CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Tidur Tapi Perut Buat Konsert? Ini Makanan Yang Sesuai

13-3-2018 11:46 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3957| Komen: 16|Original author: Oleh: Zailina

Dah lewat malam, tapi perut rancak buat konsert pula. Jangan risau, masih boleh makan tapi elakkan dari makan 300 kalori atau lebih.


Foto: Care2

Lepas makan, tengok jam. Tunggu sekurang-kurangnya satu jam sebelum masuk tidur supaya makanan itu dapat dihadam. Kenalah mengunyah betul-betul supaya cepat hadam. Kalau tak, meranalah esok jika perut memulas. Jom tengok apa makanan yang sesuai di makan pada tengah malam.


Popcorn (bertih jagung) pilihan snek lewat malam yang sesuai asalkan tidak disalut dengan mentega atau karamel. Taburkan sedikit kulit kayu manis, paprika, ataupun rempah untuk menambah selera.


Popcorn senang disediakan sendiri di rumah


Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Tambah buah-buahan dan susu (rendah lemak) serta pilih oat segera supaya mudah dihadam.

Oat dengan buah-buahan dan bijirin lain memang berkhasiat

Biji chia mengandungi Omega 3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Tambah di dalam minuman atau jus untuk lebih khasiat.

Smoothie kombinasi sayur hijau, pisang dll (kiri). Salad pelbagai sayur (kanan)

Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena.

Pelbagai jenis buah-buahan dengan pencecah dan kekacang. Kalau diet, tak perlu pencecah manis

Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap! Alamak, banyak lah pula! Jenuh nak mengupas.


Coklat gelap (dark chocolate) sesuai ketika anda sedang berdiet. Kandungan gulanya kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah ia juga tinggi antioksida.

Coklat gelap (bukan coklat susu) yang lebih menyihatkan


Smoothie boleh dibuat dengan protein tanpa lemak, buah-buahan juga sayur-sayuran. Kisar bahan pilihan dan terus minum. Malah ia juga sarapan yang enak. 

Sediakan, simpan sejuk dan siap untuk dimakan bila-bila saja

Salad segar yang terdiri daripada baby carrot (lobak merah kecil), saderi, avokado serta sos mayonis (tanpa lemak). Ia sangat ringkas dan mudah disediakan. Sos (dressing) paling mudah adalah gabungan minyak zaitun, jus lemon, serbuk lada hitam dan garam.  

Bruschetta pula menggunakan roti yang dipanggang. Gaul tomato, lada benggala, selasih, cuka, secubit gula, hirisan daun selasih, sedikit minyak jagung, garam dan lada hitam, dah siap!

Bruschetta tomato dan daun salad

Yang penting, jangan makan sambil tengok TV terutama program masakan. Nanti teringin nak makan burger atau piza pula! - CARI

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keds 13-3-2018 11:50 AM
Info yang baik....
Quote aleesyasofia 13-3-2018 12:11 PM
boleh cuba nnt..
Quote kroit92 13-3-2018 12:46 PM
Dark Choc masa revision, dengan before exam, pergh terbaik
laju je otak. Tak tau kenapa
Quote Artemesiaa 13-3-2018 12:48 PM
Tips menarik tapi akan kurang memilih bijirin utk dimakan sebelum tidur sebab akan menyelit kat gigi kadang tu kena gigih pulak nak membersihkannya
Quote Levespa 13-3-2018 04:56 PM
makan pisang je.. kalau makan savoury nanti naik selera terlajak makan pulak.. hihi
Quote Levespa 13-3-2018 04:56 PM
makan pisang je.. kalau makan savoury nanti naik selera terlajak makan pulak.. hihi
Quote Levespa 13-3-2018 04:57 PM
makan oat atau buah macam pisang je.. makan yg savoury nanti naik selera terlajak makan pulak malam2.. hihi
Quote salmon-suki 13-3-2018 08:15 PM
Sy xley mkn pisang,nti perut bertambah2 lapar..xkira laa,buah apa2 pn..bertindak sbg pembuka selera..bkn pengenyang perut..oat pulak bley mkn 3sudu saja..kalau x,nti sy muak..kena mkn panas2,n kena cmpur susu..
Quote salmon-suki 13-3-2018 08:17 PM
kroit92 replied at 13-3-2018 12:46 PM
Dark Choc masa revision, dengan before exam, pergh terbaik
laju je otak. Tak tau kenapa

Kannnn..tgk j-dorama tajuk "kiina"..before siasat tu dia akn makan coklat utk merangsang otak dia..hihihi..agknye coklat ni msti ada agen perangsang otak..senang nk pk..
Quote Chesire_Epilog 14-3-2018 09:15 AM
Pistachio tu mmg sedap
Quote nadna 14-3-2018 09:24 AM
Paksa tidur je walau perut lapo..Hihi
Quote zasssssss 14-3-2018 10:01 AM
salmon-suki replied at 13-3-2018 08:15 PM
Sy xley mkn pisang,nti perut bertambah2 lapar..xkira laa,buah apa2 pn..bertindak sbg pembuka selera. ...

mcm sama plak kita...kalo mkn buah2an rasa mcm tak kenyang dan mesti nak mkn mende lain....oat pun kalo nak mkn kena bancuh ngan air panas bubuh susu pekat manis je..siap bancuh terus makan sbb kalo dibiarkan sejuk terus taleh telan.....
Quote mieymiey 14-3-2018 10:55 AM
Kalau i lapar masa nak tidur, i minum air jer. Tu pun air yang memang dah ready letak sebelah katil. Lepastu paksa diri tidur. Dah nak tidur, memang malas la nak cari makanan.
Quote aura77 14-3-2018 01:04 PM
Minum milo tanpa gula setengah  cawan pastu tido
Quote salmon-suki 14-3-2018 08:49 PM
zasssssss replied at 14-3-2018 10:01 AM
mcm sama plak kita...kalo mkn buah2an rasa mcm tak kenyang dan mesti nak mkn mende lain....oat pun ...

Samelaaaaaaaa!! Adakah kita ni abnormal?org len sy tgk mkn buah dah kyg..tp kalau sy,mmg x ler..buah tu mbuatkn sy lg lapar..hihihi~
Quote zasssssss 15-3-2018 09:21 AM
salmon-suki replied at 14-3-2018 08:49 PM
Samelaaaaaaaa!! Adakah kita ni abnormal?org len sy tgk mkn buah dah kyg..tp kalau sy,mmg x ler..bu ...

kannnnn.....normal kott...hahaha

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.123249 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top