CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

11 Selebriti Lelaki Ini Boleh Diangkat Jadi Bapa Pilihan & Penyayang..

18-4-2018 12:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9332| Komen: 40|Original author: Oleh: Azza Rai

Bergelar selebriti bermakna perlu bersedia menerima apa sahaja ujian yang mendatang, tidak kira sama ada pujian atau kecaman, mereka perlu kebal dalam menangani situasi.

Namun di sebalik kehebatan mereka di mata masyarakat, mereka sebenarnya mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong di belakang.

Ini dapat dilihat dengan perkembangan mereka di media sosial terutamanya ketika melayan anak-anak. Terserlah sisi kebapaan mereka di situ. Jom kita semak siapa yang menawan dan ‘family man’ itu.

11) Ashraf Muslim
Antara selebriti yang bahagia beristeri dua. Kepandaiannya menyatukan dua isteri dikagumi malahan cara dia melayani tiga anak kecil turut dipuji. Mesti suaranya lembut kan kala memarahi anak-anak.



10) Fazley Yaakob
Istimewanya Fazley sentiasa melibatkan anak-anak dalam program masakannya. Ada gambar anaknya yang sedang memasak rendang ‘crispy’ pun. Baguslah dedahkan anak dengan kemahiran hidup kan?



9) Hisham Hamid
Memiliki dua anak yang besar menampakkan sisi bapa yang lain dari karektor hero ini. Nampaknya hujung minggu banyak dihabiskan untuk keluarga. Sangat ‘family man’ okey.



8) Shuib Sepahtu

Selalu sahaja menayangkan anak-anaknya di Instagram demi mahukan kepastian sama ada anak-anaknya mirip ayah atau ibu. Tampak penyayang sekali.



7) Johan

Bayangkan Johan yang mulut becok itu melayan 4 anaknya yang keletah, mesti riuh rumah. Aksinya juga selamba dan nampak gayanya Johan akan menimang cahaya mata kelima pula. Lagi bergegar lah rumah.



6) Aeril Zafrel
Antara selebriti yang sentiasa bermain dengan kata pujangga, sangat memanjakan isteri dan anak-anak jelas dalam kapsyennya.



5) Lan Solo
Ujian terbesar adalah bila anak keempatnya mengalami sumbing, namun itu semua tidak membuatkan dia segan malahan sentiasa meletakkan gambar terkini di laman media sosialnya. Bagus Lan, anak adalah anugerah bukan untuk disorokkan ya.


4) Dr.Sheikh Muzafar
Beruntung angkasawan negara, jarak anak-anaknya dekat-dekat dan dapat kembar pula tu. Cukup 2 pasang, katanya mahu satu team bola sepak. Moga lebih dapat melahirkan generasi yang genius ok.



3) Aaron Aziz
Anak-anaknya sudah besar, jadi aktiviti bersama lebih kepada bercuti serta terbabit dalam program realiti. Petah bercakap dan nampaknya akan mengikut jejak langkah dalam bidang lakonan.


2) Tomok
Cerdik dan petah. Siapa sahaja tidak tertawan melihat gelagat anak-anak Tomok ini kala menyanyi dan berbicara. Cara Tomok melayan pun penuh berhemah kan?



1)    Awal Ashaari
Berbanding isterinya, Awal lebih dominan menjaga Lara Alana hingga diwujudkan akaun untuk puteri tunggalnya. Apa sahaja aktiviti dibawa Lara ke mana-mana. Nampaknya Scha perlu cepat-cepat melahirkan seorang lagi anak sebab Awal ternyata bapa yang penyayang.


Carta ini mengambil kira selebriti yang mempunyai anak lebih dari seorang (kecuali Awal kerana kesungguhannya). Dan ia hanyalah pandangan penulis serta nombor itu sekadar memudahkan anda. Yang penting setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kan? - CARI 
15

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
29

Sedih
22

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sonya21 18-4-2018 12:50 PM
suka awal dan tomok...sian kekrul xde
Quote moonela 18-4-2018 01:03 PM
keith foo and baby skylar please....
Quote Rainrein 18-4-2018 01:08 PM
Marah keknis lakinye bapak muda tu xde tau.
Quote d_anne04 18-4-2018 01:16 PM
setuju ngan tt..Awal lebih dominan dalam menjaga Lara Alana berbanding Scha
Quote de_ikea 18-4-2018 01:36 PM
Seronok tgok all the loving fathers. Keep it up!
Quote tomaz 18-4-2018 01:39 PM
Iolss selalu stalk ig Dr. SMS. Comel sgt twin dorang. Noah so adorable
Quote grizz 18-4-2018 01:50 PM
kompius lak bile serap muslim as family man..
tp klu ikot skang ye la kot..
Quote ladyxez 18-4-2018 02:00 PM
aimy ina naim dan kekrul tak masuk list
Quote stars83 18-4-2018 02:05 PM
kekrul mana? kang keknis kekrul terasa plak
Quote Themilo 18-4-2018 02:10 PM
ladyxez replied at 18-4-2018 06:00 AM
aimy ina naim dan kekrul tak masuk list

motif nak panggil aimy ina naim? warga poremer lebih suka menggelar beliau Sohai Kepam Lidah Terjelir
Quote goss79 18-4-2018 02:10 PM
awal, tomok and dr sms... mmg very loving and sgt melayan karenah anak2.
Quote LadyDiddy 18-4-2018 02:21 PM
Suka sangat2 follow dr sms n wife heols dr harlina
Suka tengok video bella n tasha...bijak betul budak berdua ni
Quote fahima80 18-4-2018 02:32 PM
Rasanya Alif Satar pun layak masuk list
Quote KucingBiru 18-4-2018 02:34 PM
stars83 replied at 18-4-2018 02:05 PM
kekrul mana? kang keknis kekrul terasa plak

I masuk jenguk sebab nak cari nama kekrul haha. Malangnya tiada..... so tak jadi hencap haha
Quote cupu 18-4-2018 02:39 PM
Fizo omar pun blh..soon fattah la.hehe...

Btw,mmg seronok tgk aktiviti lara ngan awal.wlupun lara dh masuk entertainment industry,sisi kanak2 lara terisi dgn aktiviti yg sesuai dgn umur dia.
Quote sheqim 18-4-2018 02:49 PM
dah agak, mesti ada yang komen kekrul tak tercaalon ke??? thanks korang happykan iols hahahaha
Quote mesmerize 18-4-2018 04:19 PM
walaupun awal mmg dominan jaga anak dia.. tapi lara selalu membahan bapak dia.
kalau mommy dia tanya.. who is the drama queen? lara jawap "daddy!"
mommy tanya.. who always make mommy sad? lara jawap.. "daddy! u daddy!"
Quote kelip2_07 18-4-2018 04:20 PM
nasib baik kekrul xde

aku mmg suka tgk awl lyn lara
Quote Aduradura 18-4-2018 04:22 PM
kelip2_07 replied at 18-4-2018 04:20 PM
nasib baik kekrul xde

aku mmg suka tgk awl lyn lara


Kekrul coming soon dia buat , jgn bagi kekrul keknis tengok article ni, kang memanjang theyolls post dgn si ucop...keluarga ,negara sama , kekeke

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.115909 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top