CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kerjaya Baru', Pengemis Mampu Raih RM10,000 Sebulan!

12-3-2018 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10103| Komen: 115

Siapa sangka pengemis mampu meraih pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan. Harian Metro melaporkan, pengemis yang aktif di persimpangan lampu isyarat di bandar Johor Bahru mampu meraih hingga RM300 sehari.


Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, mereka sering berpindah lokasi dan menjalankan kegiatan itu pada waktu tertentu.

Hasil siasatan mendapati golongan terbabit melakukan kegiatan itu berikutan masalah hidup dihadapi, kata Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat.

“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.

“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatkan hasil lebih lumayan.


Foto: Harian Metro


“Malah, lokasi berkenaan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempak dengan kenderaan penguat kuasa terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas,” katanya.

Berdasarkan aduan diterima sejak tahun lalu, JKM bertindak menyelamatkan semua yang terbabit termasuk dua wanita Rohingya berusia 30-an bersama empat kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga tiga tahun, serta seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal dari Vietnam.

Manakala, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 50 hingga 60-an turut diselamatkan.

Hingga kini menurut Normawarni, JKM tiada maklumat yang dapat membuktikan kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.

Siasatan mendapati, kebanyakan yang diselamatkan mengemis bagi kegunaan diri sendiri.

“Kami berharap orang ramai tidak mudah simpati kerana ia mendorong golongan berkenaan memilih jalan mudah bagi mendapatkan sumber kewangan dan terus menjalankan aktiviti berkenaan,” katanya. - CARI
24

Bagus
11

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 12-3-2018 09:52 AM
graduan menganggur boleh try sumber kekayaan baru ni
daripada masuk MLM yang meletihkan
Quote sarahmirza 12-3-2018 10:00 AM
Kerjaya baru nampaknya.
Lebih menguntungkan cuma kena buat muka selamba je la..

Hari tu cermin kereta i kena ketuk masa berhenti kat traffic light.
Kebetulan I baru balik dari kenduri kahwin.
Selamat la nyonya tu yang dapat goodies bag ada kek, air kotak, snek etc. Bunga telur pun i bagi sekali...
Itu je yang mampu bagi ...
Quote talapia 12-3-2018 10:02 AM
STOP GIVING. tu je cara nak banteras. Kenapa makin ramai warga2 asing yg mengemis kt Malaysia? Sebab orang Malaysia ni pemurah. Kebanyakan kita berpendapat... sedekah dapat pahala. Selebihnya samada org tu menipu ke tidak.. urusan dia dengan tuhan.

hmm. Bahagiala depa
Quote krustykrab 12-3-2018 10:02 AM
sarahmirza replied at 12-3-2018 10:00 AM
Kerjaya baru nampaknya.
Lebih menguntungkan cuma kena buat muka selamba je la..

bagus la dia ambik, ada tu kita bg makanan dia tak mau, mau duit

Quote biskutsusu 12-3-2018 10:05 AM
I rasa macam dah duduk india / indonesia plak. Orang minta sedekah di tengah jalan (traffic light) .

Kat kl memang dah biasa sangat. Sekarang dah menular sampai ke ipoh. Nyampah sangat. Jkm tolong lah angkut diorang ni. Buat semak je
Quote shernazz 12-3-2018 10:05 AM
Banyak acik acik ni kat traffic light
Iols kesian kekadang tu
Tp kakaundibagi..lagi la dia suka kan..
Quote chinta89 12-3-2018 10:14 AM
dh terlalu ramai duk di kaki lima, kat traffic light.. tlg la basmi org2 mcm ni...
Quote prettyuglybabe 12-3-2018 10:16 AM
orang malaysia kan memang pemurah..
lagi satu email mintak derma itu ini..
berbakalkan gambar anak-anak kecik cukup la..
berduyun-duyun la hulur duit konon nak derma..
padahal ada je badan kebajikan untuk bantu..
tapi sebab dimomokkan dengan cerita zakat tak buat kerja, ramai la memaki..
bila orang nasihat jangan biakkan penipu, katanya kalau tipu urusan dorang dengan tuhan
Quote zeed 12-3-2018 10:17 AM
Sapa suruh bagi? Alasan yg penting kita dh bg..apa dia nk buat dgn duit tu suka hati dia.. mencik alasan tersebut..
Quote akusukaq 12-3-2018 10:17 AM
kalu mengemes dinegara miskin boleh ke mimpi  dapat sebanyak  ini. bukti rakyat kite maseh berduit khennn
Quote sarahmirza 12-3-2018 10:25 AM
krustykrab replied at 12-3-2018 10:02 AM
bagus la dia ambik, ada tu kita bg makanan dia tak mau, mau duit

Macam budak2 tahfiz(katanya) yang minta derma kadang2 kat RnR pun ada.
Pernah sekali en suami ajak dia makan sekali dengan kami tapi dia tak nak.
Nak derma je, nak duit.

Kesian betul tengok budak2 tu..
Katanya belajar tahfiz tapi lagi banyak masa minta sedekah.
Quote Nenasketum 12-3-2018 10:32 AM
Dah macam Yindia . Pemandu tunggu lampu nak hijau pun takdak privacy. Aritu aku pi KFC Pandan. Mat motor masuk cakap banyak tapi beli 1 fwench fwies. Acik Rohingya mintak sedekah kat blakang mat motor worder 9 dinner plate laaah.
Quote nurbaya 12-3-2018 10:40 AM
Haih RM300 sehari? Iols meniaga jual roti jala, mihun kuew teow packing jual pepagi sehari pun paling byk dpt RM50..pasni nyamar jd pemintak sedekah ajela masyuk sikit
Quote saladin780 12-3-2018 10:43 AM
chinta89 replied at 12-3-2018 10:14 AM
dh terlalu ramai duk di kaki lima, kat traffic light.. tlg la basmi org2 mcm ni...

kan..termasuklah yg menjual segala macam kat lampu2 isyarat tu..tlg la benteras ok..dah sebijik cam india plak
Quote lasagnaklcc 12-3-2018 10:44 AM
Penah sekali terhulur kat sorg brader OKU ni, bila nak blk I lalu nahhhh bini dgn anak2 sihat walafiat debab2 semuanya. Diorg tgh menunggu ketua keluarga 'cari rezeki' kekdahnya.
Quote matamata 12-3-2018 10:46 AM
aku lebih prefer beli kerepek yg pakcik/ makcik jual kat bank waktu malam....bg sedekah ni dulu2 buat, skrg tak lagi
Quote matamata 12-3-2018 10:48 AM
mmg masyuk pun....just imagine sorang bg singgit....satu hari tak kurang 100 org yg hulur....senang2 rm100 dlm tgn
Quote chinta89 12-3-2018 10:50 AM
saladin780 replied at 12-3-2018 10:43 AM
kan..termasuklah yg menjual segala macam kat lampu2 isyarat tu..tlg la benteras ok..dah sebijik ca ...

yg tlg beli tu pun sama, menyumbang kpd keramaian deols!

Quote MH3707 12-3-2018 10:51 AM
kerjaya hina mcm ni,,50k sebulan pun aku tak hingin...

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039468 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top