CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acu Pisau, Jolok Pemutar Skru Dalam Mulut Isteri

13-4-2018 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2391| Komen: 6

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini atas dua pertuduhan mengugut bunuh isterinya dan menjolok pemutar skru ke dalam mulut wanita itu, minggu lalu, lapor BH Online.


M David Desan, 26, yang juga pengawal keselamatan bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Muttiah.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut untuk membunuh V Eswari, 30, dengan mengacukan sebilah pisau kepadanya.

Untuk pertuduhan itu, M David didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala, bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menjolok mulut isterinya dengan pemutar skru dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Tertuduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah unit rumah pangsa di Jalan BP 1/2, Bandar Bukit Puchong, pada 11.30 malam, pada 7 April lalu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. - CARI
3

Bagus
17

Marah
19

Terkejut
12

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-4-2018 05:42 PM
Alahai...
Jilake btol la..
Rodok kat punggung kang
Quote Red_mAnc 13-4-2018 05:42 PM
Gila betul..Mabuk todi ke apa.. jahanam!!
Quote buapakperut 13-4-2018 11:44 PM
ganas betul mabuk minum brandy keh.kesian bini tu ayoo appa amma
Quote Artemesiaa 14-4-2018 09:34 AM
Kaki botol ler ni geng kuat mabuk macam tu ler perangainya
Quote onexox97 14-4-2018 10:50 AM
napalah nak dijolok jolok mulutnya
kalau dah xsuka bini tu ceraikan je la
dan pulangkan dia pada mak bapaknya
Quote kikyou 15-4-2018 11:15 PM
Apa kejadahnya buat mcm tu. Aduiii.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.036052 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top