Berikutan dikatakan calon terbaik bertanding jawatan Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai satu sindiran.
BACA JUGA: KJ Calon Terbaik Terajui UMNO - Tun M Memetik Utusan, Ketua Pemuda Umno itu tidak merasakan pandangan Perdana Menteri sebagai serius. “Tun M (Dr Mahathir) selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya. “Saya anggap Tun (Mahathir) hanya (beri kenyataan) sarkastik," katanya.
Sehubungan itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan kenyataan Dr Mahathir. Memetik Sinar Harian, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, ia sebenarnya satu cabaran buat Khairy untuk bertanding jawatan tertinggi UMNO. “Secara jujurnya saya rasa itu bukan sindiran kerana saya tengok video kenyataan Tun itu. Saya tahu kalau beliau sindir, cara cakap dan senyum pun lain. “Saya rasa itu cabaran kepada Khairy. Kalau beliau nak terima atau tidak, itu hak beliau,” jelasnya. Tambah Ahli Parlimen Muar itu, Khairy yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden UMNO sepatutnya sudah lama bertanding jawatan tertinggi parti berkenaan. - CARI
|
13
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
NAT_11 replied at 6-6-2018 08:04 PM
Kalau aku jadi KJ, I take everything on POSITIVE SIDE.
Tun sindir ke tak sindir takda hal, I anggap ...
ADVERTISEMENT