dah la..
Quote harkktuih 11-2-2018 08:18 PM
Apa yg dikutuk nya?
Quote sinalegna 11-2-2018 08:19 PM
LOL.. ada ke botox hidung

Nak mengutuk pun tak reti. Bodoh lahai
Quote bambimo 11-2-2018 08:20 PM
Edited by bambimo at 16-2-2018 01:38 PM

operate hidung ker botox hidung...
adehhhh kesian gia..
yg komen tu xde keje lain ke.
dah la tuduh xde bukti..pehtu ngata budak plak
Quote yangsemb 11-2-2018 08:21 PM
First time acik dengar botox hidung
Quote tomaz 11-2-2018 08:23 PM
Acik bawang. Nak kutuk pon get ur facts right la. Mana ada botok hidung. Hahaha. Kan x memasal lana petik nama mak mertua sheolss
Quote virgo19 11-2-2018 08:24 PM
aku banyak jumpa orang, kalau anak dia ada kekurangan, mesti dikatanya ikut belah mertua. kalau anak tu comel, dikatanya ikut belah dia. kalau anak tu kulit gelap, hidung penyek, nakal, dikatanya ikut belah family mertua.
Quote doubleA 11-2-2018 08:26 PM
Comel je gia ni. Biar la hidung camana pun nak membawang pun tak reti pikir hati orang lain kan dah kena sedas dua dengan lana padan muka
Quote bungarose 11-2-2018 08:27 PM
Tak baik ler kutuk fizikal org
Kalau nak ckap sgt pun... maybe bab hidung anak lain dr makpak
Quote BookerT 11-2-2018 08:28 PM
yangsemb replied at 11-2-2018 08:21 PM
First time acik dengar botox hidung

kenapa? tak ada ke nyah? habis nose filler tu bukan botox ke nyah? tu mak hayam bini menteri tu tak botox hidung ke tu nyah?
Quote BookerT 11-2-2018 08:29 PM
tomaz replied at 11-2-2018 08:23 PM
Acik bawang. Nak kutuk pon get ur facts right la. Mana ada botok hidung. Hahaha. Kan x memasal lana  ...

nose filler tak pakai botox ke nyah? pakai apa? collagen ke nyah?
Quote BookerT 11-2-2018 08:29 PM
virgo19 replied at 11-2-2018 08:24 PM
aku banyak jumpa orang, kalau anak dia ada kekurangan, mesti dikatanya ikut belah mertua. kalau anak ...

tipikal melayu kot nyah?
Quote gingerbreaf 11-2-2018 08:30 PM
Anak dia comel APA. Biasa la budak2 hidung penyek besar sikit dia dgn sendiri berbentuk . mcm family iols kecik2 semua hidung penyek dah besar sikit bila Mandi tu klu cuci muka urut2 la sikit kat hidung dgn sendiri berbentuk la jadi mancung la sikit .
Quote Aduradura 11-2-2018 08:31 PM
Anak sheolls dulu2 cam tak nmpk comel sgt, tp makin besar makin comel......

alaaa lana, chuolls rileks je, dulu kemain acik bawang ngutuk anak erra fazira mase alesya tu baby, biler besar kemain cantik anak erra haaaa
Quote tomaz 11-2-2018 08:33 PM
BookerT replied at 11-2-2018 08:29 PM
nose filler tak pakai botox ke nyah? pakai apa? collagen ke nyah?

Entah la nyah x pernah ambil tahu pasal botox2 ni. Hahahah
Quote apedehal 11-2-2018 08:35 PM
comel je gia ni..apa la acik2 bawang dgn budak2 pun kutuk. pernah tgk ig live lana dia ngaku dia operate hidung pun sbb eksiden kalau x, x kosser katanya gituh
Quote Diamje 11-2-2018 08:38 PM
X baik la komen budak cmtu. Hati mak ni weh..sensitip sgt bab anak.. Aku anak sakit kulit pon aku x bgtau sape2 sbb tak tahan dgr ckp org sekeliling. Ni kan artis n celebrity.. Mmg kene byk sabar...

Tkde benda baik nk komen jgn la komen. Sian gia. #sindrommakmak
Quote madshop3 11-2-2018 08:45 PM
Memang tak baik kutuk anak orang. Apa dah jadi dengan adab orang zaman sekarang?
Quote mintu 11-2-2018 08:51 PM
cantik je anak sheols.. rabun agaknya orang yang mengutuk tu

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top