CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Wajib Buang," -Adam Corrie Jelaskan Semula Pada Yang Tak Faham-Faham

16-4-2018 02:23 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 8082| Komen: 46|Original author: Oleh: Amirah

Adam Corrie Lee yang sememangnya terkenal dengan watak gengster dalam drama dan filem telah menjelaskan isu tatu yang masih ada pada badannya sehingga mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pihak yang masih belum faham.


Foto: IG Adam Corrie
Dia mengaku tatu tersebut tidak dibuang dan sudah berkali-kali menerangkan sebagai mualaf jika pembuangan tatu itu memudaratkan maka tidak perlu dibuang tambahan pula tatu tersebut penuh pada seluruh badan. 

Foto: IG Adam Corrie
Foto: IG Adam Corrie

Hukum membuang tatu bagi saudara baru adalah tidak wajib. Bagi mengelak sebarang fitnah, jadi eloklah ditutup supaya tidak dilihat orang.

Menurutnya lagi tatu tersebut sudah ada pada badannya sebelum dia mengucap syahadah dan memohon mereka yang tidak arif tentang hukum sila rujuk pada mereka yang bertauliah dalam ilmu agama ini.

Masih ada lagi yang mempersoalkan tentang masalah tatu pada saudara baru Islam dan perkara ini sekali lagi menjadi isu selepas suami Lana Nordin pula yang menjadi mangsa keadaan.

Begitulah ujian untuk saudara baru Islam seperti Adam. Mereka yang cetek ilmu agama ada baiknya merujuk dahulu agamawan sebelum ‘mendakwahkan’ orang lain. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 16-4-2018 02:35 PM
aku buang tatto kat pusrawi buang RM8K
Quote zulka 16-4-2018 02:36 PM
nak seribu daya, taknak seribu dalih
Quote grizz 16-4-2018 03:07 PM
yg mualaf korg sbukkn..yg kompem2 islam tu xnk lak tego..
Quote MarissaOberlin 16-4-2018 03:30 PM
Kosser la netizen ni.
Quote Red_mAnc 16-4-2018 03:30 PM
bodoh melayu kampungan yg wannabe urban & instant alim..

My wife was a non muslim before we get married and she also had a tattoos. Penerangan daripada mereka yg berpengetahuan dalam islam, adalah haram sekiranya pembuangan tattoo itu menyakitkan serta memudaratkan lebih2 lagi tattoo itu di buat sewaktu 'jahil' dan sebelum memeluk agama islam..
Quote sarahmirza 16-4-2018 03:34 PM
Edited by sarahmirza at 16-4-2018 03:35 PM

Itulah...
Dulu tak nak pergi sekolah agama..
Dah besar, benda kecik2 yang bodoh2 juga yang dijadikan modal nak nampak tau banyak agama..
Segala yang memudaratkan tuan punya badan boleh jadi haram atau tak haram.
Macam rokok tu la... dah kalau tau memudaratkan, jadilah haram.
Nak buang tatto, kesakitan ya amat sangat... maknanya memudaratkan, maka tak perlu buang.
Dah kebuluran sampai boleh mati kalau tak makan, yang ada cuma daging babi je... dah jadi la tak haram makan daging babi waktu tu..


Quote BookerT 16-4-2018 03:51 PM
zulka replied at 16-4-2018 02:35 PM
aku buang tatto kat pusrawi buang RM8K

tattoo ke panau tu nyah?
Quote BookerT 16-4-2018 03:52 PM
Red_mAnc replied at 16-4-2018 03:30 PM
bodoh melayu kampungan yg wannabe urban & instant alim..

My wife was a non muslim before we get m ...

bukan multinick kau yang lain kau kata bini kau melayu Islam dari kelantan ke nyah?
Quote hyie 16-4-2018 03:57 PM
zulka replied at 16-4-2018 02:35 PM
aku buang tatto kat pusrawi buang RM8K

laser ke? citer aar...#acikbawang
Quote cairel_azlie 16-4-2018 04:29 PM
Benda yg bukan isu pokok dalam islam pun nak persoal....tak wajib pun buang...dah lah orang tu mualaf bkn lahir2 muslim...even kalo yg lahir muslim terbuat tatoo masa ko jahiliah pun tak wajib kalo memudaratkan or mencacatkan...kalo tatoo besar kurap syiling 50sen tu ok lagi...haha... acik bawang..acik bawang...
Quote kiah_mai_pulak 16-4-2018 04:30 PM
Kalau duk melayan netizen bodoh, smpai kiamat x abes
Quote Red_mAnc 16-4-2018 04:33 PM
BookerT replied at 16-4-2018 07:52 AM
bukan multinick kau yang lain kau kata bini kau melayu Islam dari kelantan ke nyah?

sorry dude...lu salah channel kot..it ain't me..
Quote Red_mAnc 16-4-2018 04:34 PM
BookerT replied at 16-4-2018 07:51 AM
tattoo ke panau tu nyah?

hahhahaha, panau tu yg win nyah...
Quote SayangSalmah 16-4-2018 04:49 PM
isu ni kan spt yg kita sedia maklum..kenapa perlu nk dipertikaikan
Quote cewekbopot 16-4-2018 05:05 PM
grizz replied at 16-4-2018 03:07 PM
yg mualaf korg sbukkn..yg kompem2 islam tu xnk lak tego..

kaaaaaaan...!!! bela sangat bingainya!
Quote grizz 16-4-2018 05:09 PM
cewekbopot replied at 16-4-2018 05:05 PM
kaaaaaaan...!!! bela sangat bingainya!

amboi..kemahin marahnye..
Quote Sonneblume 16-4-2018 06:04 PM
Kawan aku pernah buang tattoo dia cakap sakit(lg sakit dari buat tattoo),
mahal lak tu. Tak payah buang la cmtu. Lain kali think before you ink
Quote Cyempaka 16-4-2018 06:42 PM
memang ramai netizen sengal2 ayam bodo2 alang begini. dah berapa kali ustaz2 cakap pun tak faham2. tetap jugak la nak tunjuk warok tegur tatu mualaf. stacy pun beberapa kali kena. sah2 derang dulu bukan islam.

i have done my part konon...
Quote aaz 16-4-2018 07:44 PM
Sikap menghukum macam ni lah antara sebab orang menjauhi Islam. ISLAM TU perlu kepada ilmu,  bukan asal Islam terus alim tau semua benda. Tak tau belajar,  tanya yang berwibawa. Jangan sampai saudara baru murtad sebab tekanan yang diberi oleh saudara agama. Ambillah spirit dakwah Islam,  penuh kelunakan bukan kekerasan.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.065578 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top