CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Doktor Pelik, Pakcik Ini 5 kali Ke Klinik Tapi Tak Pernah Dapat Rawatan! Rupanya...

20-4-2018 12:24 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7921| Komen: 25|Original author: Oleh: Whitney

Ramai yang berpendapat mempunyai anak ramai ini beruntung. Apabila sudah tua, ibu bapa akan hidup senang dan anak-anaklah yang akan menjaga mereka.


Sebenarnya, mempunyai anak yang ramai bukanlah jaminan kesenangan di hari tua. Dalam ramai-ramai anak, mungkin ada seorang sahaja yang mampu menjaga ibu dan bapanya. Cerita yang dikongsi oleh seorang doktor di Facebook miliknya ini boleh dijadikan pengajaran. 

Ramai anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka apabila mereka sudah mempunyai keluarga sendiri dan berhijrah ke tempat mereka mencari rezeki.


Menangis pakcik ini semasa menceritakan kisah diri dan anak-anaknya. Mungkin pakcik ini tidak menyangka nasibnya begitu malang walau mempunyai 5 orang anak. Dia tiada kenderaan sendiri dan wang untuk mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatannya.


Doktor menulis nota pada bahagian depan kad kesihatan pakcik ini supaya setiap kali pakcik ini datang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, dia akan diberikan keutamaan.


Netizen berasa sedih dengan nasib pakcik tersebut. Anak-anaknya tidak mengambil tahu keadaan ayahnya dan sanggup biarkan dia berjalan sejauh 3 kilometer semata-mata untuk ke klinik kesihatan.

Setuju dengan komen seorang netizen, ibu dan ayah boleh menjaga seberapa ramai anak semasa kecil sehinggalah besar tetapi anak-anak tidak mampu menjaga seorang ibu atau ayah.

Ramai netizen yang sudah kehilangan ibu dan ayah berasa sebak membaca kisah pakcik ini. Apa tidaknya, netizen yang masih mempunyai ibu dan ayah sanggup mengabaikan kedua orang tua mereka sedangkan netizen yang sudah tiada ibu ayah berasa rindu dan masih belum puas untuk berbakti kepada orang tua meraka.

Bagi yang masih ada ibu dan ayah di kampung tu, ambil tahu keadaan mereka dan selalulah balik menjenguk mereka. Hidup kalian lebih berkat dan dimurahkan rezeki jika ikhlas menjaga ibu dan ayah.  - CARI 

5

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marumaru 20-4-2018 12:51 PM
takpe ke doc tular macam ni ek?  tak kena saman ke...

tapi setuju je dgn doc... jgn la over sngt menyusahkan mak bapak ye... jaga cucu pun bukan benda senang... kalau berkemampuan ikhtiar kan cara lain... lepas tu jgnla berkira sngt... ambik cuti atau sediakan kenderaan untuk mak pak yg ada apoinmen apa2...balas la jasa mak ayah yg telah membesarkan kita sampai berjaya ni... tak rugi pun...
Quote armin 20-4-2018 01:05 PM
marumaru: takpe ke doc tular macam ni ek?  tak kena saman ke... tapi setuju je dgn doc... jgn la over sngt menyusahkan mak bapak ye... jaga cucu pun bukan benda ...


Katanya pakcik tu dah izinkan. I rasa patut viral pun sbb pakcik tu mcm dah terdesak.. perlukan bantuan ni. Kesian dia
Quote fushimi 20-4-2018 01:28 PM
kadang anak anak tak  koser melayan bapak ada sebab

kadang  mak bapak bila dah tua suka tuding jari kat anak anak macam anak anak jahat sangat

dosa diri sendiri masa muda tak nak cermin

what u give u get back





Quote mieymiey 20-4-2018 01:42 PM
Sedihnyaaaaa
I selagi boleh kalau mak i nak pergi hosp check up, i akan ambil cuti teman mak tunggu kat hosp sebab kan nak kena tunggu lama. Tak dapat bayangkan mak i tunggu lama sorang sorang
Quote munchkin 20-4-2018 01:53 PM
Kita tak tahu apa cerita anak dia. Main hembus tuduh je. Anak pun bawak jentolak. Pakcik tak kerja. Pakcik makan apa? Tentulah anak dia support makan. Jangan ingat semua tak nak jaga mak bapak. Kadang sendiri pun hidup susah. Baju seluar pakcik tu pun nampak elok. Tapi doktor tu tulis telefon pun takde. Mungkin mereka betul2 susah. Duit yg ada buat duit makan.
Quote grizz 20-4-2018 02:14 PM
tersedey lak..
Quote siputsedut 20-4-2018 02:39 PM
Syukur pulak adik iols ada kt kg jaga mak ..adik atau abg iols (dok 300meter dr umh mak) yg biasa hantar mak time appointment kt hosp..then adik sorang lg biasa tlg beli jarum insulin...yg dok jauh mampu hulur duit je..mak mertua iols plak bapak mertua yg hantar g appointment..tp kesian jgk sbb dua2 warga emas....harap2 ade la rezeki suami dpt transfer balik kg..jaga org tua
Quote chicozinn 20-4-2018 02:59 PM
tetiba meollss nak nangis lak ni..kalu bapak meollss ada lagi umur sebaya ngan pakcik tu..haishh, seb bek dalam ofis kalu x da menangis da meollss..
Quote manehnya 20-4-2018 03:01 PM
tp kdg2 kena pikir jugak kenapa dia kena pinggir..

mungkin gak masa anak dia kecik dia pun x amik tau hal anak dia...

anak demam biaq bini buat semua... pastu dh tua clim la anak x tangugn jawab, anak biar itu ini.. bla bla...

Quote prettyuglybabe 20-4-2018 03:16 PM
pakcik ni takde la nampak tua sangat..
badan pun elok je berisi..
nanti suruh la anak beli motor untuk mudah ke sana sini..
Quote mimz 20-4-2018 04:17 PM
Mmg bnyk kes mcm ni kt hospt..hari2 hadap cerita sedih anak2 yg xambik tau sakit pening org tua..
Quote ffbeauties 20-4-2018 04:38 PM
Aku rasa doctor ni tak profesional. Boleh ke viralkan ptient walaupun dengan kebenaran?
Banyak kot saluran nak tolong drpd viral2 kan mcm ni tanpa usul periksa.
Bukan peraturan hospital tak boleh ambik gambar ke?
Larangan ambik gambar tu terpakai utk pelawat n pesakit je ke? Staff boleh eh?
Quote SLAManya 20-4-2018 04:46 PM
fushimi replied at 20-4-2018 05:28 AM
kadang anak anak tak  koser melayan bapak ada sebab

kadang  mak bapak bila dah tua suka tuding ja ...

bapak i 10 tahun k tak mau cakap n boikot i.. siap kalau lalu depan, dia paling muka tempat lain
hina sangat rasa
bukan tu je... malukan i depan bakal FIL (dah jadi in law pun) masa diorang datang 1st time nak kenal family
sampai arwah FIL i cakap kt husband, suruh jaga i elok2 sbb dia tau i dah banyak makan hati selama i hidup

TAPI i tak sampai hati nak buang parents i balik
dulu memang i rebel gaklah tapi last2 i melutut juga minta ampun maaf minta diorang accept i macam diorang accept anak yg lain
korek jugalah budi bakti diorang pada i, supaya i lupakan kisah silam


now semua dah back to normal
alhamdulillah...
sebab i tanak anak i tinggalkan i nanti
Quote fizafaizal 20-4-2018 05:02 PM
Ramai je mak bapak yg masa anak kecik2 tak tertanggungjawab sepenuhnya kat anak2 tu..tak keje..tak sediakan pendidikan yg sepatutnya tuk anak2..belum lagi cerita mak bapak yg ada affair sampai anak2 pun nak tolong tangkap..main judi bagai

Bila anak2 dah besar, anak2 pandai2 belajar sendiri,  dah ada hidup sendiri, keje dah ok..masa tu le mak bapak ni terhengeh2 mengaku tu anak...cerita sekampung diorang susah payah membesarkan anak2 ni

Bila mak bapak dah tua, ko ingat anak2 ada hati nak menjaga ko..masa ni pandai pulak ko cakap anak ko derhaka...masa anak2 kecik dulu, ko tak ingat ko dah derkaha dulu kat anak2 ko

Quote kroit92 20-4-2018 06:09 PM
kesian tu kesian la jugak

tapi dah beberapa kali tersempak kes, bila ade orang tua menangis cerita pasal anak
either dia betul - anak2 dia abaikan dia
atau dia tipu - jenis kaki sinetron, anak ada je jaga, tapi dia bersungguh-sungguh pakai baju lusuh, jumpa orang cerita anak dia tak bagi makan, buang dia, anak2 curi harta dia, buruk-burukkan anak-anak dia semua (ye, ada jenis macam ni, tak tau pasal)

macam post2 kat atas cakap,
yang jenis kena tinggal ni, bila korek balik, siasat sampai jumpa anak bagai
in the end, kantoi,
masa anak2 membesar, bapak buat tak tau, enjoy macam orang bujang lupa anak bini kat rumah
anak berbunyi sikit, kena pukul
nak makan pun budak2 tu kena cari sendiri
baran dia datang, budak2 tu jadi punching bag, kena pukul kena rotan kena maki
budak2 tu makan hati, tak tahan kena dera, lari (keluar rumah, berdikari, tapi still jenguk mak ayah nya)

anak2 dah mampu berdikari, bapaknya pulak mintak duit ribu-riban ugut anak2 tiap bulan. tak bagi, derhaka lah kau masuk neraka, kuasa veto seseorang bergelar ibu/ bapa

terflashback pulak kes lama aku jumpa dulu. ada je banyak kes2 lain.
point is, kesian memang kesian.
kalau dia besarkan anak dia betul, tapi anak2 dia memang derhaka jahat. Memang kita patut tolong beliau sebaik mungkin. anak2 dia kita basuh guna clorox, jahat sangat

tapi kalau macam aku cakap panjang lebar tadi,
korek punya korek, si bapak yang macam-macam, sampai anak-anak lari or takut nak bersemuka, pandai buat pandai tanggung

anak-anak ni manusia jugak
diorang kecik sekejap je. ada jugak hati perasaan, reti kecik hati, makan hati
Quote Mizlyn 20-4-2018 06:13 PM
Ada gak kes.. mak bapak sayangkan anak.. nak g hospital suruh sedara mara hantar buat muke kesian.. bila tanya anak yg dok sekali tu mana.. pastu jawap...tengah tido segan nak kejut... anak bukan keje pun.. keter lak 2-3biji kat rumah..  dunia
Quote lwyl 21-4-2018 01:19 AM
3km ambil masa 30 minit jalan kaki.
Quote LautBiru52 21-4-2018 09:56 AM
Betul la mcm forumer2 dkt atas ni cakap. Org jkm sendiri cerita, kebanyakan parents yg kena tinggal dkt rumah org2 tua tu masa muda tak ingat anak pun. Abaikan tanggungjawab pada anak. So bila dah tua anak2 pun tak nak jaga.

Macam kes pakcik ni, 5 org anak pun tak boleh bergilir nak hantar pegi hospital. Kita kena dgr cerita dari side anak2 pulak. Tapi kalau betul pakcik ni ayah yg baik dari muda kesian sgt la
Quote sofiazara 21-4-2018 12:28 PM
mak sedara aku nyanyuk duduk dgn anak. kalo sedara mara dtg selalu tuduh anak tak bagi makan..semlm tak makan..baju tak tukar

jgnla ada sedara bodo yg viralkan. naya

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.086971 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top