CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Allah Bagi Rumah Baru, Kereta Mercedes Kepada Mak Dan Ayah - Safiey Illias

15-5-2018 03:58 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 7838| Komen: 27|Original author: Oleh: Suzy


Bayangkan betapa gembira hati ibu bapa apabila anak kesayangan menghadiahkan sebuah rumah agam dan sebiji kereta sempena menyambut hari ibu dan bapa. 

Bak kata pepatah Melayu, sejuk perut ibu mengandung. Begitulah curahan kasih sayang yang cuba digambarkan Safiey Illias kepada kedua ibu bapanya. Berita mengenai pemberian itu dikhabarkan sebelum ucapan hari ibu yang ditujukan khas kepada ibunya.  



“Rasanya tak terlambat lagi nak ucap selamat Hari Ibu buat mak. Hari-hari adalah hari ibu. Doakan Apit sebagaimana yang mak nak. Doakan kejayaan Apit dunia dan akhirat. Sayang mak ketat-ketat sebab Apit yakin perjalanan bisnes ini berkat doa mak!!! Apit janji bawa mak pergi haji tahun ni pula. Amin.

“Saya rindu kediaman rumah lama saya. Tempat saya membesar. Tempat mak dan ayah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Sedih sebab rumah ni dah tak ada!" tulisnya.

Menurut Safiey, dia telah ditipu ‘scammer’ hingga menyebabkan kerugian besar, tetapi tetap berusaha untuk membina sebuah rumah bernilai RM400 ribu dan membeli sebuah kereta Mercedes buat ibu bapanya. 


Foto: IG Safiey Illias

“Saya tak nak lagi menyaksikan air hujan bocor keluar dari atap dan kami kena tadah dengan baldi dan besen. Mungkin awak tak ada pengalaman seperti yang saya pernah rasa ni, tapi kadang-kadang bila ingat, rasa gembira. Belum lagi cerita pasal atap terbang bila ribut," katanya.


Foto: IG Safiey Illias

Safiey juga memaklumkan dia telah membawa semua ahli keluarganya seramai 23 orang ke Mekah untuk menunaikan umrah.

“Atas sifat sabar dan memaafkan, Allah bagi rumah baru dan kereta Mercedes kepada mak dan ayah saya. Siap bawasemua keluarga 23 orang pergi menunaikan Umrah," ujar Safiey. 

Tahniah diucapkan kepada Safiey kerana menjadi anak yang sentiasa mengingati pengorbanan ibu bapa. Ada anak-anak zaman sekarang lebih mementingkan diri dan tidak mengambil tahu keperluan keluarga. - CARI
7

Bagus
12

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
14

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 15-5-2018 04:48 PM
Huduhnya ko kak eh bang!
Quote alaa 15-5-2018 04:57 PM
kata dah lama kaya.. nape baru sekarang nak bagi. hehehehhe
Quote pearl.silver 15-5-2018 04:58 PM
Iols xnk jd ustazah
Tp apa la perasaan mak ayah sapi'i ni..hidup dlm kemewahan sambil tgk tetek anak jantan mereka..
Quote umbut 15-5-2018 05:18 PM
Kaya yek.. jual apa.. ada ke org beli
Quote Megikari 15-5-2018 05:41 PM
Ai is percaya yg mak ayah dia lagi bahagia tengok anak dia insof daripada dilambakkan dengan reta benda mcm ni. Kesian mak ayah dia
Quote dubuk 15-5-2018 05:46 PM
mamat palsu.. orang dah pakatan harapan kau masih mimpi
Quote ffbeauties 15-5-2018 07:14 PM
Ingatkan dah berhenti cakap sambil tungang agama. Rupanya dah tunggang terbalik semula pon serupa.
Quote cassriena 15-5-2018 08:06 PM
jual produk timbang kilo pun kaya raya nih...hairan la
Quote bulanbulat 15-5-2018 11:28 PM
Jual cerita sedih tak habis habis
Quote Lagubestbest 16-5-2018 04:10 AM
Alahai sedihnya, tertibu dengan duniawi sampai macam tu sekali.
Quote rosasen 16-5-2018 09:01 AM
terfikir satu je...time di jejak kaki kat Haram tu, xde jadi pape pelik2 ke...
Quote tri-max 16-5-2018 09:16 AM
terhibur dgn cerita sedih tapi idok la berapa sedih subuh sapieee oooi
niat tak menghalalkan cara hokey
mintak rakyat malaysia yg bijak pandai ni udah2lah menyeport golongan terpesong gini
Quote BoongaKertas 16-5-2018 10:01 AM
gmbr yg botak tu bila kejadiannya?
Quote cicicumel 16-5-2018 10:02 AM
Kenapa ramai jutawan kosmetik ni duk jaja cerita lbh krg sama?
Quote kucingitam 16-5-2018 10:20 AM
semoga kau mendapat hidayah
Quote missdahlia 16-5-2018 10:24 AM
SEMOGA DIA INSAF
KESIAN TGK MAK BAPAK
Quote ibuaq 16-5-2018 11:06 AM
Kesian tengok dia nie kan. Semoga Allah bukakan jalan untuk dia.
Quote noraidil_06 16-5-2018 11:39 AM
Kaka doakan u ditemukan jalan kembali noks. Kite semua juge.ramadhan kareem
Quote xtahumenahu 16-5-2018 11:39 AM
silikon apit dah ke posisi sebenar ke idok?
ke masih kat atas

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.200925 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top