Tidak dinafikan, bila lebaran menjelma, selain baju kuih raya, baju raya adalah antara item yang penting yang perlu dilihat. Kadang kala bukan hanya sepasang tetapi lebih dari dua pasang baju raya yang kita beli bagi merasai kemeriahan syawal yang menjelma.
Dalam kerancakan memilih persalinan buat diri tu, jangan lupa ku comel anda juga mahukan baju raya untuk beraya. Mesti ramai yang tak percaya baju raya buat kucing ni mempunyai peminatnya yang tersendiri. Memetik dari mstar online, koleksi baju raya kucing yang diperkenalkan oleh Geli Geli Kucing habis terjual dalam tempoh 2 hari sahaja. Penerimaan yang luar biasa ini menunjukkan bahawa kucing juga tak mahu kalah nak menyambut raya yang bakal menjelma. Jom lihat koleksi-koleksi menarik baju raya buat si comel yang mengundang perasaan geram dalam kalangan netizen. Ternyata bila kucing dipakaikan dengan baju raya yang kreatif ni nampak lebih comel dan sweet je kan? Sudah pasti ramai yang tertarik dan ingin memegang dan peluk cium kucing yang comel dalam busana hari raya nanti. Bagaimana pula anda? Sudah mencari baju raya yang sesuai untuk diri sendiri dan si comel anda? - CARI |
3
Bagus |
12
Marah |
1
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT