CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Santan Asyik Basi? 2 Cara Unik Menyimpannya - Anda Perlu Cuba Salah Satu!

5-3-2018 12:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14023| Komen: 10|Original author: Oleh: Azza Rai


Orang Malaysia memang menggemari masakan bersantan. Sebut nama menu dari sekecil-kecil kuih hingga lah masakan gulai, kari dan nasi lemak – santan jadi pilihan utama suri rumah dan tukang masak seantero Malaysia.

Tak kira sama ada santan segar atau santan segera (dalam kotak) masalah utama ialah ia tak tahan lama dan mudah basi.

Dua netizen ini berkongsi petua untuk memastikan santan tahan lama.

Nelisa Sofea berkongsi petua menyimpan santan kotak manakala Radhiah Izzati pula berkongsi cara menyimpan santan segar. Jadi, anda yang membuat pilihan ya. 

Menyimpan santan kotak

Menurut Nelisa, santan yang digunakannya selama ini hanya dalam kuantiti sedikit sahaja menyebabkan lebihan santan yang disimpan akhirnya terpaksa dibuang selepas tempoh 3 hari kerana busuk.

Oleh itu, dia melakukan eksperimen sendiri.

1)    Beli santan pek besar 500ml.


2)    Buka dan asingkan santan tersebut ke dalam plastik aiskrim Malaysia mengikut nisbah 1 : 1 iaitu satu plastik bagi sekali penggunaan.


3)    Simpan dalam peti sejuk beku.

Ini memudahkan kerja di dapur, kerana bagi setiap satu plastik aiskrim itu pemakaiannya adalah sekali sahaja. Jadi, ia lebih jimat sekaligus mengelakkan pembaziran.



Menyimpan santan segar
Sementara itu, Radhiah Izzati pula berkongsi petua menyimpan santan segar.

Petua ini diperoleh daripada seorang peniaga nasi lemak yang membuatkan santannya tetap tahan lebih lama, tetap pekat dan kekal segar.

Maklumlah, percubaanya menyimpan di tempat beku sekalipun, bila dibuka, ia jadi berketul-ketul dan cair mengakibatkan kuah pun jadi tidak cantik.

Serunya lagi, mak-mak bolehlah mencuba petua ini supaya tidaklah membazir kalau santan basi.

Caranya
1)    Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan.
2)    Bungkuskan santan dengan helaian surat khabar tersebut.
3)    Simpan di tempat beku dalam peti sejuk.

Hasilnya kertas surat khabar dan santan tersebut membeku, tetapi santan kekal segar dan pekat selain tiada lebihan air. Berbeza dengan kaedah simpanan biasa yang terpisah kandungan santan di bawah, air di atas.


Jika ada yang tanya bagaimana pula dengan kelapa parut?
Ianya lebih senang, gaulkan kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus kelapa tersebut. Ini dapat mengelakkan kelapa parut daripada masam. - CARI 

Kredit: Nelisa Sofea & Radhiah Izzati


3

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 5-3-2018 12:39 PM
i beli santan kotak kecik jah..
sekali masak tuang je semua..
malas nak simpan
Quote aku_statik 5-3-2018 12:52 PM
Terima kasih atas perkongsian
Quote zulka 5-3-2018 12:55 PM
yg No.2 tu kang anak ingat aiskrim plak...sedap dia nyonyot
Quote CardiGans85 5-3-2018 01:22 PM
zulka: yg No.2 tu kang anak ingat aiskrim plak...sedap dia nyonyot


No 2 ni penah jd kt diri sendiri. Tp dl la ms sekolah rendah sbb arwah nenek mmg jual eskem Malaysia ni. Eskem santan ni sedap juga sbb manis2 lemak yg ku igtkn susu dutch lady...Hehehehe
Quote Anna_Chasez 5-3-2018 01:54 PM
Tq sharing
Quote krustykrab 5-3-2018 04:42 PM
santan kara paling elok kalau simpan lama....biasa aku beli kotak kecik, kdg simpan seminggu lebih pun masih ok.

pernah beli brand ayam, tp 4 hari dah busuk.

pernah jgk aku freeze kan santan kotak tu, tp bila masak tak sedap, mcm ada bau sikit.
Quote RatuDunia94 5-3-2018 11:54 PM
cite pasal santan ni.. Teringat beberapa tahun lepas.. Tengah nk masak2 utk raya.. Bila dh ramai2 tu xde sorang pon yg perasan santan tu x diletak dlm peti sejuk.. Al hasil bila nk masak dh basi.. Kau menjajau la mana nk cr santan segar malam2 raya.. Nasib ada kelapa lebih kt kampung tu.. Bergotong royong org lelaki kupas kelapa, perah santan memalam raya.. Haha.. Korang jugak yg nak makan sedap2 kan..
Quote yayangmama 6-3-2018 08:22 AM
sebab malas nak beli santan @ kelapa la sy masak skang ni lebih banyak guna susu cair

haha...sme je rasa dia...

tapi kalau msk nasi lemak, guna half je kelapa parut tu

sparuh lg simpan freezer, nak guna klua kan, rendam dlm mangkuk, blend, insyaallah ok lg
Quote chinta89 6-3-2018 08:58 AM
perkongsian yg bermanfaat
Quote BebeQ 6-3-2018 10:17 AM
aku buat gini juga. cuma nya, bila keluar dari peti sejuk beku tu dan santan tu dah mencair, aku tak masuk terus dalam periuk. aku akan tapis sekali lagi sbb dia ada berketul2.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050628 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top