CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Tak Mahu Suami Orang, Berhati-Hati Jaga Batas Diri

27-3-2018 02:43 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 18273| Komen: 108|Original author: Oleh: Amirah

Siti Nordiana sentiasa mengingatkan dirinya untuk menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki yang sudah berumahtangga.

Foto: IG Siti Nordiana

Jelasnya pada Harian Metro, dia pernah merasa kecewa suatu ketika dahulu apabila ‘haknya diambil orang’ dan ia menjadi pengalaman hidup yang tidak akan dilupakan. Baginya tidak semua wanita rela menjalani kehidupan ‘bermadu’.

Foto: IG Siti Nordiana
"Sebagai wanita yang pernah melaluinya dulu, ia sesuatu yang menyakitkan. Jadi, saya ambil pendekatan berhati-hati dan tahu menjaga batas diri apabila bekerja dengan lelaki sudah berkeluarga.


"Memandangkan saya menceburi industri seni sebagai karier, memang tidak dapat elak daripada bekerjasama dengan lelaki sudah berkahwin.

"Apatah lagi, sekarang saya semakin aktif berlakon dan itu membuatkan penting untuk menjaga batasan pergaulan. Ditambah, status saya sebagai ibu tunggal," katanya.

Foto: IG Siti Nordiana
Dia juga berdoa agar tidak menyakiti hati wanita lain dan semoga diberi perlindungan dan dijauhi daripada mengalami situasi tersebut.

"Untuk saya, apa yang boleh dielakkan itu maka berusahalah mengelakkannya. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batasan diri ketika bekerja.

"Malah, sejak sekian lama menjadi ibu tunggal, saya hingga kini belum terfikir untuk jodoh baru. Saya selesa dengan kehidupan dijalani sekarang.

"Terus-terang, saya memang tak mahu suami orang. Jadi, saya sangat berhati-hati dan menjaga batas pergaulan dalam urusan kerja dilakukan," katanya.

Foto: IG Siti Nordiana
Nana pernah menjalani hidup berumahtangga bersama Allahyarham Faizal Yusup dan bercerai pada tahun 2009. Mereka dikurniakan seorang anak, Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 11 tahun.

Foto: IG Siti Nordiana
Selepas gagal dalam perkahwinan, Faizal mendirikan rumahtangga bersama wanita lain dan pada tahun 2011 dia meninggal dunia akibat sakit jantung. Hasil perkahwinan kedua dia juga dikurniakan seorang anak.

Betul apa yang dikatakan Nana. Selagi boleh elak, kita elak dari jadi perampas suami orang. Hidup banyak pilihan. - CARI
7

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 27-3-2018 02:50 PM
tapi meollsss suker tengok nana & fikri ibrahim dlm citer cekelat part 1 & 2 tu..kalu berjodohan pon xpe nampak sweet jahhhh..
Quote NazRysha 27-3-2018 02:55 PM
sebiji arwah bapak dia si rayyan
Quote misslinkpk85 27-3-2018 02:56 PM
Aku tgk dia pun follow intan ex madu izreen
Quote BookerT 27-3-2018 03:03 PM
mak rasa kau elok cari duda je nyah...cari orang bujang ni taboleh pakai kecuali dia sebaya dengan kau nyah..sebab kau tu ada anak...
Quote BookerT 27-3-2018 03:04 PM
chicozinn replied at 27-3-2018 02:50 PM
tapi meollsss suker tengok nana & fikri ibrahim dlm citer cekelat part 1 & 2 tu..kalu berjodohan pon ...

sweet masa acting je tu nyah..real life siapa yang tahu nyah...
Quote AshkieLa 27-3-2018 03:11 PM
chicozinn replied at 27-3-2018 02:50 PM
tapi meollsss suker tengok nana & fikri ibrahim dlm citer cekelat part 1 & 2 tu..kalu berjodohan pon ...

meols pun nampak diorg mcm serasi sangat...
cara fikri pandang nana...
kalau berjodohan, meols restu.. ahaha.
Quote munchkin 27-3-2018 03:13 PM
Moga dipertemukan dengan jodoh yg baik. Aminnn. Suka tengok nana ni. Ibu tunggal yg tinggi maruahnya.
Quote chicozinn 27-3-2018 03:16 PM
BookerT replied at 27-3-2018 03:04 PM
sweet masa acting je tu nyah..real life siapa yang tahu nyah...

tapi mse GGV pun nampak si nana & fikri cam ade chemistry..plus meollsss rse achey tu cam pembingit telinga mse dorang ber3 ni..
Quote chicozinn 27-3-2018 03:18 PM
AshkieLa replied at 27-3-2018 03:11 PM
meols pun nampak diorg mcm serasi sangat...
cara fikri pandang nana...
kalau berjodohan, meols  ...

meollsss pun restu walaupun nana tu J & fikri tu muda..bukan senang nk dapat pucuk muda gittew..
Quote AshkieLa 27-3-2018 03:24 PM
chicozinn replied at 27-3-2018 03:18 PM
meollsss pun restu walaupun nana tu J & fikri tu muda..bukan senang nk dapat pucuk muda gittew.. ...

beza 10 tahun laa kan?
nana 1984.. fikry 1994...
Quote chicozinn 27-3-2018 03:26 PM
AshkieLa replied at 27-3-2018 03:24 PM
beza 10 tahun laa kan?
nana 1984.. fikry 1994...

alah, si aidil marcello ngan sape tah nme bini dia yang pembaca berita comel tu aman2 je beza 10 tahun tapi loving couple yachhh
Quote babydoll 27-3-2018 03:40 PM
AshkieLa replied at 27-3-2018 03:24 PM
beza 10 tahun laa kan?
nana 1984.. fikry 1994...

whaaaaattt??? fikri tu lahir tahun 1994?? serious laa??


i ingat dia 30 or dekat 30. baru 24 rupanya.
Quote Loginlogoff 27-3-2018 03:48 PM
AshkieLa replied at 27-3-2018 03:11 PM
meols pun nampak diorg mcm serasi sangat...
cara fikri pandang nana...
kalau berjodohan, meols  ...

pkriaq tu mude lg khen...rsnya bru 23..tp bolehhhh laaa..iols pn sukerrr..wahhh gituhh aku mengeship retis...wakakakaaakaka
Quote Loginlogoff 27-3-2018 03:50 PM
chicozinn replied at 27-3-2018 03:18 PM
meollsss pun restu walaupun nana tu J & fikri tu muda..bukan senang nk dapat pucuk muda gittew.. ...

khen...aslkn boekkk khen chuols..pikriaq tu jnis bdk baik jugok iols tgk..fmly pn org kg bese2 naaa..trtgk ritu trek selebriti..anok omak rupanyeee
Quote AshkieLa 27-3-2018 03:56 PM
babydoll replied at 27-3-2018 03:40 PM
whaaaaattt??? fikri tu lahir tahun 1994?? serious laa??

meols pun baru google satnih terkejut.. tak sangka.
mungkin sebab rerambut banyak tu skali kot..
Quote AshkieLa 27-3-2018 03:59 PM
chicozinn replied at 27-3-2018 03:26 PM
alah, si aidil marcello ngan sape tah nme bini dia yang pembaca berita comel tu aman2 je beza 10 t ...

bukan mcm tu chuols.. iols ni terkejut fikry tu muda sgt lagi..
ingat kot beza ngan nana dlm 2-3 tahun je kalau muda pun..
tp okla.. drpd dengan joey gerak geri gasing tu.. itu meols tak restu.
Quote Burong_Hantuk 27-3-2018 04:00 PM
pasah  sedok patut ambil iktibar nih.
Quote abangadek 27-3-2018 04:00 PM
jering pun dulu2 bg stetment camni.. halih2 menyondol jugak
Quote moocoww 27-3-2018 04:01 PM
Suka tgk sheols dgn Alif Satar..tapi apakan daya alif tu laki org pulop...

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047185 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top