CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyawa Melayang Kerana Kerap Tagih Hutang

25-4-2018 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2946| Komen: 16

Gara-gara kerap menagih hutang, lelaki maut leher hampir putus akibat ditetak kenalannya.

Memetik BH Online, kejadian berlaku di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu, tengah hari semalam.


Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad, adik ipar mangsa, Hardisyam Saparuddin, 11, turut cedera diserang suspek, manakala Fazrin Ibrahim, 30, meninggal dunia di tempat kejadian.


Foto: BH Online

Difahamkan, suspek melarikan diri sebaik melakukan serangan itu, meninggalkan adik ipar suspek menangis di sisi mangsa sebelum ditenangkan orang ramai yang berada di lokasi.

"Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan.

"Hasil temubual dengan kanak-kanak terbabit, suspek dikenali sebagai 'Kajan' itu dikatakan mempunyai hutang dengan abang iparnya.

"Ketika kejadian, suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis barong.

"Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat, sementara suspek diburu dengan unit anjing pengesan (K9).



Sementara itu, BERNAMA melaporkan, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mengambil adik iparnya dari sebuah sekolah sebelum singgah mengambil suspek.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - CARI
4

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 25-4-2018 10:26 AM
sial sangat manusia berhutang tak bayar ni..
sampai orang yang bagi hutang pulak bersusah payah..
semoga mereka yang berhutang tak nak bayar ni mampus digelek lori sampai hancur berkecai..
Quote ninjago 25-4-2018 10:30 AM
innalillah.. mungkin terdesak nak pakai duit tu yg asik tagih hutang. to suspect tu, ko tanggungla apa ko dah buat, nak lari mana.. dunia akhirat tak lepas.
Quote honeylynn 25-4-2018 10:32 AM
mmg sial sape yg hutang tak reti2 bayar..dah kita yg bg pinjam lak kena tagih macam mintak sedekah...
Quote grizz 25-4-2018 10:48 AM
dh la xnk bayo utang..
pstu ko g bunuh lak org tu..
kejam tol..
Quote AznieBunnie 25-4-2018 10:49 AM
kesian, trauma tak pepasal budak 11 tahun tu.
Quote auntyonion 25-4-2018 11:33 AM
Org yg berhutang makan lg mewah, baju slalu tukar, lg byk travel tanpa ada usaha nak bayar hutang {:nose {:nose kau takde muka ke anat!!
Quote dubuk 25-4-2018 11:53 AM
kebanyakan orang forum cakap halalkan je lah hutang tu.. sebab dia orang mana ada duit.. kalau dia orang ada duit, dia orang tak pinjam duit hang..
Quote Mooverine 25-4-2018 12:01 PM
Dah berhutang , buat lah cara berhutang. Masa berhutang, mulut manis.. masa kena tagih hutang, mulut puaka keluar... Ni lah manusia.
Quote jofizo 25-4-2018 12:04 PM
dah berhutang duit pastu skg berhutang nyawa plak..
Quote mieymiey 25-4-2018 12:04 PM
Dah berhutang, taknak bayar siap membunuh pula. Ni spesis manusia ker binatang ni? Jahanam sangat!
Quote Artemesiaa 25-4-2018 12:08 PM
Dulu2 yang meminjam takut pada si beri pinjam.  Sekarang dah terbalik yang bagi pinjam pulak takut dengan yang meminjam takut jadi macam kes ni
Quote idril 25-4-2018 12:08 PM
babik betul la dah la berutang ko bunuh pulak org yg bagi ko utang... kesian adik tu trauma dia moga dia x cedera teruk la nak nya
Quote ardy 25-4-2018 02:51 PM
prettyuglybabe replied at 25-4-2018 10:26 AM
sial sangat manusia berhutang tak bayar ni..
sampai orang yang bagi hutang pulak bersusah payah..
...

klu kena gelek lori, mati... sape nk bayar hutang? hahaha...
Quote besarkecik 25-4-2018 02:57 PM
aku memang pantang kalau berhutang tapi taknak bayar!!!
Quote prettyuglybabe 25-4-2018 03:02 PM
ardy replied at 25-4-2018 02:51 PM
klu kena gelek lori, mati... sape nk bayar hutang? hahaha...

hidup pun tak inginnya dia bayar hutang..
yang bagi hutang pulak jadi macam minta sedekah..
elok mampus je manusia gini..
Quote rospinki 25-4-2018 03:05 PM
mcm selalu ..org ygbagi hutang bgi tolong jadi mangsa..patutnya mangsa awal2 dh nyahkan sipenghutang tu dari hidup. akukan..lebih tak berduit dari mengadap org mintak duit kita balik..tapi itulah..hidup yg berutang tu mcm sial seumo hidup.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064353 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top