CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Dapat Habuan, Penyamun Tampar Warga Emas Sampai Bengkak

2-3-2018 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3143| Komen: 11

Gara-gara tidak mendapat 'habuan' besar, warga emas bengkak di pipi kanan selepas ditampar penyamun.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku  di Taman Tan Chee Hoe, Jalan Seremban-Tampin, Seremban kira-kira jam 11.30 malam, Sabtu lalu.



Foto: Internet

Ketika kejadian, dua lelaki lingkungan usia 20-an memecah masuk rumah mangsa berusia 60-an itu melalui tingkap.

Menurut sumber, mangsa sedang tidur berseorangan di dalam bilik ketika suspek memotong besi cermin tingkap rumah.

"Penjenayah menerjah masuk ke bilik mangsa lalu menutup mulutnya dan seorang lagi menggeledah kediaman untuk mencari barangan berharga.


"Tetapi, mereka hanya memperoleh syiling berjumlah RM100 menyebabkan mereka berang dan menampar mangsa sambil bertanyakan di mana dia sembunyikan barangan kemas," katanya.

Gagal menemui barangan berharga, suspek kemudian meninggalkan rumah berkenaan dengan menggunakan motosikal sebelum mangsa menghubungi anak lelakinya berusia 56 tahun di Sikamat.

Polis kini dalam usaha mengesan dan menjejaki kedua-dua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh. - CARI
17

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
16

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-3-2018 05:27 PM
kalo nak emas...pigi la kat kedai emas.....bongok nau.....
Quote Artemesiaa 2-3-2018 05:36 PM
Mat pit ler ni
Quote Manjahati 2-3-2018 06:03 PM
Hisss napa ler x usaha  cri keja lain selain merompak n menyamun
Quote swimswim 2-3-2018 07:35 PM
Confirm vodow penyamun ni
Quote ninja boy 2-3-2018 08:14 PM
Rompak bank x berani, mampu rompak org tua Dan kanak2
Quote LautBiru52 2-3-2018 09:03 PM
Dah ambik duit tu dah la. Yg pegi lempang org tua tu buat hape.
Quote giyomi 3-3-2018 12:03 PM
Chop...chop...chop...bapak 60an, anak 56??? kawen umo bpe tu
Quote Jorja 4-3-2018 06:48 PM
Kalau kena kt bapa I. Habis lh I akan cari you sampai dapat
Quote onexox97 4-3-2018 06:49 PM
jahat nya penyamun
masa menyamun kpi menyamun je
napa pi tampar pakcik tu
sian dia tak bersalah kena tampar
Quote DennisTrillo 5-3-2018 05:26 AM
Lahh apsl xgi gadai jer warga emas tuh... emas lah gak tuhh
Quote chinta89 5-3-2018 11:50 AM
gila punya penjahat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042396 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top