CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Chadwick Boseman Belajar Silat Untuk Black Panther

23-2-2018 03:39 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7998| Komen: 32|Original author: Oleh: Suzy

Filem yang sedang diperkatakan orang ramai sekarang ini, Black Panther rupa-rupanya ada sedikit dimasukkan unsur persilatan di dalamnya.

Rahsia itu didedahkan sendiri oleh pelakon utamanya, Chadwick Boseman yang membawa watak adiwira T’Challa. Menurut Boseman, selain seni bela diri yang lain, dia turut mempelajari silat bagi adegan pertarungan dalam filem tersebut.

Keunikan aksi yang dilihat di filem itu adalah hasil inspirasi pengarah filem tersebut, Ryan Coogler. Menurut Boseman lagi adegan lawan di dalam filem berkenaan adalah hasil kajian yang dilakukan ke atas seni bela diri dari seluruh dunia.


“Banyak perbincangan kami lakukan dalam menghasilkan koreografi menarik adegan lawan. Ia melibatkan gabungan gaya pertempuran seni bela Brazil, capoeira yang dihubungkan dengan bentuk seni Afrika iaitu Angola dan juga tinju Dambe serta gusti Senegal.

“Juga aksi pertempuran menggunakan kayu Zulu dan juga aksi mempertahankan diri Asia Tenggara seperti Muay Thai dan Silat Harimau bagi mereka satu identiti warisan fiksyen kaum Wakanda,”
katanya kepada akhbar tersebut.

Sebelum ini Boseman pernah menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu video di laman Instagram miliknya yang mempertontonkan aksinya sedang berlatih satu adegan lawan yang seakan-akan silat.

Foto: Carian internet
Sementara itu, kelibat Boseman, 40 akan dapat dilihat tidak lama lagi kerana dia akan kembali melakonkan watak T’Challa dalam filem Avengers: Infinity War yang bakal ditayangkan pada Mei depan. - CARI 
11

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote multinicky 23-2-2018 03:50 PM
best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?
Quote CiliPadiSedap 23-2-2018 04:06 PM
multinicky replied at 23-2-2018 03:50 PM
best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?

badang belajar seni perancis tarian bele

[youtube]q5kbC7Dv2jo[/youtube]

kalau jadi badang tapi menari tarian beley AMBOI
kalau suara kepit tapi hendak jadi badang AMBOI

AMBOI AMBOI AMBOI
Quote budaktua 23-2-2018 04:10 PM
antra filem marvel yg tk masuk senarai nak tgk....sb zaman komik dulu pun tk brp belek cerita hero ni...anggap sebgaiwatak  sampingan kpd hero2 lain je...


tp nak donld juga klu dah ada....
Quote PongKang 23-2-2018 04:19 PM
CiliPadiSedap: badang belajar seni perancis tarian bele q5kbC7Dv2jo kalau jadi badang tapi menari tarian beley AMBOIkalau suara kepit tapi hendak jadi badang AM ...


lawak la cili.. mengekek aku ketawa
Quote MissMamamia75 23-2-2018 04:32 PM
My doter kata berbaloi tgk..sgt2 best..
I baru nak gi tgk esok..

Ni ada komen jumpa kat FB..sila baca sampai abis {:hero

Akhirnya, filem adiwira yang diterajui oleh Dato Aliff Syukri telah ditayangkan di pawagam. Walaupun ramai haters dan pengomen2 negatif mengutuk usaha murni DAS, saya bertekad memberi penilaian mengikut tontonan saya sendiri.

MEMANG PUAS HATI!!!

Special effects yang ada bukan sahaja setanding tetapi jauh lebih baik daripada yang ada dalam filem Hollywood. Ia mempersembahkan visual CGI yang amat mantap dan realistik.

Rekabentuk persekitaran, kenderaan, senjata dan kostum juga futuristik. Ia menonjolkan daya kreatif yang amat tinggi.

Lakonan mantap semua pelakon2 penuh emosi berpandukan skrip yang telah digubal dengan jayanya.

Dan yang surprising, filem ini mempunyai mesej! Filem ini menyentuh kesan kolonialisasi kepada negara2 dunia ketiga, peranan negara2 maju dalam membantu negara2 lain serta isu imigrasi global. Memang mesej2 yang disampaikan amat deep dan mencerminkan isu2 dunia kita pada hari ini.

Secara keseluruhan, saya berikan filem Badang... "5 BINTANG"! Syabas Dato Aliff Syukri dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Semoga ia menjadi rujukan kepada industri filem Malaysia untuk menghasilkan filem2 berkualiti di masa hadapan!

Edited =
Ralat: Mohon maaf. Saya telah membuat kesilapan dalam review filem saya. Oleh kerana tergesa2, saya tersilap masuk dewan pawagam dan sebenarnya ternonton filem "Black Panther" dari Marvel Studios... bukan filem "Badang".

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Quote kambinggila 23-2-2018 04:33 PM
multinicky replied at 23-2-2018 03:50 PM
best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?

pergi tengok. memang berbaloi. and baru tahu kenapa Michone tu tere pakai katana
Quote multinicky 23-2-2018 04:39 PM
CiliPadiSedap replied at 23-2-2018 04:06 PM
badang belajar seni perancis tarian bele



haiyooo..klu gini, meols blh jadi bangang lps tgk filem ni.. katenyeee badang, skl rumah bocor banjir trs menjerit mcm fonen lorong bergaduh jaaa..
Quote multinicky 23-2-2018 04:41 PM
kambinggila replied at 23-2-2018 04:33 PM
pergi tengok. memang berbaloi. and baru tahu kenapa Michone tu tere pakai katana

ye ke..mmg msk wish list meols la klu gini.. klu xsmpt meols srh sepupu meols download jaa.. Thanks bg feedback
Quote budaktua 23-2-2018 04:58 PM
CiliPadiSedap replied at 23-2-2018 04:06 PM
badang belajar seni perancis tarian bele

tukang2 tunjuk pun tk de macho mana pun.. lebih kurang sama dgn pelakon je...
Quote siputsedut 23-2-2018 05:02 PM
multinicky: best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?

{:spec

Best jgk....ko follow ke x follow mcu ko still akan faham cerita ni sbb cite ni original..ada la selit seketul dua scene dr captain america civil war...n dia ada sebut gk psl bucky ...suit dia smart gila...kalah badang yg cam haram tu... n menarik sbb scene dia ala2 penuh tradisi gitu walaupon fiksyen je
Quote beeeee 23-2-2018 05:05 PM
multinicky replied at 23-2-2018 03:50 PM
best x film ni?? any review?? worth it or not to watch?

best berbaloi sbb tak cliche macam cite marvel selalu. Tak la boring kan haha
Quote aleesyasofia 23-2-2018 05:13 PM
Edited by aleesyasofia at 23-2-2018 05:24 PM

berbaloi2 cerita nie.. mmg best dan menarik..

Quote multinicky 23-2-2018 05:57 PM
siputsedut replied at 23-2-2018 05:02 PM
{:spec

Best jgk....ko follow ke x follow mcu ko still akan faham cerita ni sbb cite ni original ...

alamakkk mmg kene tgk laa.. curi mase la nnt meols pg cinema.. klu torrent dh kluar pon still bru lg citer ni, mst hauk je resolution klu download.. thanks chuols kasi review
Quote multinicky 23-2-2018 05:58 PM
beeeee replied at 23-2-2018 05:05 PM
best berbaloi sbb tak cliche macam cite marvel selalu. Tak la boring kan haha

waaa byk btul review best..must watch movie.. Thanks chuols kasi review psl movie ni..
Quote seeriesagain 23-2-2018 06:31 PM
X reti nk buat review tp movie ni best... worth it la unt tgk
Quote Artemesiaa 23-2-2018 06:49 PM
Banyak juga research dia kena buat untuk menjayakan watak nampaknya.  Apa pun reveiw filem ni ada je kat thread movie nuun
Quote siputsedut 23-2-2018 08:50 PM
multinicky replied at 23-2-2018 05:57 PM
alamakkk mmg kene tgk laa.. curi mase la nnt meols pg cinema.. klu torrent dh kluar pon still bru  ...

Tgk la uols..cgi cantik ...pastu ade gk selit sikit2 lawak..tp takdelah lawak gile vaveng persis thor ragnarok maupon guardian of the galaxy series...sila2..selamat enjoys yach
Quote capiloton 24-2-2018 09:32 AM
Edited by capiloton at 24-2-2018 09:34 AM

hari ni nak pi tengok Black Panther.
malu la oi, org luar belajar silat, study macam2 martial arts.
tapi orang melayu buat filem superhero sampah macam Badang.
yang paling sadis direktor filem adalah dekan universiti taraf professor.
cuba bayang kan, kalo level dekan buat filem pun level sampah.
apa kan lagi anak murid universiti dia.
industri filem melayu semakin kelam for the next generation.
hanya mampu buat filem cinta lemau dan lawak bodoh.
Quote jointhecurse 24-2-2018 10:32 AM
capiloton replied at 24-2-2018 09:32 AM
hari ni nak pi tengok Black Panther.
malu la oi, org luar belajar silat, study macam2 martial arts. ...

dia pnya cerita bagi ak xpernah klua yang sangat berkualiti dari dlu..dia da prof tp ak rasa dia xd DR..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042829 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top