Jika diteliti kembali, penyanyi baru yang kian meningkat naik dalam industri hiburan sering mendapat jumlah tontonan Youtube yang tinggi berbeza dengan artis lama.
Apakah benar spekulasi artis-artis baru ini membeli ‘viewers’ hingga jumlah tontonan menjadi tinggi dan seterusnya trending di Youtube? Antara yang terpalit dengan isu ini adalah Khai Bahar yang kebelakangan ini berjaya meraih pelbagai kemenangan dalam apa-apa anugerah yang dipertandingkan. Jumlah yang mencecah berjuta-juta tontonan ini mengambil masa beberapa bulan dan ada pula yang memakan masa sehingga setahun. Hebat bukan? Khai sendiri menafikan tentang dakwaan membeli ‘viewers’ dan apa yang difikirkan netizen itu adalah tidak benar sekali. Pencapaian yang dimilikinya hari ini semuanya hasil titik peluh sendiri dan sokongan kelab peminat yang tidak putus. Mungkin betul mungkin tidak. Siapa yang mahu mengaku beli ‘viewers’? Apa pun harap netizen yakin sahajalah ini adalah usaha penyanyi itu sendiri dan strategi publisiti. - CARI
|
8
Bagus |
17
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 26-4-2018 05:54 PM
Fan dia gigih putar 100x sehari.
ADVERTISEMENT