CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkasa Gesa Potong Gaji Menteri, Timbalan Menteri 5%

6-9-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7654| Komen: 45


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa Putrajaya memotong gaji kakitangan kerajaan, menteri dan timbalan menteri, pengarah dalam syarikat kerajaan sebanyak 5% untuk sebagai langkah penjimatan.

Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar), kerajaan juga perlu turut berjimat-cermat, bukannya hanya dengan mengambil langkah memotong subsidi minyak untuk mengatasi defisit negara.

"Serentak dengan kenaikkan minyak 20 sen baru-baru ini, kerajaan sepatutnya juga mengumumkan pemotongan gaji pegawai kerajaan, menteri dan pengarah dalam GLC sebanyak 5%.




"Perlulah ada penjimatan kos daripada sebelah kerajaan, selain itu majlis-majlis yang menggunakan wang rakyat juga perlu dikurangkan," kata Ibrahim dalam satu sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ibrahim, semasa mengumumkan pemotongan subsidi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu turut mengumumkan program penjimatan dalam agensi-agensi kerajaan.

"Perkasa mendapat maklum balas daripada rakyat yang rata-ratanya gelisah.

"Kalau kerajaan mahu kurangkan defisit negara, beliau sepatutnya serentak mengumumkan penjimatan belanja negara dalam agensi-agensi kerajaan," katanya.- 5 September, 2013.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 5-9-2013 05:09 PM
ok....rasa nak joinT Perkasa. sapa ada borang?
Quote sayawifenikmie 5-9-2013 05:11 PM

.. bengong ke apa perkasa ni ... takkan nak potong gaji set set kerani bagai tu ...
Quote blackred99 5-9-2013 05:13 PM
potong sane sini pun, hidup rakyat marhaen camtu gak, takde beza pun aku rasa.. apatah lagi menteri, seposen dua je potong gaji apa ada hal, projek belakang byk gile juta2..
Quote Czaziq 5-9-2013 05:16 PM
Sikitnye. 5% jer?? Patut 50%. Kalo kaya raya smpai naik kete hummer , ada kondo harga berjuta2, better potong terus gaji tu 100%.
Quote airfilterkotor 5-9-2013 05:17 PM
5% aje...?

Elaun keraian, elaun makan, elaun shopping, elaun perjalanan semua potong sekali laa.
Perit kannn...?

Time tu baru laa boleh duduk sama tinggi dengan rakyat.
Quote NIXAR 5-9-2013 05:21 PM
Nazri Aziz dh lama cuba kurangkan perbelanjaan gomen. dgn lantik anak dia, bayar gaji pun dr duit sendiri
Quote sepiITUindah 5-9-2013 05:23 PM
potong gaji bape je dapat
soh bang jib baiki cara urus tadbir negara
Quote airfilterkotor 5-9-2013 05:25 PM
Perkasa ni kalu keluar apa-apa kenyataan, lazim sangat dah dorang akan pusing balik 360 derjah dari apa yang  pernah diutarakan sebelum sebelum tu.

Bukan korang tak kenal Beraheem Ally punya pangai cemana khenn...
Quote farouk21 5-9-2013 05:27 PM
kalo kakitangan kerajaan tu dah kira melampau
pak muntri2,SUK tu kira ok le
Quote cekenit 5-9-2013 05:43 PM
Kenapa kakitangan kerajaan plk nk kne potong gaji..agak2 la..sape yg nk wat kje2 kuli nt..pak menteri tu la kasi potong..ckp je byk..yg menaip nye org bawah ni..
Quote honda_jazz 5-9-2013 05:45 PM
potong sekali elaun untuk bini2 menteri..buat bazir duit rakyat jer...
Quote cataleya 5-9-2013 05:45 PM
setuju ... elaun2 menteri tpm dan pm serta elaun2 kerabat2 raja serta raja2 di Malaysia...
Quote cataleya 5-9-2013 05:47 PM
alamak daulat tuanku ..
Quote PostBanhammer 5-9-2013 05:51 PM
Jap2, yang jadi technician je pon kene potong gaji ke?
Quote AdamBillionaire 5-9-2013 06:01 PM
airfilterkotor posted on 5-9-2013 05:25 PM
Perkasa ni kalu keluar apa-apa kenyataan, lazim sangat dah dorang akan pusing balik 360 derjah dari  ...

tu belum kau layan statment zul kulum confident 101% tu? lg haru biru statement dia.. mmg macai sejati tu.
Quote AdamBillionaire 5-9-2013 06:02 PM
nanti macai tua forum AN ckp? habis PR bila nak potong 5%? walhal perkasa yang cadangkan idea ni. kalau dah macai otak tetap macai sejati..
Quote mamarock 5-9-2013 06:05 PM
Biasanya mama perhatikan kat gomen ni, bila lepas meeting ada makan-makan. Banyak peruntukan mereka utk sessi makan-makan ni ye..
Quote mamarock 5-9-2013 06:05 PM
Bulan Syawal ni lagilah..Tiap-tiap jabatan ada jamuan Hari Raya.
Quote AdamBillionaire 5-9-2013 06:14 PM
potong sekali bajet persatuan BAKTI.. geli2 aku campur mak datin yang gelang besar kepala paip. kau fikir kau kaki wrestling apa nk pakai gelang john cena? tau lah kaya. xperlu berlagak ok..

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045576 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top