CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Sangka Ada Banyak Serangga Halus Pada Sayur Brokoli!

16-4-2018 02:16 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 3358| Komen: 14|Original author: Oleh: Amiey

Brokoli merupakan salah satu sayur yang tinggi khasiatnya dan sedap dimakan walaupun hanya dengan mencelur atau dengan menggorengnya tanpa minyak. Rasanya yang berlemak membuatkan ianya menjadi antara sayur kegemaran ramai. 



Bagaimanapun, mungkin ramai yang tak tahu yang brokoli juga menjadi rumah kedua bagi serangga perosak yang sangat halus. 

Salah seorang pengguna Facebook, Caryn Burwood telah memuat naik gambar serangga halus yang dijumpainya pada brokoli yang dibeli dari salah sebuah kedai di tempat tinggalnya di Maine, Amerika Syarikat.

Foto: The Asian Parents

Saya beli brokoli ini di kedai runcit berhampiran rumah pada hari Selasa. Apabila saya ingin menggunakannya dalam masakan pada malam Rabu, ketika memotong dan memeriksanya, saya mendapati terdapat beribu serangga dalam brokoli tersebut!

Pada mulanya saya fikir ia hanya bunga-bunga kecil pada brokoli. Tapi apabila saya perhatikan dengan lebih dekat di celah-celah brokoli itu, saya dapat melihat betapa banyaknya kacang-kacang hijau kehitaman, bukan beratus malah beribu!," tulis Caryn di laman Facebook miliknya. 

Terdapat banyak serangga halus pada Brokoli. Foto: The Asian Parents
Caryn juga turut menyarankan semua ibu untuk memeriksa brokoli sebelum memasak. Perkongsian Caryn itu turut dikongsi lebih dari 55 ribu kali oleh pengguna facebook yang lain yang rata-rata terkejut dengan penemuan itu. 


Walau bagaimanapun, menurut The Asian Parents, serangga yang terdapat pada brokoli tersebut sebenarnya tidak membahayakan dan dibenarkan oleh USFDA dan Kementerian Kesihatan Kanada. 

Sungguhpun begitu, bukanlah bermakna kita tidak perlu mencuci sayur brokoli ini sebelum memasaknya walaupun ianya kelihatan bersih. 

Sayur brokoli ini sangat memerlukan ketelitian ketika membersihkannya. Sebaiknya pastikan ianya benar-benar bersih sebelum menghidangkan sayur ini terutama sekali untuk anak-anak kecil. 

Jom kita lihat cara mudah untuk membersihkan sayur ini seperti yang dipetik dari Vanilla Kismis

Cara #1
Potong brokoli dan sediakan campuran air dan juga cuka. Rendam brokoli ke dalam air ini selama 15 minit. Anda akan lihat serangga halus terapung di permukaan air. Bilas sehingga bersih.

Foto: Sirap Limau
Cara #2
Potong brokoli dan rendam dalam air garam selama 30 minit hingga satu jam. Kemudian bilas.

Foto: Sirap Limau
Penulis pula lebih suka merendam sayur brokoli ini dengan garam lebih kurang 20 minit, bilas dan kemudian rendam pula dalam air cuka selama 10 minit sebelum dibilas bersih. Sayur tersebut kemudian ditos, dan disimpan dalam bekas kedap udara. 
 
Cara-cara ini bukan sahaja bagus untuk membunuh serangga yang terdapat pada brokoli, ianya juga membuatkan sayur ini tahan lebih lama. Tak percaya? Cubalah dan anda pastinya gembira melihat hasilnya! -CARI 
8

Bagus
14

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pineapple_Roll 16-4-2018 02:25 PM
I selalu rendam sayur & buah dengan air campur ACV.. biar terendam dalam 15 mins gitu. Segala macam ulat serangga keluar. Letak sikit je acv tu..

Quote goss79 16-4-2018 03:05 PM
dia punya halus tu dah mcm kutu pulak. tetiba kembang tekak den
Quote prettyuglybabe 16-4-2018 03:12 PM
memang everytime akan rendam sayur dengan air garam..
Quote ctaz 16-4-2018 04:19 PM
tu sebab sayur2an dan kerang2an kena rendam dgn air garam dlam 10-15 min....
Quote Artemesiaa 16-4-2018 06:39 PM
Sayur-sayuran ni selalu ada je macam2 serangga lekat padanya.  Sebab tu kena dicuci dengan bersih sebelum dimasak atau dimakan.
Quote whitePoison 16-4-2018 10:35 PM
Tak suke brokoli.
Quote mr_cool5885 17-4-2018 01:22 AM
Errrkkkk...ma fav ni. Xtrfkir plk sblm ni. Aduhh biasanya ade dlm tomyam mkn kt kedai. Nk buat cmne tu.
"Kak, tomyam seafood xnk brokoli 1".
Quote chinta89 17-4-2018 09:39 AM
kat rmh boleh buat mcm ni.

kalau mkn kat kedai??
Quote annabellaruz2 17-4-2018 11:12 AM
semua jenis sayur mmg aku akan basuh dgn air garam..
rendam kejap supaya serangga atau ulat keluar dari sayur2an tu..
selalunya banyak ulat hijau halus melekap kat daun & batang sayur..
Quote pokokbunga 17-4-2018 11:26 AM
Pineapple_Roll replied at 16-4-2018 02:25 PM
I selalu rendam sayur & buah dengan air campur ACV.. biar terendam dalam 15 mins gitu. Segala macam  ...

ACV tu apa ya?
Quote Mek_bulat 17-4-2018 12:12 PM
pokokbunga replied at 17-4-2018 11:26 AM
ACV tu apa ya?

Apple cider vinegar a.k.a cuka apple
Quote salmon-suki 17-4-2018 01:25 PM
Salu rendam ngn air garam..tp pernah sekali rendam air garam 2,3 kali..tgu lama mcm xde apa2 dah..bila masak,elok je keluar pacat seekor drpd batang sayur tu..mmg terus campak sekali ngn kuali..lama jgk ler x beli sayur tu..takut dan geli,msti teringat2 benda tu..huhu
Quote Pineapple_Roll 17-4-2018 03:22 PM
pokokbunga replied at 17-4-2018 11:26 AM
ACV tu apa ya?

Apple cider vinegar.. cuka epal
Quote AkuMark 17-4-2018 06:12 PM
Owhhh mcm tu ke...meols biasa rendam ngan air paip jek xbuh garam or cuka...lepas tu bilas...biasa rebus dl sblm buh dlm speghetti atau goreng dgn sayur lain

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051555 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top