CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datang Lewat, Skrip Tak Hafal! Siti Elizad Bengang Dengan Pelakon

23-4-2018 05:44 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 13778| Komen: 40|Original author: Oleh: Amirah

Isu pelakon datang lewat ke lokasi sering kali kita dengar dan sukar dimaafkan apabila kelewatan tersebut menyebabkan gerak kerja semua pihak menjadi lambat dan buang masa.

Kali ini Siti Elizad pula bengang dengan sikap pelakon lain yang tidak memberi kerjasama di lokasi hingga menyusahkan semua pihak.

Foto: IG Siti Elizad
Pelakon tersebut datang ke lokasi empat jam lewat dari waktu yang sepatutnya penggambaran dimulakan iaitu seawal jam 8 pagi.

Apa yang membuatnya bertambah marah apabila pelakon tersebut tidak mempersiapkan dirinya lebih awal dan datang tanpa menghafal skrip.

Foto: IG Siti Elizad

"Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.

"Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi.

"Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal," ujarnya pada Mstar.

Foto: IG Siti Elizad
Dalam pada itu, Elizad menasihati mana-mana pihak yang tidak tahu menghormati masa orang lain untuk bekerja sendiri sahaja.

"Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri.

"Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu," katanya.

Foto: IG Siti Elizad
Drama lakonannya itu akan ditayangkan di NTV7 dan apa yang pasti pelakon bermasalah itu bukanlah memegang watak utama.

Pelakon lain yang terlibat dalam penggambaran drama ini antaranya adalah Qi Razali, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Aleeza Kasim dan Iman Corinne Adrienne.

Kalau sudah tahu ada penggambaran awal pagi, bangunlah awal. Cari rezeki pun tidak berdisiplin. - CARI
16

Bagus
19

Marah
24

Terkejut
25

Sedih
32

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-4-2018 06:09 PM
So.siapakah pelakonnya tu?
Sure x de dlm.list di atas kan?.
Atas tu cm.xde.masalah disiplin iols rasa
Quote Aduradura 23-4-2018 06:11 PM
shernazz replied at 23-4-2018 06:09 PM
So.siapakah pelakonnya tu?
Sure x de dlm.list di atas kan?.
Atas tu cm.xde.masalah disiplin iols  ...

Iman corrinee tu kot
Quote shernazz 23-4-2018 08:46 PM
Aduradura replied at 23-4-2018 06:11 PM
Iman corrinee tu kot

Sapo.tu ek
Alahai..sendu nya thread ni.kan.uols..
Hahahaha
Quote minah_selekeh 23-4-2018 08:51 PM
Siapa orangnya? Saja nak tau.. Tajuk drama pun tak bagi.. Klu tak cukup.
Quote Blackbra 23-4-2018 09:13 PM
Sape tu sape tuuu??
Quote adel7 23-4-2018 09:50 PM
kes tak bangun pagi ke ni?
Quote BookerT 23-4-2018 10:15 PM
mak hayam lizad ni sentiasa perasan dia bagus kan nyah? kau popular satu drama je pun nyah..itu pun orang dah lupa drama TLU tu.....dah lah hidup di bumi Allah taala ni sibuk membotox...kau patut malu dengan diri kau tau nyah...
Quote de_ikea 23-4-2018 10:18 PM
Kalo janji kol 8. 11.30 pun tak sampai lagi. Jangan kata elizad, iols yg ada kesabaran ni pun jadi my blood pun go upstairs. Lambat tak prepare pulok. Siapa yg boleh sabar chuolssss
Quote sukacactus 23-4-2018 10:39 PM
shernazz replied at 23-4-2018 08:46 PM
Sapo.tu ek
Alahai..sendu nya thread ni.kan.uols..
Hahahaha

Corrinne ni bkn berlakon dlm filem spinning gasing dl tu kan
Quote sukacactus 23-4-2018 10:48 PM
Aduradura replied at 23-4-2018 06:11 PM
Iman corrinee tu kot

Xkot
Tgk ig dia kemain kamceng lg dgn elizad
Quote nooriesz 23-4-2018 11:09 PM
pelakon baru je yg perangai cmni slalunyee..
Quote shernazz 24-4-2018 08:29 AM
sukacactus replied at 23-4-2018 10:39 PM
Corrinne ni bkn berlakon dlm filem spinning gasing dl tu kan

Pelakon lama biasanya bertahan ni sebab komitmen kn uols
Kalo baru..sure ada ni..diva sana sini..fefeling kelas A gitu
Quote mieymiey 24-4-2018 08:55 AM
Yang dalam list kat atas tu semua pelakon lama, so confirm bukan OKT la kan?
Quote minahmanja 24-4-2018 09:12 AM
iols syak andrea abdullah tu... hehehe.. btw ijad ni mmg sejenis punctual ... penah dgr mse interview dia dlu kalau calltime kul 8, kul 7 dia dh sampai...
Quote chicozinn 24-4-2018 10:14 AM
xkenal la pelakon BBNU skang melainkan fawababila kayu kayan tu..btw kak jad dlu pon kekuburan jugak sjak2 TLU jahh sheollss naik balik
Quote kiah_mai_pulak 24-4-2018 10:28 AM
Sendhunyaaaa
Quote kucingitam 24-4-2018 10:29 AM
betul pe apa ejad tu cakap...belajar la tepati masa =, hormat masa orang lain
Quote kiah_mai_pulak 24-4-2018 10:36 AM
Meolss nk speku nama paling bawah tu.. haha
Quote kiah_mai_pulak 24-4-2018 10:37 AM
Meolss nk speku nama paling bawah tu.. haha

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051615 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top