CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa Pengumuman Istimewa Hasil Keputusan Kabinet Hari Ini

30-5-2018 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7503| Komen: 72

Beberapa pengumuman telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media yang diadakan selepas mesyuarat kabinet sebentar tadi.


sumber : carian internet

Memetik laporan Berita Harian, antara keputusan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri adalah termasuk : 

- Bantuan khas RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan, ianya akan dibayar pada 6 Jun. 

- Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan pentadbiran terdahulu.

- Pelaksanaan SST bagi menggantikan GST dilaksana mulai 1 September depan.

- Pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi, manakala projek MRT3 tidak diteruskan.


- Diskaun 50 peratus untuk semua lebuh raya pada dua hari sebelum hari raya.

- Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.

- Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 akan disiarkan secara langsung menerusi RTM.

- Harga petrol RON95 dikekalkan manakala RON97 diapungkan mengikut harga pasaran.

- Satu kumpulan ulama dan mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama akan dibentuk bagi membincangkan peranan JAKIM.

Selain itu, Perdana menteri turut mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu secara derma dengan tujuan untuk mengurangkan beban hutang negara.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini, kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan."- CARI
18

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
23

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 30-5-2018 03:20 PM
- Program Permata dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan.
pelik aku permata bwh JPM seblom ni
Quote Laracrop 30-5-2018 03:32 PM
kecimpret replied at 30-5-2018 03:20 PM
pelik aku permata bwh JPM seblom ni

Senang skit kak mah nak kuarkan duit
Quote pcr13 30-5-2018 03:36 PM
La..permata bawah JPM ke selama ni
Quote DollahRepek 30-5-2018 03:39 PM
Baru la betul. PERMATA sepatutnya bwh KPM
Quote budaktua 30-5-2018 03:46 PM
projek blion2 tk jd perhatian...

yg diperhatikan projek kak mah tu la jugak....


sebenarnya aku pun...
Quote jazaa100 30-5-2018 04:11 PM
Jual semua hdbag kak ros masukkn ke tabung harapan malaysia
Quote taikor 30-5-2018 04:19 PM
Permata kekal pulak, tak bubar
Quote JunkMail 30-5-2018 04:19 PM
jazaa100 replied at 30-5-2018 04:11 PM
Jual semua hdbag kak ros masukkn ke tabung harapan malaysia

Jual kak ros sekali kalau boleh...mahal gak tu kalau timbang kilo
Quote gekkou 30-5-2018 04:26 PM
wahhh tabung harapan  malaysia
mohon org pertama derma adalah menteri
Quote bakingsoda 30-5-2018 04:27 PM
anak2 billionaire tun boleh la tunjuk contoh rakyat patriotik dgn menderma ke tabung harapan rakyat dulu
Quote ra5101 30-5-2018 04:29 PM
X perTun, nanti buat  program mcm tahun 90an tele apa ntah nama lupa lak kat RTM, satu hari tu minta derma jer...
Quote Travelo 30-5-2018 04:33 PM
saya yakin kita semua(rakyat malaysia) tak fikir sangat menifesto yg PH janjikan,jika ada,it is good,jika tiada pun tiada masalah,yg penting tidak lagi BN yg memerintah.
Quote Travelo 30-5-2018 04:35 PM
itu sebabnya ada beberapa menifesto yg dibuat tun selepas election yg tidak tepat sebelum election diumumkan,sebab tun yakin malaysians tidak kisahkan menifesto2 semua,yg penting kita semua sudah berjaya turunkan BN..
Quote Travelo 30-5-2018 04:37 PM
taikor replied at 30-5-2018 04:19 PM
Permata kekal pulak, tak bubar

penting juga PERMATA ni untuk generasi akan datang.
Quote jazaa100 30-5-2018 04:55 PM
JunkMail replied at 30-5-2018 04:19 PM
Jual kak ros sekali kalau boleh...mahal gak tu kalau timbang kilo

Tak laku......
(Kata Tun dlm video)
Quote kecimpret 30-5-2018 05:00 PM
Laracrop replied at 30-5-2018 03:32 PM
Senang skit kak mah nak kuarkan duit

kalo biar puak2 ni memerintah mau naik hutang ke 2 trillion
Quote OmJualGas 30-5-2018 05:09 PM
Rugi la yang dah langgan sukan astro.  Astro sila bagi balik duit.  Kami tengok kat rtm saja.
Quote scorpionkiki 30-5-2018 05:12 PM
Edited by scorpionkiki at 30-5-2018 05:18 PM
bakingsoda replied at 30-5-2018 04:27 PM
anak2 billionaire tun boleh la tunjuk contoh rakyat patriotik dgn menderma ke tabung harapan rakyat  ...


Kalau depa derma pun takkan nak umum...riyak weh
Quote Longhairlady 30-5-2018 05:14 PM
JunkMail replied at 30-5-2018 04:19 PM
Jual kak ros sekali kalau boleh...mahal gak tu kalau timbang kilo

Hahahaha...

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.047461 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top