CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siasatan Semula Kes 1MDB Sebenarnya Adalah Dendam Politik- Najib

8-6-2018 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5535| Komen: 30|Original author: Modngengade

Setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan, tindakan kerajaan Pakatan Harapan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menyiasat semula kes berhubung skandal penyelewengan 1MDB, dilaporkan ianya telah menimbulkan ketidakpuasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Loading FB Post...

Memetik laporan The Malay Mail, dalam kenyataan di Facebooknya kelmarin, bekas perdana menteri menegaskan siasatan semula skandal 1MDB sebenarnya bersifat dendam politik terhadapnya.

"Saya juga akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan terhadap saya yang sebenarnya bersifat dendam politik. Setakat ini, saya telah dua kali memberi keterangan kepada SPRM."


Bagaimana pun, beliau tidak memberi penjelasan yang khusus berhubung kenyataan tersebut.

Beliau memaklumkan dirinya dalam proses untuk membuka satu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemunya. 

Di samping itu, beliau turut mengumumkan akan bertanding pemilihan parti dengan mempertahankan jawatan ketua bahagian Umno Pekan.- CARI
9

Bagus
12

Marah
10

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 8-6-2018 08:27 AM
bagus la
do something la
Quote Simunggu 8-6-2018 08:28 AM
saya move on....uoullssss
Quote EvieWanKenobi 8-6-2018 08:44 AM
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Quote AnBulisia 8-6-2018 08:58 AM
senangnya dia move on..
macam takde apa apa yang berlaku saja
jib..jib.... hati mu keras jib
Quote AbukRokok 8-6-2018 09:16 AM
kadang2 kita takkan boleh buang seseorang terus
mungkin ditakdirkan untuk untuk kekal di hati sehingga akhir hayat


ehhh ni bod cinta ke?
Quote immi 8-6-2018 09:20 AM
Harta dunia merata ceruk dunia senang aje nk move on
Quote rospinki 8-6-2018 09:23 AM
najib ni dari dulu aku dh perasan..dia seorg yg jenis rilek dan santai..bagi aku seorang pejuang (maksud aku jadi pemimpin tak kira lah bgimana cara dia handle teraju dia) tak semestinya seorg yg nampak gagah perkasa dan bijaksana..tapi seorg yg jenis rilek dan santai..buat derk je semua kata2 nista and move on and on...tengok lepas segala terjadi dia ilek2 jah
Quote ninjago 8-6-2018 09:25 AM
AbukRokok replied at 8-6-2018 08:16 AM
kadang2 kita takkan boleh buang seseorang terus
mungkin ditakdirkan untuk untuk kekal di hati sehin ...

hahahhahahaahaahh
Quote netto_ 8-6-2018 09:29 AM
Mungkin part yg ni bleh la kite tiru najib ni. Walau dugaan melanda tetap rilek2 jah mcm xde pape
Quote akakdendeng 8-6-2018 09:29 AM
tak ada apa yg dia nak risau...duit banyak berkepuk2...
Quote krustykrab 8-6-2018 09:31 AM
nanti raya tak jemput jho low & the gang ke rumah ke?
Quote batu kikir 8-6-2018 09:41 AM
Aku tetap salahkan kau jibbun pasal tumbangnya UMNO/BN.
Jibbun buat UMNO macam parti mak bapak atok dia. UMNO ialah jibbun, jibbun ialah UMNO. Pemilihan tak yah buat.......pecat ahli sesuka hati, tak ngam dengan aku.....aku pecat. Padahal kau naik dalam UMNOpun cara express..........Tun Razak meninggal, Dr M offer kau jadi MB Pahang. Jadilah kau MP paling muda pada masa tu. Masa tu kau cakap Melayupun hauk......ialah sejak keluar dari perut ibu....duduk kat UK je.
Sekarang bila UMNO barai.........senang2 kau suruh orang lain perbaiki kerosakan @ kehancuran UMNO yang ko buat.
Bila UMNO dah kuat esok.........senang2 kau nak tawar diri kau bertanding balik.....konon2 ingin "berjuang" untuk orang Melayu..........padahal berjuang untuk tembolok kau.
Cukuplah jibbun. Dengar nama kaupun, aku dah muntah.
Quote Siti_Mustaqim 8-6-2018 09:48 AM
#missmyExPM.... though for whatever ""shit"" he might be involved  in, he was once a caring and generous Boss.

Thank you and Selamat Hari Raya Dato Seri...
Quote alesandra 8-6-2018 09:50 AM
montah hijau aku bab parti keramat.dah rupa sembah berhala
Quote sokmogitu 8-6-2018 09:54 AM
parti keramat apoooo .... lembah keramat dgn dato keramat pun diorg kalah
Quote armin 8-6-2018 11:44 AM
Berlagaknya. No remorse at all
Quote fliphair8 8-6-2018 11:51 AM
Haiyoooo.....sendiri perintah sendiri siasat sendiri lantik AG...haruslah tak bersalah .. dah org lain perintah....harusla disiasat


Btw pokjib mmg laa cool chill2 jer.....dia bole merempat merata donia ngan mewah lagik....sah2 stash kat cayman island...
Quote akusukaq 8-6-2018 12:04 PM
cai cai plk yg menggelupor kepanasan. najib relex je
Quote nitrotech 9-6-2018 05:43 AM
janji najib dan umno bn sudah tumbangg.tggu laa siasatan lepasni.kitaa tggguu siapa yang kenaaa.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.341205 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top