Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Sekarang ini bukan asing lagi bagi rakyat negara ini yang mengambil apa-apa minuman atau makanan supplemen untuk kesihatan atau tenaga. Jenamanya tak perlu disebut, pasti semua maklum, kan.
Kebanjiran produk ini sebenarnya memang memberi impak kepada masyarakat. Tak salah semua tu kerana ia ada kebaikan tersendiri kepada kesihatan dan memang terbukti bahan herba tempatan ini memang mampu merawat dan mengandungi khasiat kepada tubuh badan. Namun, sebagai pengguna tahukah kita akan kesemua produk ini sesuai dengan kita. Kadang-kadang minum 10 botol sekali pun kalau badan tidak boleh terima akan campuran tertentu maka tiada hasil yang kita dapat lihat. Itu yang ada orang bising bila dah amal satu-satu supplemen kesihatan ini tapi tak nampak hasil. Sudahnya beratus-ratus habis duit dikeluarkan.
Itu yang pentingnya sebenarnya kita kena tahu kehendak tubuh badan kita kepada produk-produk kesihatan ini. Bukan pakai minum je bila tengok iklan best sikit, promosi hangat sikit, kata-kata baik daripada marketing mereka semua kita nak cuba. Saya bukanlah pakar kesihatan ini, tapi bila tengok terlalu banyak lambakan produk macam ni di pasaran rasa macam terpanggil untuk bagi pendapat. Bukan takut akan keselamatan tapi takut akan keberkesanan kepada tubuh kita. Jadi pertama sekali sebelum kita ambil satu-satu produk ini, kita kena tahu tubuh kita ini memerlukan apa. Adakah kita mempunyai penyakit atau sekadar perlu kepada supplemen tambahan sahaja. Bila dah kenal akan kehendak tubuh baru kita tengok produk yang dipromosikan berkaitan dengan apa yang tubuh kita perlukan. Kalau sekadar nak dapat tenaga ekstra atau nak tambah kuat rasa tak perlulah nak bazir dengan beli beratus-ratus ringgit. Kita juga kena tahu produk yang dikeluarkan ini adalah produk telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada tanda logo yang sah dan juga no siri dari kementerian. Produk juga mestilah halal dan dijamin dikeluarkan daripada kilang yang selamat. Kemudian produk yang dijual menggunakan bahan-bahan semulajadi dari sumber alam itu penting. Ini akan memberikan kesan sampingan yang kurang kepada pengguna. Setiap produk yang diambil ada kesan sampingan sama ada ia kesan baik atau sebaliknya. Jadi kita kena jadi pengguna yang peka dalam memilih produk-produk kesihatan atau supplemen ini. Saya kesian tengok kerana sasaran kebanyakan mereka adalah warga emas dan makcik pakcik yang berada di kampung. Bila mereka beli produk mahal-mahal tapi tiada hasil kepada mereka tidakkah ia menganiaya pengguna itu sendiri. Orang kampung ini tengok promosi hebat sikit keluar TV, keluar surat khabar semua dah percaya 100 peratus. Bukan nak kata orang kampung ini semua mudah terpedaya tapi kebanyakannya ada jadi mangsa marketing ini. Jadi kepada peniaga janganlah nak fikir untung sahaja yang paling penting produk adalah berkualiti dan berkesan kepada pengguna. Manakala kepada kita pengguna pula jadilah pengguna yang bijak menilai dan memilih agar yang terbaik untuk tubuh kita supaya tidak jadi mangsa iklan sahaja. Nasihat untuk semua dan diri sendiri. Jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Semoga kita selamat dunia akhirat.
|
38
Bagus |
25
Marah |
24
Terkejut |
16
Sedih |
22
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT