Tengah sedap mengulit mimpi di pagi hari, hidung anda tertangkap pula aroma telur goreng, nasi lemak sosej dan sebagainya. Salah satu cara untuk memastikan kita bangkit dari tilam nan empuk dan bantal yang gebu adalah aroma makanan!
Dan tak salah lagi, sarapan merupakan hidangan terbaik untuk memulakan hari-hari kita. Pernah tak anda terfikir untuk membiarkan aroma itu 'melekat' di tubuh anda supaya dapat menikmatinya sebelum tiba waktu makan tengah hari? Kini, sebuah syarikat pengeluar bagel telah melancarkan set penjagaan rambut berperisa sarapan! Bersempena pelancaran sandwic kedai Einstein Bros. Bagels menawarkan set syampu dan perapi rambut edisi terhad yang diilhamkan dari inti klasik bagel iaitu keju dan bakon.
Ya, penggemar dua makanan ini kini boleh memanjakan rambut dengan syampu berkeju sebelum merapikannya dengan perapi berperisa bakon. Set Cheesy Shampoo dan Wakin’ Bacon Conditioner kini dijual secara dalam talian pada harga 7.12 British Pound (RM40). Kalau anda menyangkakan ia satu keluaran yang pelik dan tidak akan mendapat sambutan hangat, anda salah! Syarikat itu mendakwa mereka set penjagaan rambut berkenaan telah habis terjual dengan jayanya. Biasanya, benda yang pelik itulah akan laku keras! Ada ke di antara kita yang mahu masuk ke pejabat dengan bau-bauan begitu? - CARI |
4
Bagus |
4
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT