CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kabinet Setuju Hak Monopoli BERNAS Ditamatkan- Salehuddin

7-6-2018 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4843| Komen: 27


sumber : carian internet


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub mengumumkan hak monopoli Syarikat Padi Beras Nasional (BERNAS) sebagai pengeluar beras negara dihentikan. 

"Kabinet bersetuju untuk menamatkan monopoli Bernas. Terdapat hujah relevan yang dipersetujui untuk kita tamatkan monopoli."

Memetik laporan Astro Awani, Salehuddin berkata perdana menteri mengarahkan beliau menyediakan memorandum kepada Kabinet berkaitan kaedah memecahkan monopoli tersebut.

"Saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian berhubung dengan seluruh agensi bagi mengenal pasti beberapa model pengeluaran beras secara terbuka yang diamalkan negara luar."

Salehuddin turut memaklumkan, kementeriannya akan mengekalkan Syarikat Bernas, sementara itu satu jawatankuasa juga akan ditubuhkan untuk mengkaji langkah membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara pengeksport beras. 

Sekiranya dipersetujui kabinet, negara kita mampu menjadi negara pengeksport beras pada tahun 2025, tambahnya.- CARI
3

Bagus
12

Marah
1

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 7-6-2018 10:44 PM
Wowww.

...
Quote pyropura 7-6-2018 11:16 PM
yeaahhh, rega Basmati yindia/Paki akan jadi murah....
Quote alesandra 7-6-2018 11:18 PM
kesian baukari
Quote shamsadis 8-6-2018 02:25 AM
harap2 lepas ni ASTRO pulak
Quote fatinz 8-6-2018 02:29 AM
Harap lps ni tnb pulak. Bil mahal melambung, ceo gaji tinggi, staff claim hotel unlimited. Banyak cantikkkkk
Quote katowjo 8-6-2018 04:08 AM
monopoly dan sistem AP yang buat harga jadi mahal..pas ni boles hapus AP kereta lak..heheheheh..tak AP harus dibuka kepada non bumi jugak..since puak buni pun ambik AP as a front..tapi yang run biz rata2 cina jugak..depa untung atas angin je..menyebabkan harga kereta mahal..

and boleh kasi term AP for 2 years jah..lepas tu kasi orang lain pulak..ni dari zaman tuk kadok lagi..orang sama..
Quote Otaku85 8-6-2018 04:35 AM
Lepas ni harap2 TM
Quote hayrin86 8-6-2018 08:30 AM
shamsadis replied at 8-6-2018 02:25 AM
harap2 lepas ni ASTRO pulak

Amin.. Hapuskan monopoli siaran sukan utama seperti bola Piala Dunia lagi molek

Quote tobby 13-6-2018 01:27 AM
Krjn benarkan monopoli Bernas sbb nak protect beras tempatan. Skrg boleh la cakap lantak la. Hari ni petani kita masih mampu hasilkan 70% beras untuk rakyat. Hanya 30% beras import. Nanti bila dah buka monopoli n terlalu depend beras import, apa2 hal berlaku kat vietnam/ thailand, kita plak yg tak cukup makan. Nk makan apa plak? French fries? Kentang pun import gak.
Quote tobby 13-6-2018 01:32 AM
bila takde siapa nak tanam padi lagi. kalau kena embargo habis kebuluran semua mcm venezuela makan sampah.

Beras tempatan takkan mampu nak bersaing dengan harga beras dari vietnam dan thai yang sangat murah. Kalau tak dikawal import beras, pengguna akan untung, tapi petani akan sengsara. Akhirnya takde siapa nak tanam padi lagi. Sawah padi di kedah pun makin lama makin kurang sbb petani hilang motivasi bila makin ramai yg seludup beras siam masuk pasaran
Quote tobby 13-6-2018 01:36 AM
katowjo replied at 8-6-2018 04:08 AM
monopoly dan sistem AP yang buat harga jadi mahal..pas ni boles hapus AP kereta lak..heheheheh..tak  ...

Kena paham.. Monopoli import beras ke malaysia. Kalau x buat mcm ni, banyak lambakan beras negara luar yg jauh lebih murah akan masuk ke malaysia. Mmg pengguna seronok. Persoalannya, apa akan jadi pada nasib pesawah? Tujuan buat mcm ni utk kawal kemasukan beras import .

org suruh pecah monopoli telco dan broadcasting, dia pi buat dekat beras, selagi x pecah monopoli telco tu, semakin tu rakyat ditekan dan diperah duit dengan kos telco yang mahal dan x masuk akal, kalau banding dgn thailand malaysia 3x kebelakang, dan internet mereka lebih meluas sama ada wifi @ gsm data.
Quote silencekiller 13-6-2018 01:58 AM
tobby replied at 13-6-2018 01:32 AM
bila takde siapa nak tanam padi lagi. kalau kena embargo habis kebuluran semua mcm venezuela makan s ...

Yup.. makin banyak tanah2 sawah ditambak dijual sebagai lot tanah .. geng2 bengap ni mana nampak tang ni.. depa tahu apa master depa cakap.. depa tadah jaa sambil angguk2 kununnn "bijak"

KERAjaan nak pecah monopoli lain bukan berani sangat.. sentuh laa paling senang nak kaco kerna hendak sedapkan hati2 macai yang dok teriak "Malaysia baru" kaa ap kaa
Quote arnauld 13-6-2018 05:40 AM
kita tgk siapa yg akan jadi pengimpot beras terbesar lps ni dan berapa bnyk hektar sawah yg diusahakan slps monopoly ditamatkan
Quote ladybugz 13-6-2018 07:03 AM
fatinz replied at 8-6-2018 02:29 AM
Harap lps ni tnb pulak. Bil mahal melambung, ceo gaji tinggi, staff claim hotel unlimited. Banyak ca ...

Waiting for the day to come. Geram betul sgn servis tnb. Dah la baca meter malas. Asik duk wat anggaran. Tutp2 suruh bayar tunggakam nk dekat 1 k.
Quote fatinz 13-6-2018 07:14 AM
ladybugz replied at 13-6-2018 07:03 AM
Waiting for the day to come. Geram betul sgn servis tnb. Dah la baca meter malas. Asik duk wat ang ...

Kannnn. Kena buat mcm overseas, beberapa company yg supply, so kita boleh pilih company mana yg offer service plg murah/best
Quote mjla 13-6-2018 07:42 AM
Aku ingat lg 4 taun dulu lepas PR
Beend byk kerusi yg kalah
Depa nak ajar rakyat dgn naikkan hrg beras
Alasan pengeluran kurang
Smp skrg hrg tak turun
Mcm abah dia punya negeri depa buat
Quote cmf_shalom 14-6-2018 12:50 PM
Edited by cmf_shalom at 14-6-2018 12:58 PM
silencekiller replied at 13-6-2018 01:58 AM
Yup.. makin banyak tanah2 sawah ditambak dijual sebagai lot tanah .. geng2 bengap ni mana nampak t ...


Beras dan bekalan ubat ke ospital gomen seluruh Malaysia...Ak nmpk rasional disebalik monopoly..

Bernas Tu juga bfungsi simpan Stok bekalan beras utk negara sekiranya blaku krisis...

Walaupun beras luar murah dr beras dlm negara..Kita X boleh nafikan kepentingan sawah2 padi tu utk kekal wujud. Org Putih ckp food security

Time krisis 2007..akibat cuaca.. sib baik Ada Stok Bernas...if X..mgelupur Kita..dh negara lain dorg pun stop eksport beras

Bab makanan asasi ni..Kita X leh bgantung sgt bekalan eksport...sebab Ada masa nnti dorg akan cut ...bukan X pernah tjadi

Tnb etc Tu.  Slain isu modal (mbe?)..ak X nmpk kenapa perlu monopoly...tp if selidik..ala org2 tun gak.  
Quote MissVixen 14-6-2018 12:58 PM
tobby replied at 13-6-2018 01:27 AM
Krjn benarkan monopoli Bernas sbb nak protect beras tempatan. Skrg boleh la cakap lantak la. Hari ni ...

Sampai bila harga nak mencanak mahal? Demi "jaga" petani ni sampai pengguna jadi mangsa. Dah la harga beras tempatan mahal, kualiti hancur. Petani ni dapat bantuan kerajaan pon dia bukan hargai. Dapat baja, dia p jual balik.
Quote debab_78 14-6-2018 01:29 PM
ada pro dan kontra.. harap kerajaan dapat fikir sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat khususnya kesan kepada petani2 kita...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.044607 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top