CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panaskan Enjin Sebelum Bergerak Adalah 'Tahyul', Baca Dan Hadam Ini!

11-4-2018 10:57 AM| Diterbitkan: Cari-Has| Dilihat: 5699| Komen: 26|Original author: Oleh: Has

Tabiat memanaskan enjin kenderaan sudah lama dipraktikkan orang ramai kononnya bagi meningkatkan daya ketahanan enjin. Tetapi, budaya memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan sebenarnya satu budaya yang akan merosakkan enjin kenderaan anda. 


Kita memang sudah sebati dengan 'ajaran' itu, tetapi fakta berikut akan mengubah pandangan anda.


Apa saja fakta itu?


Foto:Lelakisihat.com

Di Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, mereka telah menetapkan undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup apabila tiada pergerakan (idling). 



Foto: Lelakisihat.com

The Canadian Office of Energy Efficiency juga bersetuju bahawa untuk memanaskan enjin perlulah dengan membiarkannya bergerak walaupun dipandu perlahan.

Mereka juga menyarankan untuk memanaskan enjin hanya sekitar 15 hingga 30 saat sahaja walaupun suhu persekitaran rendah sebelum 'tayar bergolek' di atas jalan raya.

Ini kerana enjin diciptakan untuk bergerak, dan apabila enjin dan minyak enjin sejuk, maka sistem pembakaran akan memperbanyakkan minyak supaya pembakaran menjadi lancar. Kalau anda membiarkan enjin hidup, maka minyak enjin akan meleleh di dalam silinder, lalu merosakkan enjin kenderaan.


Foto: Youtube.com

Semoga perkongsian dipetik dari Siakapkeli ini dapat membantu anda menjaga enjin kenderaan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. - CARI
10

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-4-2018 11:05 AM
Iols pakai kete lokal saja..perodua..
Jrg la panas enjin..
Biasa start..relaks jap trus gerak...
Quote zulka 11-4-2018 11:20 AM
ye elokla...amalkan selalu...
F1 pun sebelum race...buat warm up dulu tau  
Quote Artemesiaa 11-4-2018 11:46 AM
Kereta dulu2 mungkin tapi buat kereta zaman sekarang tak perlu lagi nak panaskan enjin lama2 macam tu memadai sekejap je macam dalam article tu
Quote myakayina 11-4-2018 11:47 AM
aku mmg tunggu enjin panas dulu baru gerak..tapi takdela lama sangat panaskan pun..
Quote faraway1 11-4-2018 11:47 AM
kalau winter cam kat sini, memang normal orang start enjin dulu kasi dalam kereta panas sebelum bergerak. even stop kat kedai beli kopi pun ramai tak off enjin.. sejuk
Quote izwan_izi 11-4-2018 01:43 PM
Kereta elektrik / EV boleh la tak payah warmup...

Kalo kereta biasa...kene la warm up...sebelum kita bagi load (bergerak) pada enjin tu...sebab kita nk elak berlakunya pre-mature thermal stress pada piston, valve, bearing,cam shaft..
Quote saviour_09 11-4-2018 01:52 PM
ye ke???
abis aku panas enjin sampai lampu biru tu hilang baru gerak
ke perodua yg salah syor?
ke macam mana?
ke pendapat sendiri bukan kajian?
ke?
ke?
Quote sapeka 11-4-2018 02:22 PM
aku hidupkan enjin terus jalan
malas nak tunggu2
Quote shazman73 11-4-2018 02:37 PM
Panaskan injin ni untuk kereta sebenarnya ikut cara bawak kereta.

kalau kita bawak kerta style race memang perlu panaskan sekejap.

kalau cara kita bawak secara slow motion tak perlu panaskan sebab semua pembuat enjin kereta moden sekarang  dah ambilkira perihal ini......kereta moden tak perlu panaskan.
kat kilang mereka dah test injin secara maksimum..
Quote vanillaninja 12-4-2018 10:58 AM
I memang akan tunggu, sebab dah terbiasa buat dari dulu.
Quote MissVixen 12-4-2018 11:17 AM
Memang la kena panas dulu. Yang luar negara tak bagi tu, kalau tengah pergi jalan2 dan park mana2 sambil on enjin. Tu pencemaran alam sekitar.
Quote GigaMom 12-4-2018 01:59 PM
Tak pasti
Jangan kongsi
Edolitor oiii
Quote mjla 13-4-2018 01:32 AM
Keta tolak kat rumah aku tak perlu panaskan enjin pung
Quote mziskandar 13-4-2018 01:50 AM
Yg aku pasti, time aku blajar kemahiran hidup, kena panaskan enjin dulu. Biar minyak itam kena parts yg bergerak utk melincirkan pergerakan. Time tu x leh remp lebih2. Bila sound dah stable, baru bleh gerak.
Quote Jorja 13-4-2018 05:21 AM
Ni kalau tunjuk kt orang lelaki bukan dia nak baca habis.
Quote grouper 13-4-2018 11:11 AM
Kalau org yg selalu tukar kete 3 tahun sekali x payah panas enjin pun xpe..start terus jalan..
Quote Nadim 13-4-2018 03:05 PM
Start kereta, bila terpadam lampu radiator warna biru kat panel tu, baru aku blah.....
Quote precious_chicas 13-4-2018 03:39 PM
Edited by precious_chicas at 13-4-2018 03:42 PM

hubby ai pun salu pesan, nak panaskan enjin lepas start tu jalan je slow2 masuk gear D xyah tekan pedal fuel. Biar je gerak slow2, sampai jarum meter temperature tu berada kat normal engine operating temperature. ikut jelah.

Tapi ai tanya balik...dulu masa dia pakai m3 gear smg2, pesal kena tunggu warm up enjin gak...sebab pada rpm meter tu akan kuar lampu kuning (utk warm up gearbox smg katanya) sampai ianya clear baru leh jalan. Senyap je dia tak jawab pulak.
Quote whadda 13-4-2018 05:05 PM
aku tunggu jugak dua tiga minit... sangat beza klo warm up dua tiga minit dengan terus jalan

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051976 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top