Sebut sahaja tentang hadiah hantaran perkahwinan, mesti kita selalu bayangkan barisan dulang barangan yang telah digubah dengan cantik seperti persalinan pakaian, kasut, jam tangan, gajet dan lain-lain.
Namun begitu, empat cadangan hadiah hantaran yang dicadangan oleh seorang wanita di Facebook (Fauzan N Siti) menerima persetujuan ramai. Empat cadangan hadiah tersebut adalah:
1) Seterika Wap Philips 2) Periuk Tekanan Tinggi Noxxa 3) Mesin pengering pakaian 4) Kuali ajaib Menurut Fauzan, keempat-empat hadiah tersebut sangat membantu pasangan suami isteri dalam urusan rumah seharian. Memang ada betulnya juga, buat apa beli barang mahal seperti kasut, tetapi cuma boleh dipakai sesekali sahaja. Barangan yang lebih praktikal penggunaannya adalah pembelian yang lebih berbaloi, sebenarnya. Cadangan hadiah ini walaupun sedikit mahal, namun ramai netizen bersetuju terutamanya kaum wanita kerana kebiasaannya merekalah yang bakal menguruskan kerja-kerja rumah setiap hari. Foto: FB Fauzan Jadi, bagi bakal pengantin baru bolehlah mengambil kira untuk memberi hadiah-hadiah hantaran seperti ini. Sekurang-kurangnya, apabila masuk ke rumah baharu kelak tak perlu membeli barangan baru lagi, kan? - CARI
|
11
![]() Bagus |
11
![]() Marah |
15
![]() Terkejut |
8
![]() Sedih |
16
![]() Lawak |
18
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
multinicky replied at 26-2-2018 03:29 PM
meols speku sheols agent periuk noxxa dgn sterika wap ni... gigih btul acik2 kepam seller noxxa dok ...
krustykrab replied at 26-2-2018 03:34 PM
tu la mahala gila noxxa tu, tp function sama je dgn pressure cooker brand lain
matchstick: Dryer tu bukan sume org pakai lagi2 di melesia iklim khatulistiwa ni..ada panas kan. Hujan pun bermusim boleh je hntr dobi layan diri. Punya lah malas ...
krustykrab replied at 26-2-2018 03:34 PM
tu la mahala gila noxxa tu, tp function sama je dgn pressure cooker brand lain
makita replied at 26-2-2018 04:37 PM
Kalu bagi hantaran gini..tak terasa ke laki tu nk buat bini mcm org gaji?
ADVERTISEMENT