CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Buat Tempoyak Tak Rosak Dan Tahan Lama? Ada Caranya...

30-3-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 7730| Komen: 14|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Foto - Noryana Ismail  
Bagi penggemar durian sudah pasti mereka juga akan meminati tempoyak. Tetapi jika tempoyak yang dibeli atau dihasilkan tidak menepati citarasa pasti akan membuat anda hilang selera untuk menikmatinya.

Tidak cukup dari itu mungkin juga bila anda buka bekas tempoyak dan ambil sedikit kemudian ditutup dan disimpan, bila ingin guna kembali bahagian atasnya sudah rosak atau bertompok-tompok.

Suka atau tidak terpaksalah ambil bahagian tu dan buang. Sudahlah harga tempoyak sekarang mahal sekilo lebih RM20 lepas tu kena pula buang bahagian yang rosak.

Tetapi jangan khuatir kami ingin berkongsi petua memastikan tempoyak anda tahan lama seperti yang dikongsikan oleh pemilik Facebook Noryana Ismail di dalam Group Masak Apa Hari Nie (MAHN).


Foto - Noryana Ismail  
Menurut Noryana isi durian yang sudah dibuang bijinya itu perlu digaulkan bersama gula dan garam sehingga sebati. Sebelum mengisi isi durian yang digaulkan itu, sedikit taburan gula perlu diletakkan dipermukaan balang untuk mengisi tempoyak.


Foto - Noryana Ismail  
Selepas itu bolehlah dimasukkan tempoyak tadi sehingga 3/4 bekas dan taburkan sekali lagi gula di atas permukaan durian itu dan tutup. Noryana juga turut berpesan agar tempoyak berkenaan diletakkan di luar dahulu selama dua hari sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Foto - Noryana Ismail  
Setiap kali menggunakan tempoyak untuk memastikan permukaan atasnya tidak berkepala dan hitam anda disarankan menabur sedikit gula. Jadi mudah bukan. Mungkin anda boleh cuba tips ini dan lihat sama ada ia berjaya atau tidak. Selamat mencuba. -CARI
12

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 30-3-2018 03:13 PM
sedapnyee tempoyakkkk

Quote prettyuglybabe 30-3-2018 03:17 PM
kitaorang buat tak taruk gula pun..
garam je cukup..
petua my mom, tempoyak jangan kena tangan/kulit..
Quote moonbug 30-3-2018 04:25 PM
Letak garam je
Quote zasssssss 2-4-2018 11:37 AM
prettyuglybabe replied at 30-3-2018 03:17 PM
kitaorang buat tak taruk gula pun..
garam je cukup..
petua my mom, tempoyak jangan kena tangan/kul ...

setuju........bubuh garam je dan asingkan durian ngan bijinya mengunakan pisau.......langsung tak kena pada tangan isi durian tu...
Quote shafashuha 2-4-2018 01:25 PM
zasssssss replied at 2-4-2018 11:37 AM
setuju........bubuh garam je dan asingkan durian ngan bijinya mengunakan pisau.......langsung tak  ...

betol..lgipon klu pakai tgn nampak eww sikit..sbb belemuih....
Quote kelip2_07 11-4-2018 08:33 AM
kenape taruk gula lg?dh pkai durian fresh..xperlu buh gula
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:01 PM
Tq for sharing
Quote Thealisyayusuf 4-2-2023 12:15 AM
Tq for the recipeee
Quote ibugarang 26-2-2023 11:33 AM
Letak garam jer kalau resepi my mom.. tak letak gula sebab durian itself dh manis2.. petua mcam orang atas cakap jangan kene tangan tue yes, kompem than lama.. mmg kami tak beli tempoyak, buat sndiri jer..
Quote Wheeinout 28-2-2023 09:39 AM
My mom pun selalu letak garam shj then frozen. Bila nak makan baru defrost selalunya tempoyak elok, tahan lama
Quote Lengkong 9-3-2023 09:42 PM
Sedap ni masak lemak ikan campur tempoyak
Quote Mamason 15-5-2023 03:08 PM
Arwah mak buat xpernah letak gula... Letak garam aje.  Elok je kemenjadiannya and tahan lama...
Quote Ytee 17-6-2024 10:08 PM
sedap nih
Quote aqil_harith 18-6-2024 08:08 AM
Tak pernah buat..selalu beli yg siap je kt psr tani

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048811 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top