CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Selfie 200x Sehari? Pemuda Ini Obses Dengan Pujian. Memang Ramai Macam Ni Ke?

22-3-2018 04:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5447| Komen: 38|Original author: Oleh: Azza Rai



Perhatian kepada netizen di luar sana, seberapa obses anda terhadap selfie lalu upload ke media sosial?


Jika jawapan anda 2 hingga 3 keping ia masih dikira normal.
Namun bagaimana pula dengan jumlah selfie 10 kali ke atas? 

Rasanya ia boleh dikira ‘tidak apa’ jika anda adalah selebriti atau insta famous yang pengikut di media sosial tertunggu-tunggu foto tersebut.

Namun, jika 200 kali sehari mengambi gambar sendiri, rasanya ia sudah kronik. Inilah realitinya, pemuda berusia 22 tahun ini, Junaid Ahmed berselfie sebanyak 200 kali setiap hari!

Wow! kedengaran sangat pelik tapi benar. Menurut portal berita BBC, obses Junaid membuatkan dia sentiasa melihat gambar yang dikemaskini di instagramnya yang mempunyai 52.6k pengikut serta teruja dengan berapa banyak like yang diperolehi.

"Seminit gambar saya di media sosial, biasanya saya akan mendapat like sebanyak 100-200. Tapi jika gambar tersebut tidak mendapat 600 likes, saya akan memadamnya."

Menurut kajian dari Nottingham Trent University, keinginan berlebihan untuk merakamkan gambar sendiri lalu meletakkan di media sosial lebih dari 6 kali sendiri sehari dikategorikan sebagai 'chronic selfitis'. Jadi cuba semak diri anda, dah lebih 6 kali atau belum?

Walaupun mendapat kecaman dari netizen, Junaid tidak kisah. Dia sendiri bersiap selama 3 jam sebelum berselfie, jadi kenapa dia perlu hiraukan kata-kata orang.

"Ya, saya mahukan kesempurnaan. Jadi apa sahaja komen negatif saya tolak tepi. Malah saya lebih ekstrim memperbaiki diri sendiri  dengan merubah wajah," katanya yang memperbaiki struktur gigi, filler dagu, pipi, rahang dan bibir selain membuat botox di bawah mata dan kening, mata dan ‘fat freezing’.

Bagaimanapun Junaid sendiri sempat berpesan kepada followernya bahawa kehidupan sosial media sangatlah berbeza dengan dunia realiti. Jadi, usah mudah terpengaruh dengan kepalsuan yang dipamerkan.

Wah! Macam tak sama pula nasihatnya dengan apa yang dilakukan terhadap diri sendiri. Mungkin Junaid bukan sekadar ‘selfitis’ tapi ada juga kecelaruan identiti. Jom semak adakah anda juga kategori tersebut.- CARI 
12

Bagus
32

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (119 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 22-3-2018 04:22 PM
Gigehnya ko hadek joned
Quote msamyrazi 22-3-2018 04:25 PM
apesal  i cam nampak mata , hidung dan mulut joned  tak selari  ? ke mata ku yg kero.
Quote mrizumi 22-3-2018 04:25 PM
msamyrazi replied at 22-3-2018 04:25 PM
apesal  i cam nampak mata , hidung dan mulut joned  tak selari  ? ke mata ku yg kero.

Nmpk mcm senget kn?
Quote mrizumi 22-3-2018 04:26 PM
Xda keje ke? Nk siap2 utk selfie pun mkn masa 3jam..
Quote msamyrazi 22-3-2018 04:27 PM

yup..edisi salah bikin lah nie . takut pulak tengok ..
Quote whadda 22-3-2018 04:30 PM
nape muka ko senget.. sape je la yang like gambar dia ni
Quote armin 22-3-2018 04:35 PM
Obses dgn diri sendiri tp masih hodoh..
Quote kikuri 22-3-2018 04:36 PM
pelik muka heshe... senget...
Quote paz 22-3-2018 04:38 PM
Macam kena lukis muka dia. Tapi tak lah berapa menarik dilihat, pada Paz lah.
Quote myakayina 22-3-2018 04:41 PM
gigihnya ko mekap segala dik..tetap tak selera akak nengoknya..sapalah yg like pic ko tu..
Quote mamamia13 22-3-2018 04:45 PM
doktor mana dia pergi tadah muka ni? kenapa x selari muka dia
Quote idakamaruddin 22-3-2018 04:53 PM
ko kemain filler botox sana sini tapi tetap hauss dekkkk

Quote AznieBunnie 22-3-2018 05:23 PM
nampak pelik dan senget kan muka dia. tu muka dah ekjas.
yg tak ekjas dulu, bayangkan macam mana...?

Quote ReginaGeorge 22-3-2018 05:23 PM
Hmmmm huduhnya
Quote ReginaGeorge 22-3-2018 05:23 PM
Hmmmm huduhnya
Quote grizz 22-3-2018 05:27 PM
gigih huplod kt socmed pstu xcukup 600 like padam..kejadahnye..
Quote SLAManya 22-3-2018 05:28 PM
dia perasan ke tak muka dia tu senget?

nak nasihat skit.. kalau orang puji, jangan cepat melambung fefeeling lawa sangat
padahal realitinya biasa-biasa je
biasalah manusia mulut manis
time baik wangilah...


#donenasihat
Quote dekmieDandy 22-3-2018 05:29 PM
macam ponen je
Quote RooneyMara 22-3-2018 05:56 PM
Kesian nya. Since dah up cerita camni, maybe dia dah tak dpt byk like.  instead dpt lg byk kutukan.  Jgn sakit jiwa sudah dik oi.

Nasib la ig tu takde dislike button mcm YouTube. Rasa nya penuh dislike kalau boleh dislike

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.119500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top