CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Isteri Sebab Tak Bagi Duit Beli Rokok

18-4-2018 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3883| Komen: 39

Seorang lelaki memukul isterinya hanya kerana enggan memberikan wang untuknya membeli rokok.

"Bila saya tak nak beri duit untuk beli rokok, suami terus memukul kepala dan nyaris mencederakan adik lelaki saya," kata Huda, 22.


Memetik BH Online, ibu dua anak itu mendakwa suaminya bukan sahaja menceroboh rumah sewa ibunya di Tebrau, malah ibunya turut dipukul.


Foto: BH Online

Menurut Huda, dia dan suami tidak tinggal sebumbung sejak setahun lalu dan ia bukan kali pertama lelaki itu bertindak sedemikian.

"Apabila ibu menegurnya, suami saya menendang perut ibu dan memaki hamun. Malah, suami saya menceroboh rumah ibu tiga hari berturut-turut.


"Saya dan ibu sudah membuat lebih 10 laporan polis terhadap suami. Saya sudah memberi banyak ruang dan peluang untuk dia berubah sikap tetapi tidak dihargai apabila terus menimbulkan masalah.

"Sejak berumah tangga kira-kira lima tahun lalu, perbelanjaan keluarga termasuk susu dan lampin anak kerap ditanggung ibu yang bekerja di pasar pagi.

"Suami saya yang bekerja di kilang perabot langsung tidak menghiraukan soal kami," katanya.

Laporan polis dibuat pada 5 November tahun lalu sejurus dia menerima ugutan daripada pemungut hutang yang menuntut bayaran RM2,000 dipinjam suaminya.

Malah, adik lelakinya berusia 19 tahun turut menjadi mangsa suaminya. Pada 7 April lalu, adiknya nyaris disimbah air panas dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat tekanan perasaan.

Lebih parah, suaminya turut membuat ugutan bunuh menyebabkan dia membawa anaknya menumpang di rumah rakan, manakala ibunya berlindung di surau.

"Saya harap pihak polis menjalankan siasatan kerana saya bimbang suami mengulangi perbuatannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, siasatan dilakukan dan pihaknya giat mengesan suspek. - CARI
2

Bagus
3

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 18-4-2018 04:31 PM
Dapat bewak hidup.
Nak kesian ke apa.
Quote prettyuglybabe 18-4-2018 04:48 PM
janji ko kawin muda tak jadi andartu..
kawin dan beranak tu kayu ukur kejayaan pompuan katanya..
mesti berbuih mak ko nasihat suruh belajar dulu tapi degil nak berlaki..
ujung-ujung mak ko jugak kena kerja keras menanggung anak cucu..
dah takdirrrr..
Quote chinta89 18-4-2018 04:50 PM
jenis asal berlaki ke?

hmmm.. kalau sendiri tahu dari awal, tp gigih nk kawin jgk, sendiri cari mslh.

tp kalau dia x tau. sy simpati.
Quote Red_mAnc 18-4-2018 05:12 PM
jantan sial...jahaman!! Ini bukan biawak tapi babi hutan!
Quote grizz 18-4-2018 05:29 PM
dh wt 10 report polis pon xde pape tindakan pon..
kne tggu laki die bunuh org dlu kot baru dorg tegedik2 dtg..
Quote giyomi 18-4-2018 05:35 PM
10 laporan di buat tp masih tiada tangkapan? Jgn pandang remeh sesuatu perkara, jgn smpi dah bunuh org baru nok amik tindakkan. org cmne sekadar tegur2 tak jadi, kena tangan2kn baru berubah.
Quote steven.l 18-4-2018 06:10 PM
Laki ini tak layak jadi suami org. Tak check laki itu sebelum kahwin.
Quote whitePoison 18-4-2018 08:41 PM
10 report polis masih x bergerak? atau sebelum ni hang pernah tarik report sebab masih syg dan nak bagi die berubah? ermm entah la
Quote Orix 18-4-2018 08:48 PM
Kalau buat report polis 10x emangnya polis buat apa jah? Kalau dh smpi 10x pn takde pape kejadahnya pegi report bagai
Quote ninja boy 18-4-2018 09:04 PM
cam tarak guna ja report polis baik sendiri jadi polis upah van putih kidnap terus humban dalam sungai
Quote ninja boy 18-4-2018 09:08 PM
yg jiran ai penagih dadah masuk kuar penjara berkali2, tup2 eksiden meninggal, terus ai buat makan2 meraikan kematian beliau   
Quote batmana 18-4-2018 09:27 PM
Orix replied at 18-4-2018 08:48 PM
Kalau buat report polis 10x emangnya polis buat apa jah? Kalau dh smpi 10x pn takde pape kejadahnya  ...

patut buat report polis pada balai polis berkenaan tarak buat apa2 tindakan, report kt bukit aman
pastinya terus diaorg wat tindakan.
Quote jazaa100 18-4-2018 09:36 PM
ninja boy replied at 18-4-2018 09:08 PM
yg jiran ai penagih dadah masuk kuar penjara berkali2, tup2 eksiden meninggal, terus ai buat makan2  ...

Tapi kau ckp buat tah lil utk dia kannn.

Takkn nk ckp meraikan kematian dia lakk
Quote ninja boy 18-4-2018 11:12 PM
jazaa100 replied at 18-4-2018 09:36 PM
Tapi kau ckp buat tah lil utk dia kannn.

Takkn nk ckp meraikan kematian dia lakk

bukan tahlil yayang, ini jemput kawan2 makan2 happy2 kerana jiran perompak/penagih dadah telah mati, betapa seksa berjiran dgn penagih dadah dan perompak

Quote naina 18-4-2018 11:39 PM
Kenapa polis tak tangkap dia ek? Apa guna buat laporan sampai 10x klu takde tindakan apa2.
Dah cmtu cerai jelah. Bukti banyak dah kan.
Menyampah betol klu nk merokok pon pmpuan kena bg duit. Mak mertua aku pon.. Belikan rokok tuk pak mertua dia anak laki dia. Klu aku tak halal ok.
Quote faraway1 19-4-2018 12:46 AM
takkan ditangkap langsung...
selepas 10 kali lapuran dibuat...
Quote jazaa100 19-4-2018 07:04 AM
ninja boy replied at 18-4-2018 11:12 PM
bukan tahlil yayang, ini jemput kawan2 makan2 happy2 kerana jiran perompak/penagih dadah telah mat ...

Memang le hidup berjiran dgn penagih ni, kita tak aman.....dlm ketakutan je.....

Bila dia dithn masuk pusat serenti...rasa aman sekejap...bila dia kuar....lahaiii....stress le balik...

Tapi dah meninggal tu...aku paham mcmana leganya kau rasa....

Quote jazaa100 19-4-2018 07:06 AM
naina replied at 18-4-2018 11:39 PM
Kenapa polis tak tangkap dia ek? Apa guna buat laporan sampai 10x klu takde tindakan apa2.
Dah cmt ...

Jawaban polis senang je.....

Tu masalah rumahtangga....
Selagi tak de yg mati kena bunuh....dorang tak tgok pun report report tu.....
Quote mieymiey 19-4-2018 07:38 AM
Kesian kat nenek tu la. Anak dah kahwin, dia yang tanggung. Anak tu dah beranak pun dia juga yang tanggung. Dapat menantu spesis bangang.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.184195 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top