CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Penonton Mahu Pecahkan TV, Geram Dengan Azhan Rani Dalam Drama Nur

22-5-2018 01:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 35817| Komen: 251|Original author: Oleh: Azza



Kejayaan sebuah drama/telenovela/filem bukanlah bergantung kepada watak hero semata-mata. Boleh dikatakan watak pembantu atau watak penjahat inilah yang menjadikan sesebuah karya itu dinantikan sehingga penghujungnya.

Terkini, drama Nur yang baru masuk lima episod sudah membuatkan penonton merasa mahu mencarut dan marah dek kerana geram dengan karektor jahat yang berselindung disebalik kebaikan. Apatah lagi ia adalah lelaki yang bergelar ustaz tetapi sebenarnya  penunggang agama!

Syed Hamadi yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri menjadikan dirinya dibenci kerana pelakon tersebut berjaya menjiwainya. Azhan Rani, pelakon berwibawa yang menyebabkan ramai penonton mahu memecahkan televisyen kerana geram dengannya.
 

Foto : IG Azhan Rani

'Ustaz Syed Hamadi' yang dibawakan oleh Azhan lengkap dengan pakej jahat, berpura-pura baik, menerima rasuah dan pelbagai lagi menjadikan dia begitu dibenci.


Ada pula netizen yang menceritakan yang senario sama pernah dihadapi ketika tayangan sinetron Bawang Putih Bawang Merah (yang beratus episodnya) ada makcik bawang yang terlalu geram sampai memecahkan televisyen dengan membaling batu ke arah tv yang tidak bersalah. 

Dahsyat sungguh penangan jika terbawa-bawa ke alam realiti kan?
 

Begitulah, jika setiap pelakon berjaya membawakan wataknya hinggakan penonton merasa setiap inci emosi yang ditonjolkan.


Rata-rata penonton mengatakan drama Nur antara yang terbaik pernah ditonton tahun ini. Siap ada yang marah kepada Ustaz Adam (Syafiq Kyle) yang tidak ambil kisah hal madrasah. Marahnya sehingga tidak sedar berada di bulan puasa. Nasib baiklah waktu malam tayangannya kan?


Azhan (tengah) bersama pelakon utama Syafiq Kyle dan Raja Atiqullah

Lakonan mantap Azhan Rani bersama pelakon lain menjadikan cerita ini antara yang ditunggu-tunggu selepas solat terawih. Mesti tak sabar-sabar nak tahu kesudahannya kan? - CARI 

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tiramizsu 22-5-2018 03:50 PM
dia belakon mmg best la, iols puji sgtttt.
Quote Aduradura 22-5-2018 03:53 PM
Memang hangin iolls tengok semalam dgn watak azhan rani ni....part air bertakung tu tak boleh bla...kakaka...iolls memang tak miss tengok cter ni...rase macam dah lama tak tengok drama cenggini....
Quote Leeanne88 22-5-2018 03:55 PM
Iols sampai tak mampu nak tengok sebab geram punya pasal
Quote onexox97 22-5-2018 04:00 PM
ada ke ustaz langgan pelacur gitu
cerita tak agak agak
Quote tomaz 22-5-2018 04:01 PM
Awat bibior sapik makin jelas ketebalan nya. Ke dia dah kurus
Quote Aduradura 22-5-2018 04:01 PM
Ditambah pulak lagu ost cter ni...bler part capik tengok amyra solat tu, pastu keluar lagu ost ni, perghhhhhh
Quote Aduradura 22-5-2018 04:02 PM
onexox97 replied at 22-5-2018 04:00 PM
ada ke ustaz langgan pelacur gitu
cerita tak agak agak

Tengok la sape pengarah nya pulakk chuolls
Quote silampumeja 22-5-2018 04:04 PM
iols dh jd penonton setia pulak...slalu cal my mom time ni ...dah tukar call awal pagi stiap hari   sbb kalau call time ni my mom nak nonton nur...lepas tu dia bebel : ko tengok nur tu ke? bila dia tanya mcm tu i rasa cam kene soal ngan azwan ali kosekolahtak?   my mom patut dapat komisen dr bertambahnya rating drama ni...


haritu tgk fb shahrulezad katanya dah lama tak berkarya untuk slot samarinda ramadhan...takde idea katanya... tahun ni terbit idea pasal penunggang agama and lepas plak untuk ditayangkan.... so kita tengoklah karya sharulezad ni kalini...

memang geramnamati ngan azhan rani ni...belakon best...dia ni belum kawin kan?
Quote xtahumenahu 22-5-2018 04:09 PM
azhan rani ni berlakon mmg best
watak bangang dalam semarah padi tu pon jadikkk
Quote Lavender_Violet 22-5-2018 04:16 PM
Dah dua episod terlepas. Tertido...keletihan
Malam ni nak start tengok balik.
Rugi...rugi...
Quote MadameOnion 22-5-2018 04:19 PM
memang geram sangat rasa nak tonyoh2 muka dia dgn kain buruk..yg bini pun sepasal sayang sgt ke laki..takut jadi janda...eeeeiii geram...
Quote chicozinn 22-5-2018 04:23 PM
tomaz replied at 22-5-2018 04:01 PM
Awat bibior sapik makin jelas ketebalan nya. Ke dia dah kurus

teringat gamba heshe kat majalah pe tah sambil pegang kucing tempohari..eerkkkk..only nabil ahmad jahh bibir tebal sejati n ebby yus..huhu
Quote siape_aku 22-5-2018 04:26 PM
aiyo....selalu tgk azhan rani promo kat ig die but im not drama type....pukul brape cite ni ???? hadoi....kena rakam la nmpk gayenye....
Quote lumie 22-5-2018 04:29 PM
Geram sial tgk azhan rani tu. Mmg menjadik lakonan dia. Babi btol. Eh carut smpai dua kali dh
Quote Suchi 22-5-2018 05:22 PM
Aduradura replied at 22-5-2018 04:01 PM
Ditambah pulak lagu ost cter ni...bler part capik tengok amyra solat tu, pastu keluar lagu ost ni, p ...

Iols biasa tak tgk sgt drama melayu tp bulan puasa kalo radiusone punya iols layan la tgk khiriah teringat jibek.
Nk plak ost2 selalu best, suara kaer aduhh
Last layan cite radiusone masa syatilla berlakon tu yg zulin jd madu zila bakarin tu nk plak ade makcik petir pun berlakon.
Quote Aduradura 22-5-2018 05:25 PM
Suchi replied at 22-5-2018 05:22 PM
Iols biasa tak tgk sgt drama melayu tp bulan puasa kalo radiusone punya iols layan la tgk khiriah  ...

Jangan dilupa drama ramadan radius one ni dulu....best gilerrrrrrr..... IMG_0202.JPG
Quote Suchi 22-5-2018 05:30 PM
Aduradura replied at 22-5-2018 05:25 PM
Jangan dilupa drama ramadan radius one ni dulu....best gilerrrrrrr.....

Yg ni iols tak tgk, last time yg syatilla tu je.
Tak igt knp yg ni tak tgk. Tahun bila ye yg ni?
Quote kiah_mai_pulak 22-5-2018 05:32 PM
onexox97 replied at 22-5-2018 04:00 PM
ada ke ustaz langgan pelacur gitu
cerita tak agak agak

Lagi teruk dari tu pun ada chuolss.. chuols ni mesti bdk2 naif ni... meols pernah ada kenalan yg berkawan ngn ustad ni.. bukan ustad je tp siap jadi imam kat masjid.. tp memlm lepak ngn mber siap minum air kencing setan, sesambil main belakang sama sejenis. Nauzubillah min zalikkk.. so moral of story, jgn mudah nk percaya sgt kalau tgk org ya
Quote Aduradura 22-5-2018 05:32 PM
Suchi replied at 22-5-2018 05:30 PM
Yg ni iols tak tgk, last time yg syatilla tu je.
Tak igt knp yg ni tak tgk. Tahun bila ye yg ni?

Yg ni tahun 2010...best sangat lakonan ellie suriaty....

Lihat semua komen(251)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051839 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top