Biasanya buah pisang adalah yang paling senang dijadikan pembuka atau pencuci mulut. Maklumlah ia tidak perlu dibasuh, kupas pun senang ja – pakai jari pun boleh dan terus makan. Paling sedap mestilah pisang berangan tapi apa nak buat jika ada lebihan di rumah? Selain dijadikan cekodok anda sebenarnya boleh melakukan lebih dari itu. Jom kita buat masker yang boleh merawat kulit terutamanya kulit berparut. Lagi pula bahan-bahan lain juga boleh didapati dapur.
Netizen ini, Rusmida Rusdi berkongsi cara membuat masker pisang yang hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk mendapatkan kulit halus. Bahan-bahan - ½ biji pisang berangan - 3 titis serum (apa sahaja serum) - 1/2 sudu kecil kulit kayu manis (parut atau tumbuk) - 1 sudu kecil madu - 1 sudu air masak
Cara membuatnya
KHASIAT: ~Pisang~ 1) Vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus. 2) Membuang sel-sel kulit mati sekaligus mempercepatkan sel kulit baru. 3) Cerahkan kulit muka.
~ Madu~ 1) Menghaluskan dan melembabkan kulit. Sangat bagus untuk kulit kering. 2) Cerahkan dan sekatakan tona kulit. 3) Pemakai nampak lebih muda dari usia.
~ Kulit Kayu Manis~ 1) Menghilangkan garis halus, parut hitam. 2) Mencerahkan kulit. 3) Menghilangkan jerawat.
~ Serum~ 1) Menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain. 2) Remajakan kulit. 3) Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.
Menurut Rusmida lagi, 4 sebab parut susah pudar iaitu kurangnya protein, kurang vitamin c, toksin dalam badan serta pengambilan kafein. Jadi anda yang ada masalah begini bolehlah mencuba masker pisang ini bagi mendapatkan kulit tanpa parut, dengan syarat mesti lakukan konsisten ya. - CARI
Kredit : FB Rusmida Rusdi
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|