CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Lapangan Terbang Dipotong Gaji Kerana Terlalu Tampan

30-3-2018 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9268| Komen: 68

Seorang pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Xiamen Gaoqi di Xiamen, China telah dipotong gajinya selepas video dia sedang berjalan di tarmac (landasan) tular di media sosial.


Menurut Inc, juruteknik berusia 25 tahun itu tidak menyedari dirinya sedang dirakam seorang penumpang wanita ketika dia yang lengkap berseragam, berjalan bersebelahan pesawat memakai fon kepala dan cermin mata hitam.

Malah, netizen turut membandingkannya dengan pelakon Korea Selatan yang tampan iaitu Song Joong-Ki.


Foto: IMDb/Youtube

China News Service melaporkan bahawa video tular itu menyebabkan majikannya mengenakan potongan gaji sebanyak 10 peratus kerana dia melanggar kod etika berpakaian syarikat selain memasukkan tangannya ke dalam poket ketika dirakam.


Majikannya dilaporkan bimbang penampilan kasual dan 'tidak kemas' itu akan memburukkan imej syarikat memandangkan lebih satu juta pengguna telah menonton video berkenaan di laman Tik Tok.



Pengguna laman web berkenaan termasuk 'peminat barunya' mengecam tindakan majikan terbabit kerana dipercayai memotong gaji pekerjanya akibat cemburu dengan ketampanannya sehingga mendapat pujian meluas di Internet.

Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak menyalahkan majikannya atau individu yang merakamkan video berkenaan.


Foto: Youtube

"Ia salah saya kerana menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dan melanggar kod etika berpakaian ketika bertugas.

"Tolong jangan salahkan penumpang yang memuat naik video saya itu dan saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak berniat menyusahkan saya," katanya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • kimbora

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 30-3-2018 02:19 PM
hensem la macam tu
kalau pakai skema turun 10% kehenseman
Quote Orix 30-3-2018 02:21 PM
Selagi tak cabut spec mata, tak de gambar close up, iols xkan percaya heols hensem....
Quote kechikchomel 30-3-2018 02:25 PM
menyesal klik 'play' tadi
Quote lasagnaklcc 30-3-2018 02:28 PM
Hensem la jgk. Tapi tak paham reason dia kena poting gaji.
Quote Artemesiaa 30-3-2018 02:41 PM
Tak dinafikan ada sesetengah dari mereka kelihatan agak tampan dan tinggi2 semuanya.  Terutama yang dalam pasukan beruniform, yang menjaga keselamatan tempat2 awam macam abam polis, askar dan swat.  Teringat Art masa di Shangai aritu gigih antie, tanter tanter ngan ahkak2 nak berselfie they theols.  Tetap tercegat maintain tegak in character walau berbakul theols tengah dipuji semasa tengah menjaga tu.  Nak balas senyum pun terpaksa tahan sebab tengah kerja.  Sama macam dalam kes ni dah org minat macam mana nak marah.
Quote idakamaruddin 30-3-2018 03:11 PM
x paham mata dorang ni cane bole detect ensem
Quote hyie 30-3-2018 03:15 PM
idakamaruddin replied at 30-3-2018 03:11 PM
x paham mata dorang ni cane bole detect ensem

bila orang tinggi badan sedap2 muka ploles pakai spek itam, otomatik nampak rembes chuols...tapi bila dia bukak spek belum tentu tasty yach
Quote chicozinn 30-3-2018 03:19 PM
bila bukak spek muka hauk..menyesal tengok vid tadi..
Quote grizz 30-3-2018 03:20 PM
iolls xleh trime chinese look..say no to mate sepet..
Quote fox. 30-3-2018 03:20 PM
makin terserlah ketampanan bilamana dia memaafkan sahaja majikan & orang yg amek gambar tu
Quote mieymiey 30-3-2018 03:31 PM
Pekerja Lapangan Terbang Dipotong Gaji Kerana Terlalu Tampan


Misleadingnya tajuk. Bukan ker dia dipotong gaji sebab tak ikut etika berpakaian?
Quote dani-rox 30-3-2018 04:16 PM
Ala2 Ahbeng sebegitu
Quote gummiebear 30-3-2018 04:22 PM
Cuba bukak spek dulu tengok baru boleh cakap tampan ke tidekk
Quote dinopower2 30-3-2018 04:29 PM
klau mcm ni la etika company ni... suppose @dodolgemok dpt kenaikan gaji 10%
Quote shernazz 30-3-2018 04:33 PM
Iols.perhati dia.ssama cm min kyung hoon
Quote Modngengade 30-3-2018 04:39 PM
Orix replied at 30-3-2018 06:21 AM
Selagi tak cabut spec mata, tak de gambar close up, iols xkan percaya heols hensem....

kakak pun agak sceptical dekk....harus kena buka spek dulu baru akak boleh yakin

Quote Modngengade 30-3-2018 04:45 PM
setelah dibuka spek ternyata leluhur jinjang ini biasa2 saja..x sedap mana pun....setitik pun air akak tak merembes  keluar apabila  melihat heshe....buang data jer tgk video
Quote bottombikini 30-3-2018 04:52 PM
aah..bukak dulu spek tu baru tau tampan ke tidak hoke
Quote prizadane 30-3-2018 05:00 PM
apa yang handsome? dengan mata covered with sunglasses. tak kosser la netizen china ni. taste ke laut

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071603 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top