CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Dua Tahun Maut, 4 Jam Tertinggal Dalam Kereta

15-3-2018 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38139| Komen: 376

Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun menemui ajal selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya.

Sinar Harian melaporkan, ibunya yang berusia 32 tahun dan juga merupakan tenaga pengajar di kolej tersebut terlupa bayinya dibawa bersama dan tidak menyedari meninggalkannya dalam kereta.



Foto: Berita Harian
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, kejadian yang berlaku pada 9 pagi itu menyaksikan Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan ditinggalkan dalam kereta jenis Proton Saga di kawasan parkir Kolej Vokasional Port Dickson.

"Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.


Foto: Berita Harian
"Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson." -CARI
20

Bagus
32

Marah
14

Terkejut
42

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 14-3-2018 04:52 PM
taktau nak cakap apa dah, kucing pun tak buat perangai mcm ni
Quote marumaru 14-3-2018 04:52 PM
dah sampai masa kena kuatkuasakan undang2 parents cuai/ neglect segala ni... tak larat dah nak baca berita camni... bos pun kejam kadang2, anak sakit,  taska taknak terima,  bos pulak tak bagi cuti... camner nak buat...
Quote fushimi 14-3-2018 04:52 PM
beberapa tahun lepas dah pernah ada kes macam ni

kalau tak silap cikgu sekolah

memang dah banyak kes lupa anak ada kat dalam kereta
Quote grouper 14-3-2018 04:57 PM
Stress sgt keje smpai lupa anak la tu...ape pun takziah. Kalau x stress mcm mana blh lupa, bukan anak patung, baby lagi kot kecuali mmg ada penyakit lupa atau sakit jiwa.
Quote prizadane 14-3-2018 04:58 PM
kereta saga je kot..bukan besar mana kereta tu. takkan kau tak perasan langsung kau tinggalkan anak kau dalam kereta? kalau naik alphard ke, aku faham la kau tak perasan if anak tu duduk kat last row. eh anak okay? aku ingat setiap masa mana anak aku.. tak faham betul la mak camni. dengan budak tu pakai baju tidur lagi..sah-sah tak mandi lagi.

please punish mak budak ni. sorry but not sorry.. jangan bagi alasan sebab dah ajal
Quote prizadane 14-3-2018 04:59 PM
marumaru replied at 14-3-2018 04:52 PM
dah sampai masa kena kuatkuasakan undang2 parents cuai/ neglect segala ni... tak larat dah nak baca  ...

aku kalau boss tak bagi cuti n anak sakit, aku cuti jugak. nak buang aku sebab benda tu? silakan... aku pernah berhenti kerja kot sebab ada boss haprak camtu. keje boleh cari la
Quote beeeee 14-3-2018 04:59 PM
benda lain lupa takpe lagi ni lupa anak. emmm
Quote idakamaruddin 14-3-2018 05:06 PM
dulu mak aku sllu ckp kt adik laki aku kalau anu bole cabut pn bole lupa letak mana

mmg btl la pepatah org tua..anak pun bole ko lupa ye dik

Quote kuzaime 14-3-2018 05:07 PM
sedihnya baca..anak dia sampai berpuluh org ke sampai bawak yg sorang tu pun boleh lupa..
Quote cap_ayam 14-3-2018 05:09 PM
Aduh sayangg
Quote leylapple 14-3-2018 05:09 PM
aku tak blh hadam org yang pelupa mcm nie...

bawak anak tapi lupa..

kalau anak sakit pun keja tu blh ditinggal, tapi anak tu takkan kita dapat yg lain...

p/s keja aku pun stress so far buat la priority dalam hidup
Quote umbut 14-3-2018 05:09 PM
Amalkan letak beg kat tmpt duduk blkg.. kdg2 benda jarang buat, otak mudah lupa..
Quote mrizumi 14-3-2018 05:12 PM
Agaknya tgh2 kalut..ank plak ttdo kat blkg..so bila smpai..kluar trus lock kete..xingt lgsg..
Quote mommymonster82 14-3-2018 05:18 PM
Allahhurabbiii...
Letak dekat car seat x?
Kalu letak car seat insyaallah boleh nampak anak tu.

Kalu biar bergolek tdo je maybelah xnampak..
Apa2 pon
Takziah..
Quote ~boolean 14-3-2018 05:24 PM
Empat minit dalam kereta pun dah panas, apa lagi empat jam
Quote Minami2013 14-3-2018 05:32 PM
Kecuaian yg tak tau nk simpati ke tak... emmmm
Quote moonbug 14-3-2018 05:37 PM
fushimi replied at 14-3-2018 04:52 PM
beberapa tahun lepas dah pernah ada kes macam ni

kalau tak silap cikgu sekolah

Tahun lepas pun ada kes mcm ni. Selagi takde tindakan berat pada kecuaian parents ni, it will keep happening. Sad
Quote Artemesiaa 14-3-2018 05:40 PM
Dengan cuaca panas yang agak melampau sejak dia menjak ni di kawasan PD lagi mau macam dalam oven dalam keretanya tu mana tak seksa.  Apa juga alasannhya isu kecuaian sendiri tak boleh nak salahkan orang lain.
Quote namieamuro 14-3-2018 05:44 PM
x toleh blkg kete lgsg ke?walau sesaat? iols dh terbiase walaupun kelam kabut cemane pn akan scan blkg sbb takut ttgl brg berharge yg menarik phatian pencurik perampok sekalian..apetah lg i mmg buh segale beg kt bwh seat blkg..

ksiannye baby ni..dgn musim panas terik skrg ni..aduhaii mak nye pun..speechless

Lihat semua komen(376)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.058460 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top