CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dihukum Gantung, Subahat Dengan Kekasih Bunuh Suami

23-4-2018 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11132| Komen: 74

Sepasang kekasih yang dituduh membunuh seorang lelaki tiga minggu lepas berdepan dengan hukuman gantung sampai mati di Mahkamah Majistret Gerik.

Astro Awani melaporkan, tertuduh, Nurul Haslina Abu Hassan, 38, yang juga merupakan isteri mangsa dan kekasihnya, Zulasri Shaarani, 42, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Wanita yang juga seorang ahli perniagaan bersama kekasihnya, seorang pembantu perubatan di Hospital Gerik itu didakwa dengan niat bersama membunuh Kamarulzaman Safri, 38, di kawasan ladang Sungai Rui, Bagan Pasir, Lebuhraya Gerik-Kupang di sini antara pukul 2 hingga 3 petang 7 April lalu.

Foto: Astro Awani
Sebelum ini media pernah melaporkan misteri kematian seorang lelaki yang ditemui dengan tiga kesan tembakan.


Siasatan mendapati ia berpunca daripada cinta tiga segi sehingga menyebabkan pergaduhan antara suspek dan mangsa.

Motif kejadian adalah cemburu. -CARI
10

Bagus
14

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 23-4-2018 06:50 PM
Isteri ke bekas isteri? Si mati nak rujuk balik katanya.



IPOH: Seorang lelaki yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik-Kupang, Gerik, pada 7 April lalu, dipercayai dibunuh akibat cemburu.

Motif pembunuhan itu diketahui selepas polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang juga bekas isteri mangsa di sekitar daerah itu pada Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mayat Kamarulzaman Safri, 38, yang menjalankan perniagaan sewa lori ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di kepala, dada dan perut dalam keadaan lengkap berpakaian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata suspek seorang lelaki dan wanita yang ditahan itu adalah pasangan kekasih, manakala mangsa adalah bekas suami suspek wanita berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan polis mendapati pasangan kekasih berusia 41 dan 38 tahun itu terbabit dalam kes berkenaan selepas kedua-dua mereka membuat pengakuan ketika disoal siasat, manakala seorang lagi lelaki ditahan hanya untuk membantu siasatan.

“Semalam, suspek lelaki dan perempuan memberitahu apa yang berlaku dan membawa sepasukan polis pergi ke rumah emak suspek lelaki di Kampung Jong, Gerik dan menunjukkan pistol digunakan untuk menembak mangsa.

“Pistol jenis ‘Colts Convenent’ itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dan turut ditemui 35 butir peluru yang masih disimpan, manakala dua telefon bimbit mangsa ditemui di bawah sebuah jambatan di Gerik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, lapor BHOnline.

Yahya berkata, mangsa yang sudah bercerai dengan suspek wanita pada Disember lalu dipercayai masih mahu merujuk kembali hubungan mereka, menyebabkan suspek lelaki yang juga kekasih wanita itu berang dan membunuh mangsa.

Katanya, suspek lelaki bekerja penjawat awam itu sudah berkahwin dan menjalinkan hubungan cinta dengan bekas isteri mangsa yang juga seorang kontraktor di sekitar daerah Gerik.

“Semua suspek kini direman tujuh hari bermula 11 April lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Dengan pengakuan kedua-dua suspek itu, polis yakin berjaya menyelesaikan kes pembunuhan itu dan kertas siasatan akan dirujuk untuk pendakwaan,” katanya.
Quote taikor 23-4-2018 06:58 PM
Hukuman mati adalah tidak perlu jika pesalah melakukan tindakan bodoh, silap, tidak sengaja... etc.
Quote lasagnaklcc 23-4-2018 07:07 PM
Tgh hari td jumpa fb zulasri tu... ptg2 sikit takde dah. Dia pon dah kawen pandai plak nak cemburu.
Quote batmana 23-4-2018 07:20 PM
kerana rebut pmpn, mati sorg

apa jadahla suspek tu, apa dah takde pmpn lain kt dunia ni ke?

ramai lagi anak dara yg cun2 kt CI ni blum kawin

janda org lak dikejanya..

Quote chazey 23-4-2018 07:48 PM
batmana replied at 23-4-2018 07:20 PM
kerana rebut pmpn, mati sorg

apa jadahla suspek tu, apa dah takde pmpn lain kt dunia ni ke?

Godaan janda dah pernah merasa kote ni lain bang banding anak dara yang hanya pernah melihat gambar kote. Usah la hairan.
Quote sarahmirza 23-4-2018 07:59 PM
Dah cerai dah la..
Nak rujuk balik kan dah jadi mangsa cemburu.
Quote cmf_premierleag 23-4-2018 08:03 PM
Tgk sket muka pompuan tu.. Hot sangat ke?  Tgk mcm kepam jah.. Pompuan kepam pun nk direbutkan.. Bodoh nya la hai
Quote noraidil_06 23-4-2018 08:21 PM
Aik dah jatuh hukum? Cpt betul
Quote M.Rose 23-4-2018 08:24 PM
Mesti kawa pompuan tu. Klau tak, takan jdi rebutan. Hebat
Quote moonbug 23-4-2018 08:32 PM
Berani buat berani tanggung
Quote xtahumenahu 23-4-2018 08:39 PM
Ganasss sgt umah meleisss
Quote nolya 23-4-2018 08:44 PM
cmf_premierleag replied at 23-4-2018 08:03 PM
Tgk sket muka pompuan tu.. Hot sangat ke?  Tgk mcm kepam jah.. Pompuan kepam pun nk direbutkan.. Bod ...

Habis sendiri pun kepam.  Cuba dianya hansem, dah lama dpt cewek yg ayu.
Quote umbut 23-4-2018 08:45 PM
Lelaki = aku skandal mandel xpa
Pompuan = ko skandel x leh.. x pasai2 skandel ko masuk gaung
Quote Changa 23-4-2018 08:50 PM
Demi secebis puki kan
Quote Changa 23-4-2018 08:50 PM
cmf_premierleag replied at 23-4-2018 08:03 PM
Tgk sket muka pompuan tu.. Hot sangat ke?  Tgk mcm kepam jah.. Pompuan kepam pun nk direbutkan.. Bod ...

Sheols kontraktor katanya. Banyak duit maybe??
Quote ninja boy 23-4-2018 08:54 PM
Konek lapar lubang janda
Quote MissNigga 23-4-2018 09:14 PM
cepat tol kes ni selesai .....
Quote zamnie 23-4-2018 09:22 PM
Dunia makin mengganas.. mcm2 hal.. kesian kat ank2..
Quote noraidil_06 23-4-2018 10:02 PM
MissNigga replied at 23-4-2018 09:14 PM
cepat tol kes ni selesai .....

Siasatan selesai awal, biasa. Terus hukum ni yg pelik

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.175819 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top