CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Tak Boleh Jadi MB Pahang Kalau Tak Mahu UMNO Rosak - Syed Saddiq

11-6-2018 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8320| Komen: 42

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, UMNO akan rosak jika Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Besar Pahang semula.


Foto: Reuters

Memetik Sinar Harian, Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemu bual New Straits Times Press bagi mengulas pendapat seorang individu menerusi sebuah blog yang berhasrat melihat Najib kembali sebagai Menteri Besar Pahang.

Najib sebelum ini memegang jawatan Menteri Besar Pahang ke-12 pada Mei 1982 hingga Ogos 1986.

Menurut Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, tidak masuk akal jika Najib berhasrat berbuat demikian memandangkan dirinya terpalit dengan beberapa siasatan jenayah.


"Ini satu langkah ‘mengerikan’ jika ada cadangan Najib yang kini sedang dalam siasatan dipilih menjadi Menteri Besar Pahang.

"Jika saya mahu menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang mahu membunuh pembangkang, saya akan mengatakan 'Alhamdulillah, saya menyokong langkah itu 100 peratus' kerana kemunculan Najib akan membunuh UMNO," katanya.


Foto: IG Syed Saddiq

Tambahnya, dia mahu melihat UMNO menjadi pembangkang yang kuat dan mengimbangi kerajaan yang ada sekarang.

"Jika kita mahu melihat UMNO kembali kuat dan bertindak sebagai pembangkang yang teguh, maka Najib tidak boleh menjadi ketua pasukan," tegasnya. - CARI
4

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • dubidubii


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ah_Kwan 11-6-2018 10:16 AM
keh keh keh

budak tak cukup umur..cuma dah berjaya menipu berjuta manusia dengan kunonnya matang..

keh keh keh
Quote Bedah.Cun 11-6-2018 10:18 AM
Semaklah budak poyo neh
Quote watachiwa 11-6-2018 10:22 AM
nak jadi MB celah mane kalo x bertanding DUN. pokJib kan bertanding kosi parlimen jek
Quote kucen_miang 11-6-2018 10:27 AM
meluat lak tgk dia ni..mencapub ke hulu ke hilir
Quote nooriesz 11-6-2018 10:30 AM
menyampah pulak baca.. semua ko nk bahan.. bukti kn dlu diri tuu.. semakkkk!!
Quote kemaruk 11-6-2018 10:32 AM
kalau muka ko macam A R tompel, takde orang lantik ko jadi YB pun dik
Quote kikuri 11-6-2018 10:33 AM
pok jib bertanding kerusi parlimen lah.... celah mana bolehnya nak jadi mb
Quote CrowneGlory 11-6-2018 10:37 AM
muda2 dah bijak...bagusla SS... yg kutuk2 akhirannya mencapub takat dlm forum cari
Quote netto_ 11-6-2018 10:37 AM
Buat je la keje ko dik. Keje buat dulu, byk sgt ckp die ni
Quote jofizo 11-6-2018 10:39 AM
sibuknyer la ko ngan rumah org lain......
Quote monreyes 11-6-2018 10:47 AM
hati2 ..
kang viral pulak video ntah apa2 masa kat obersi nun...
Quote Siti_Mustaqim 11-6-2018 10:59 AM
Bising lah budak tak cukup umur ni......jangan sibuk hal org tua..
Quote Siti_Mustaqim 11-6-2018 11:00 AM
menjengkelkan betol tengok dia ni......kalo baca forum ni...shut your mouth up..orang veteran tak ske kome...kbai
Quote nanacomei 11-6-2018 11:42 AM
i x minat la yb syed saddiq ni.. ada je org muda jadi yb tp nampak ketokohannya.

if dia sorry so said agak kurang sikit dr segi PR pun kurang.

he need to learn more.


tq
Quote MadameOnion 11-6-2018 11:52 AM
aikkk jib kan tanding parlimen? camna nak jadi menteri? yang sadik sigaraga ni pi ulas pendapat entah sapa2 tu dah kenapa? rilek2 sudahla..belum 100 hari lagi dah memacam la dia ni
Quote ra5101 11-6-2018 11:56 AM
new KJ ker ni
Quote danieladam 11-6-2018 11:59 AM
Rasa mcm janggal pulak tgk budak setahun jagung dok ulas org yg dah berpengalaman dalam politik. Sementelah kerusi parlimen dgn kerusi dun pun heshe x dapat nak bezakan, baik lah adik pi buat keje yg patut. Buktikan pada rakyat yg adik boleh bekerja dan bukan hanya gebang itu dan ini.

At least KJ lama la sikit dalam politik baru bersuara.
Quote fly_in_d_sky 11-6-2018 12:07 PM
iklan publisiti murahan ... nak tengok lah budak ni jadi apa lepas PH kalah nanti ..
resume dia tulis apa bila nak cari kerja ..
mulut tu jangan lancang sangat .. baru setahun jagung ... pengalaman belum banyak dikutip
jadi ahli politik bukan takat cakap .. orang tu boleh ke tak boleh ke
ni kira bernasib baik sebab mulut Rafizi dok hasut orng melayu ...
masa kempen kata ptptn tak perlu bayar jika gaji bawah 4K, then ubah pula sila lah bayar

nak buat manifesto senang jer, cakap cakap cakap
nak laksanakan tak senang ..
Quote ckenj 11-6-2018 12:28 PM
ok sadiq..buat kje diam2, jgn nak mencapap sgt.study lebih sikit jangan buat kenyataan tak berapa nak bernas. najib bertanding parliment bukan dun. kot yer tak suka, jgn nak merepek. nt nmpak sgt ph tu hampeh. sekian.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.051221 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top