CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mohon Jangan Sempit Otak Macam Sempitnya Rumah Kita" - Sentap Kerana Ruang Parkir

15-3-2018 12:59 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7963| Komen: 32|Original author: Oleh: Ain

Jika penduduk rumah teres di beberapa taman perumahan tertentu pun ada masalah tempat meletak kenderaan, inikan pula kawasan penduduk flat.

Hanya mereka yang pernah duduk di perumahan flat memahami perasaan mereka yang berebut ruang parkir.

Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan nama Adzra memuat naik dua keping gambar memaparkan dua keping surat penduduk di sebuah flat di Wangsa Maju yang 'bertekak' mengenai ruang parkir.

 


Apa yang menarik perhatian adalah surat balas daripada pemilik kenderaan yang disifatkan agak biadab bunyinya.

Difahamkan, surat 'dilayangkan' apabila salah seorang penduduk tidak berpuas hati kerana ruang yang sering digunakan untuk meletak keretanya diambil orang lain.

"Selama saya duduk di sini, memang ini tempat saya memarkir kereta saya,"
tulisnya.

 



Reda je la awak tu duduk rumah flat je
 



Rata-rata netizen bersetuju perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan dan sepatutnya, tak perlu ada adegan 'sentap-menyentap' kerana memang begitulah lumrahnya jika menjadi penduduk perumahan flat.

"Macam baru duduk flat je makcik tu.

"Parking tu memang konsep siapa cepat dia dapat. Tapi, tak payahlah sentap.

"Saya rasa perkara ini boleh je dibawa berbincang.

"Memang salah makcik tu, tapi jawapan balas dia agak biadab. Boleh je balas elok-elok,"
komen netizen.

 


Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang merasakan jawapan berkenaan masuk dek akal dan tidak biadab.

 
Foto: Twitter

Adatlah sekiranya ruang parkir di kawasan perumahan yang agak sempit dan sesak kadang kala tidak mencukupi. Yang penting, hidup berjiran ni perlu ada sifat bertolak-ansur dan toleransi supaya tidak bermusuhan sesama jiran. - CARI
22

Bagus
9

Marah
20

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-3-2018 01:14 PM
Patutnya umah flat pun kena buat sistem mcm kt kondo, kena ada palang dan pass bulanan bulan2 rm100 utk satu petak parking....
Quote mizzmimi 15-3-2018 01:22 PM
Pernah kena ngan baboon selang satu rumah.. Berjela surat. Aku parking depan umah sebelah kiri india kanan cina takde pun pernah surat2 ni. Bani meleis je yang perangai camni.
Quote missinpiece 15-3-2018 01:30 PM
Biadap hapenye. Elok lagila jawapan camtu.
Iols kat sini org siap cop parking sekali buat khemah. Bila kluar, tiang khemah dirantai. Mmg totaly jadi hak milik dia la kan. Itu haku malas peduli, yg iols bengang dok kena menolak kereta walau banyak parking kosong. Iols time preggy susah2 park jejauh tanak block org, alih2 ada je siamang block2 keta semata nak turun tepi pintu rumah dia. Dahla maintenance bayar mahal
Quote shernazz 15-3-2018 01:40 PM
Bertabah.la.uols...
Hehe...
Kalau kat ppr pung lagi jenuh
Iols tgk.pon.dh sesak.napas apatah lagi yang dok situ
Quote prettyuglybabe 15-3-2018 01:45 PM
selayaknya la dapat jawapan gitu..
duduk flat ada hati nak cop tanah..
Quote missinpiece 15-3-2018 01:53 PM
Orix replied at 15-3-2018 01:14 PM
Patutnya umah flat pun kena buat sistem mcm kt kondo, kena ada palang dan pass bulanan bulan2 rm100  ...

Iols cadangkan sape yg bayar maintenance je dpt parking. Tp Jmb takut..
Quote harkktuih 15-3-2018 02:01 PM
walau hartanah di bandar sekalipun, mentaliti tetap pprt..
Quote moonbug 15-3-2018 02:23 PM
Dah duduk flat, bertabahlah
Quote Sasakim 15-3-2018 02:26 PM
memang betol pun ade yg letak kon.letak kerusi.letak moto utk cop paking.kalo nk bt cmtu.beli la paking pastu cat merah.xde sapa yg nk parking tempat kau.ni parking public.agak2 la nak bg ‘surat amaran’ gitu pun.
Quote afie_m 15-3-2018 02:34 PM
betul tu..sokong sgt dengan surat balas tu...kadang2...bila cakap/balas elok2 dia org tak paham...tapi takut plak kang keta tu  kena calar..hahhahha
Quote leylapple 15-3-2018 02:40 PM
minda pprt mmg mcm nie lah.. cuba buat stail mcm di singapoe...1 unit HDC flat tu ada 1 parkir.. lebih mmg tak blh parking dalam... degil jugak terus kena kompaun..

kat msia nie law abiding person ssh nak jumpa sbb tak ada tindakan dr pihak penguasa...

semua nak above the law waima hanya penduduk flat sajork
Quote krustykrab 15-3-2018 02:43 PM
aku prnh duk flat pprt zaman jepun dulu....prnh jugak terima surat cinta mcm ni, mentang2 la dapo dia hadap tapak parking, blh dia kata itu tmpt dia...laki aku jenis malas bertekak, redho je park tmpt lain....tmpt yg kami park ni hadap rumah india, ok je takde pulak dia bg surat cinta itu nenek dia punya parking ke.

mmg sampai skrg la aku ingat kisah ni, dan aku doa beliau tu sampai mati la takkan hidup senang, duk je rumah flat pprt sampai 7 keturunan.

Quote mizruncing 15-3-2018 02:48 PM
slh satu sbb knp laki aku taknak dok umh flat. dia ckp umh pprt ni perangai lain mcm sikit. ape sikit sume nk bawang sume nk sentap. lagi-lagi bab parking. adoiiiiiii
Quote manehnya 15-3-2018 02:57 PM
tudia, ayat.. mcm tu rupanya generasi zaman skrg berbahasa.. x sedor nti dia pun akan tua.. salah ka tulis elok2?

budi bahasa x dak... patut la duduk flat ajer selama  34tahun
Quote Rainrein 15-3-2018 02:57 PM
Ala, tang macam ni abis semua netizen jadi sopan  ye. Biadap apenye macam tu. Orang x reti and perasan x bertempat  macam tu sewajarnyelah dapat balasan surat cenggitu. Biar masuk dalam otak and hadam bebaik.
Quote Lollipop111 15-3-2018 03:20 PM
Sy cumen nk ckp, mmg kekadang kita betul dan org tu salah tp yg lebih utama musuh jgnlah dicari... org skg mcm2x maen benda nk puaskan dendam... klu kita x syg diri kita, sayangilah keluarga kita, anak2x kecil. beralah jelah kak..
Quote rosasen 15-3-2018 03:43 PM
time gi numpang umah sedara kt ampang, mmg ni konsepnya. ada je yg cop ngn baldi la ape la... tp yg kosong tu sape cepat dia dapat. sampai ayah aku pon malas nak kluar kalo dh dpt parking...nnt kena double park..hhaah
Quote krustykrab 15-3-2018 03:46 PM
elok flat ni dibuat parking mcm kat opis ni, kan senang, semua parking tak hadap rumah org. tak de la konsep cop sbb depan rumah aku
Quote Kakopi 15-3-2018 03:49 PM
krustykrab replied at 15-3-2018 02:43 PM
aku prnh duk flat pprt zaman jepun dulu....prnh jugak terima surat cinta mcm ni, mentang2 la dapo di ...

hihi...sampai 7 keturunan haa..tapi dulu pernah tinggal kat wangsa maju jgk..dekat dengan lrt tu...paling jauh pernah parking pun kat area pasar yang selalu hari isnin tu tak pun kat area parking lrt...x pe la jalan jauh janji parking ok dan tak diblock kereta lain.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.056866 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top