CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelakon Dan Pelawak Pula Kantoi Ambil Ganja

22-2-2018 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31532| Komen: 84

Dalam satu serbuan tengah hari semalam, polis menahan pelakon dan pelawak tempatan selepas menemui ganja seberat 7.5 gram dan alat menghisap ganja serta alat mengisar daun ganja di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur.




BH Online melaporkan, tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju.

"Lima anggota menyerbu sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat sebelum menemui seorang lelaki di kediaman berkenaan.

‎"Lelaki berkenaan kemudian mengambil sendiri sebuah beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumah.

"Beg berkenaan mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggar seberat 7.5 gram," kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif.



Foto: BH Online

Tambahnya, beg berkenaan turut mengandungi sebuah botol plastik yang diubah suai dipercayai untuk menghisap ganja.

"Pelakon berusia 26 tahun berasal dari Kuala Kangsar itu mengakui mengambil dadah sejak enam bulan lalu dan menerima bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

"Suspek sudah dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - CARI
21

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 22-2-2018 01:59 PM
Hamhamhambik
Quote eLiaD 22-2-2018 02:04 PM
kena petik ke smpi polis serbu ke rumah
Quote she 22-2-2018 02:08 PM
Nama pusher kemain dasat

Sapek Kojek SaripDol KingKong

Quote greantea 22-2-2018 02:12 PM
maklumat dari DFK kah?
Quote MH3707 22-2-2018 02:36 PM
bukan si pelawak yg pic bawah ni ke?? lupa nama dia (gambar paling bawah paling kiri yg pakai cap hitam)

Quote goss79 22-2-2018 02:39 PM
sapo lah agak eh tu.. pelakon/pelawak yg i kenal kebanyakan nya dah 30 above. ni musti budak2 baru. so x brp familiar sgt
Quote jointhecurse 22-2-2018 02:54 PM
MH3707 replied at 22-2-2018 02:36 PM
bukan si pelawak yg pic bawah ni ke?? lupa nama dia (gambar paling bawah paling kiri yg pakai cap hi ...


Memandai je ko.. fikri tu baru 24@25.. dia asal jitra... Ayookk.. xtau.. salah
Quote sukacactus 22-2-2018 03:06 PM
MH3707 replied at 22-2-2018 02:36 PM
bukan si pelawak yg pic bawah ni ke?? lupa nama dia (gambar paling bawah paling kiri yg pakai cap hi ...


Org kedah tu, beratus kilometer jauhnya dr kuale
Quote itsmeshikin 22-2-2018 03:07 PM
sapo pulak pelawak yang muda-muda tu?
rasenye kebanyakan pelawak umo dah 30an...
ke setakat baru masok Lawak Solo yg ntah minggu keberape dah tersingkir dah bole panggil pelawak? #Eh
Quote BookerT 22-2-2018 03:10 PM
penagih dadah memang kelakar kan nyah?
Quote CiliPadiSedap 22-2-2018 03:10 PM
kaka tahu siapa orangnya, tinggi2 hitam manis, ada motor superbike yamaha r1, rambut ikal mayang. kalau siapa tahu cuba teka?
Quote abangadek 22-2-2018 03:12 PM
MH3707 replied at 22-2-2018 02:36 PM
bukan si pelawak yg pic bawah ni ke?? lupa nama dia (gambar paling bawah paling kiri yg pakai cap hi ...

alaaaaa yang atas paling kanan.. tu pun tak tau
Quote fifie_olin 22-2-2018 03:30 PM
CiliPadiSedap replied at 22-2-2018 03:10 PM
kaka tahu siapa orangnya, tinggi2 hitam manis, ada motor superbike yamaha r1, rambut ikal mayang. ka ...

sapekahhh...


Quote biozipstar 22-2-2018 04:04 PM
ini yg kt benang sebelah pasal faiz tapaw tu ke?
Quote babycc 22-2-2018 04:07 PM
Jgn la fikry ibrahim..
Quote susukambingbest 22-2-2018 04:11 PM
yg belakon sumpah ibu n misteri wan peah tu ke faiz tapaw
Quote PongKang 22-2-2018 04:26 PM
jgn2 pelakon extra drama komedi je... jenuh la xtau
Quote multinicky 22-2-2018 05:18 PM
who are yusss?? pelawak sendu mendu ker??
Quote mizruncing 22-2-2018 05:18 PM
eeiiiii sape la tu. iols mmg pantang sikit retis yg najis dadah ni. dah femes lupe diri

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083767 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top