Takut tidur seorang, antara alasan yang diberikan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun untuk berkahwin pada usia yang masih muda.
Pasangan dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia itu menjadi tular di media sosial selepas mendaftarkan diri untuk berkahwin baru-baru ini, Laporan Surya.co.id menyatakan, mereka datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan. Pada mulanya permohonan tersebut ditolak namun selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan. Undang-undang di Indonesia menetapkan usia minimum untuk berkahwin bagi lelaki adalah 19 tahun, manakala perempuan pula 16 tahun.
Remaja perempuan berkenaan juga turut menyatakan yang dia tidak dipaksa berkahwin, sebaliknya ia adalah keinginan sendiri. Remaja perempuan itu juga sering ditinggalkan sendirian di rumah kerana bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan dan ibunya pula sudah meninggal dunia, membuatkan dia takut untuk tidur bersendirian. -CARI
|
20
Bagus |
8
Marah |
3
Terkejut |
19
Sedih |
5
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bedah.Cun replied at 16-4-2018 09:23 AM
Takut tido sensorang ker, sebab gatal birah?
ADVERTISEMENT