CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diskaun Dan Rebat Tol Sempena PRU-14

4-5-2018 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4056| Komen: 20

"Diskaun 10 peratus akan diberi kepada pengguna Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Cheras - Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (ECE 1) dan jambatan kedua Lebuhraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah."



Foto: amanz.my

Sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menawarkan diskaun dan rebat tol bagi 20 lebuh raya pada 9 Mei, bermula jam 12 tengah malam hingga jam 11.59 malam hari sama.

Dalam kenyataan PSKLM, kenderaan kelas satu di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak (KLK), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Maju (MEX) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (GRAND SEPADU) juga akan menikmati diskaun 10 peratus.


Manakala, potongan sebanyak 10 sen akan diberi kepada pengguna Lebuhraya SPRINT (SPRINT).

Berbeza dengan pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Guthrie Corridor (GCE) yang akan diberi diskaun 10 peratus bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari sama.

“Pengguna di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) pula akan menikmati diskaun 100 peratus pada 9 Mei ini, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang," kata PSKLM.

Sementara itu, kenderaan kelas satu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dan Lebuhraya PLUS, akan mendapat rebat 20 peratus bagi pemegang kad PlusMiles dan Touch ‘n’ Go bermula 8 Mei hingga 9 Mei.

Penebusan boleh dibuat antara 15 Jun hingga 14 Sept ini.

Rebat sama akan diberi kepada pengguna Lebuhraya PLUS kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang pada 8 dan 9 Mei ini. - CARI


Foto: PSKLM
5

Bagus
3

Marah
15

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 4-5-2018 01:53 PM
Yeay..100%..mmg jem la
Quote wirazam 4-5-2018 02:22 PM
lebuh raya utara selatan tak bagi ke??
Quote fushimi 4-5-2018 02:24 PM
macam nak pulang berhari raya pulak rasa
Quote prettyuglybabe 4-5-2018 02:29 PM
wirazam replied at 4-5-2018 02:22 PM
lebuh raya utara selatan tak bagi ke??

kan ada kat jadual tu..
20% rebate..
Quote wirazam 4-5-2018 02:34 PM
prettyuglybabe replied at 4-5-2018 02:29 PM
kan ada kat jadual tu..
20% rebate..

tq...

ingatkan kat area KL je tadi...

mesti heavykan traffic minggu depan...kalau PRU buat weekend lagila sibuk
Quote chicozinn 4-5-2018 02:39 PM
hapuskan je la tol..ni tol senai desaru jalan cam hauk tapi tol lgi mahal dr highway plus..
Quote capiloton 4-5-2018 03:07 PM
Edited by capiloton at 4-5-2018 03:20 PM

rebate pada hari undi 9 mei, start dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
sapa yang undi luar kawasan,
kena pegi dan balik hari yang sama.
memang bugima. baik tak payah bagi rebate.
konfem kat mana2 highway hari tu traffic jem macam lahanat.
Quote grizz 4-5-2018 03:21 PM
latar je ke yg pree time tu..
Quote RatuDunia94 4-5-2018 03:24 PM
Edited by RatuDunia94 at 4-5-2018 03:25 PM
chicozinn: hapuskan je la tol..ni tol senai desaru jalan cam hauk tapi tol lgi mahal dr highway plus..


Mahal gila kan tol SDE tu.. Aritu iols lalu dr Ulu Tiram ke Desaru kena RM10.. Dah la 1 lane jah..  Jalan berlovang2..
Quote airmineral 4-5-2018 08:29 PM
Wow 100%
Kan bagus kalau sume bagi 100% diskaunnnnn. Lancar perjalanan sume org
Quote EncikH 5-5-2018 12:24 PM
10% je? Kalau LPT dri tol gombak smpi kuantan RM30...baru kurang RM3.00...
Quote SalenaGomez 5-5-2018 10:22 PM
Edited by SalenaGomez at 5-5-2018 10:24 PM
prettyuglybabe: kan ada kat jadual tu..20% rebate..

Tp cuba baca betul2... rebate tu melalui penebusan...means bila kita lalu tol PLUS , charge rate masih rate normal...kita kena pergi kaunter utk claims balik rebate tu...which mcm x berapa nk ikhlas kan
Quote jijee 7-6-2018 04:30 PM
untung la sapa dapat balik raya. kalau aku tol berapa pon sggup aku tempuh dmi kg halaman tercinta. mggu dpn dok ngadap PC je buat kje . dah abis menangis . sob sob
Quote zayda 7-6-2018 06:11 PM
jijee replied at 7-6-2018 04:30 PM
untung la sapa dapat balik raya. kalau aku tol berapa pon sggup aku tempuh dmi kg halaman tercinta.  ...

balik je la,dah nama raya.kerja tak bawak kemana pon.hahahahaxpela tu salah satu dugaan mencari rezeki.
Quote MissVixen 7-6-2018 06:17 PM
Dah la rebate siket nak mampos. Lepas tu kena claim di kaunter pulak. Kedekutnyaaa. Nampak beno terpaksa. Apa salah bagi je free untuk semua perayaan. Atau malam2 , kasi free je. Dah hari2 berjuta dapat.
Quote Power_R 8-6-2018 10:38 AM
jijee replied at 7-6-2018 04:30 PM
untung la sapa dapat balik raya. kalau aku tol berapa pon sggup aku tempuh dmi kg halaman tercinta.  ...

sambil2 tu sis tlg usha ni,tgk brita baik ke ape? https://www.facebook.com/myTMgroup/videos/173885443301495/

akan launch ptg japg pkul 3

sy blik kg mmg off internet,nk meghayati hari raya bersama kerluarga. kena kerja raya mntak tiple gaji arrrr


Quote Power_R 8-6-2018 10:40 AM
zayda replied at 7-6-2018 06:11 PM
balik je la,dah nama raya.kerja tak bawak kemana pon.hahahahaxpela tu salah satu dugaan mencari re ...

haha!btul,blik tlg mk ptong bwg,masak lemang dgn rendang. mcm page tm FB ptong bwg

Quote Power_R 8-6-2018 10:40 AM
zayda replied at 7-6-2018 06:11 PM
balik je la,dah nama raya.kerja tak bawak kemana pon.hahahahaxpela tu salah satu dugaan mencari re ...

haha!btul,blik tlg mk ptong bwg,masak lemang dgn rendang. mcm page tm FB ptong bwg

Quote yongYik 8-6-2018 08:28 PM
Power_R replied at 8-6-2018 10:40 AM
haha!btul,blik tlg mk ptong bwg,masak lemang dgn rendang. mcm page tm FB ptong bwg

dah tgk,nice tapi pendek je video.lgsg xpuas

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083966 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top