Cerita Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) melakar sejarah yang sangat menarik untuk diperkatakan. Keputusan mengejutkan banyak pihak ini membuatkan ramai menjadi penganalisis politik tidak bertauliah melontarkan pandangan masing-masing. Pastinya ramai yang menarik nafas lega kerana cukai GST akan dihapuskan oleh kerajaan yang baru. Antara usahawan yang meluahkan kelegaan ialah Dato Seri Vida yang menulis di Instagram mengenai hari terakhirnya membayar GST. Foto : IG Dato Seri Vida Luahan itu boleh difahami sebagai kegembiraan kerana terpaksa mengharungi ekonomi tenat dan sendu, ditambah buruk dengan cukai GST pula itu. Terdahulu jutawan kosmetik tersebut menghadapi perbicaraan di Mahkamah Seksyen bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST sejak April 2015 hingga Julai 2016 berjumlah RM4.2 juta.
Namun Vida akhirnya membuat bayaran penuh bagi jumlah yang dituntut iaitu RM4,246,0029.10 pada Mac 2017.
Ada yang bersetuju dengan kelegaan Dato Vida. Namun, lebih ramai yang menyatakan Dato Vida lebih dari mampu untuk membayar cukai tersebut. Malahan ada yang cuba menegakkan bahawa GST sewajarnya diteruskan terutamanya bagi mengelakkan orang kaya lari dari cukai. Ada juga yang mengingatkan Dato Vida agar menggantikan bayaran GST kepada kebajikan. Bagaimanapun, ramai nampaknya menjadikan ruangan komen sebagai perdebatan untuk memenangkan parti politik masing-masing. Sindrom pasca PRU sedang hangat sama ada di sosial media dan juga realiti. Apa pun, kita mengharapkan agar manifesto mengenai GST ini akan memberi keuntungan kepada rakyat jelata sekaligus membangunkan Malaysia. - CARI |
5
Bagus |
9
Marah |
6
Terkejut |
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 10-5-2018 08:09 PM
masalah orang benci GST sebab masa GST dilaksanakan petroleum harga jatuh, subsidi di tarik, dan mac ...
sharlenetexas replied at 10-5-2018 11:00 PM
bila top up RM10 kena tambah 60 sen aku jadi sakit hati benci najib.
Clan204: tak payah lupus pun tak pe... cuma kurangkan ke 3% ke sbb org malaysia bukan gaji cam org singapore ke uk ke...
ADVERTISEMENT