CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki - Perlu Solek Atau Biar Ja Ori Dengan Parut Di Muka?

5-3-2018 04:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3476| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai

“Lelaki sejati tak mekap kan?”
“Tapi kalau nak muncul kat TV mestilah kena mekap.”
“Err…”

Sebenarnya bersolek atau tidak bergantung pada situasi. Jika anda lelaki, adalah normal muncul di mana-mana tempat dengan wajah polos sahaja. Tiada siapa kisah pun jerawat kawah yang penuh di muka,

Tapi…
Jika anda selebriti atau diperlukan muncul di kaca televisyen waima sebagai pelakon tambahan sahaja, solekan itu jatuh WAJIB.

Ini supaya wajah anda tidak tenggelam dengan pencahayaan ketika penggambaran dilakukan. Jika tidak bersolek, maka muka akan nampak gelap dan tidak bermaya.

Sebab itu lah, para ustaz yang kita lihat di ceramah agama pun disolek tetapi tidaklah menyamai solekan untuk kaum hawa. Memadailah sekadar menutup parut sekaligus memastikan kulit tidak berminyak ketika lintas langsung diadakan.

Itu di media elektronik, belum sebut penangan di media sosial (socmed) lagi. Yang mana semua benda nak tular, jadi ada yang nak cepat popular hingga bergelar ‘insta famous’ – bermula dengan memuat naik gambar selfie, mengulas produk kecantikan, video tutorial sehingga bermacam lagi semua ini bagaikan menggila di timeline laman sosial kita hari ini.
 
Jom kita lihat solekan yang bagaimana sesuai untuk lelaki.

1)    Concealer – menutup parut
Jika muka anda ada bintik-bintik hitam yakni parut jerawat atau apa sahaja parut yang hendak disembunyikan, boleh sapu sedikit CONCEALER untuk menyembunyikan parut tersebut.


Fattah Amin sebelum sesi fotografi
2)    Brow powder – bentukkan kening
Ini yang jenis prihatin dengan bentuk kening dan tak mahu orang nampak keningnya bersepah. Boleh guna sedikit BROW POWDER agar kening tampak lebih maskulin.

Syafiq Kyle
3) Bedak kompak – muka tampak bersih/tidak berminyak
Ini paling senang, sapu sahaja bedak kompak selapis di kulit muka bagi melindungi dari habuk di luar. Sebelum itu, sapu krim pelindung matahari untuk menapis pancaran UV ya.


Dong Woo tanpa eyeliner

4)    Contour palette – kaedah ‘contouring’ oleh sentuhan profesional

Biasanya disolek pada selebriti untuk beri kesan pipi tulang dagu lebih tajam. Ia membuatkan bentuk muka individu tersebut kelihatan lebih kurus dan maskulin.

Hisham Hamid
5)    Lip balm – Lembabkan bibir
Pelembab bibir tanpa warna boleh sahaja digunakan dalam cuaca yang tak menentu. Maklumlah bibir boleh menggelupas jika cuaca terlalu panas atau sejuk. Tapi janganlah pula sapu yang ada warna. Tak pasal-pasal lebih perempuan lah pula.
 
Antara produk mekap yang dikhaskan untuk lelaki ialah Tom Ford, Maybelline dan juga Benefit Cosmetics.

Shah Rukh Khan
Lelaki sejati memang tidak kisah dengan solekan seperti di atas. Tetapi lelaki metroseksual ambil berat mengenai penampilan mereka di khalayak ramai.

Jadi, biarlah ia minimal seperti sekadar menutup parut dan wajah pula tidaklah terlalu berubah dari segi warna mahupun bentuk wajah.

Apa kata lelaki di luar sana? - CARI 


21

Bagus
10

Marah
29

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ambola 5-3-2018 05:01 PM
Geli pulak klu tgk lelaki mekap2 ni ewwww
Quote sharlenetexas 5-3-2018 05:41 PM
tgk keadaanlah. takkan nk tunjuk muka tak siap pastu berminyak2 kt tv.

Quote aku_statik 5-3-2018 05:47 PM
Real men have scars - The art of manliness {:hero
Quote Artemesiaa 5-3-2018 06:25 PM
Sesuai untuk yang nak bersiaran di tv atau naik stage show je
Quote RatuDunia94 5-3-2018 11:14 PM
Kalu masuk tv ok la.. Sbb bila kena suluh lamou spotlight tu dia akan compliment dgn mekap. Tp kalau setakat nk g mall pon nk mekap is a big no!
Quote chinta89 6-3-2018 08:34 AM
kalau retis ok la nk pegi event, atau ade program bersiaran. kalau setakat nk kua ngn pasangan, seeloknya x pyh kot.
Quote CardiGans85 6-3-2018 08:44 AM
Pakai bedak sikit2 dah la. klu sampai thp pakai liquid foundation nk p shopping no no no..
Quote Burong_Hantuk 6-3-2018 08:55 AM






Quote mieymiey 6-3-2018 10:05 AM
Kenapa Capik Kyle iols dah serupa ponen kat gambar atas tu?
Quote Zuzu75 7-3-2018 02:21 AM
I pernah nampak abam fatah live tanpa solekan dan  i masih mampu cair......bersih n wangiiiiii je nampak
Quote belacan_gurl 7-3-2018 12:28 PM
Lelaki x perlu mekap la...just jaga gigi jgn kuning sbb kebanyakan merokok kan...rambut jgn serabai n berkelumumur...kuku tangan tu penting..jgn kotor sgt n hitam... Tu jer.. Xperlu mekap supo tino haihhhh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.036798 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top