Seorang pekerja wanita terpaksa menanggung azab hampir sejam selepas jari tangan kanannya tersangkut dalam mesin pengisar mi. Kejadian yang berlaku di Kampung Beringgis,Papar itu menyaksikan mangsa, Iriayati Boestaman, 42 tahun, sedang menjalankan kerja-kerja memproses mi di premis berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Janil Jaya berkata, "Seramai lapan anggota terlibat dalam operasi ini dan kita akhirnya berjaya mengeluarkan tangan mangsa pada jam 11.23 pagi." Astro Awani melaporkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. -CARI
|
ADVERTISEMENT