CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Bayi Hilang, Mungkin Dimakan Binatang

11-6-2018 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4927| Komen: 26

Terdapat kesan gigitan pada kain kafan jenazah bayi yang hilang di Kulim Kedah.

Bagaimanapun Harian Metro melaporkan,  polis belum mengenal pasti jenis haiwan terbabit, mungkin biawak atau anjing.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, pihaknya sudah menghubungi  pasukan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan dengan bantuan imam masjid.

Foto: FB TV3 Online
"Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan tanda positif dan dipercayai adalah daripada tindakan binatang kerana terdapat kesan gigitan pada kain kafan jenazah terbabit.

"Sebelum kejadian itu, kawasan terbabit hujan dan berkemungkinan menyebabkan tanah mendap sehingga haiwan yang datang ke situ mengoreknya dan membawa lari jasad bayi itu."


Difahamkan, bayi perempuan itu meninggal dunia akibat rotavirus dan jasadnya masih belum ditemui.

Mayat tersebut mungkin dibawa masuk ke hutan memandangkan tanah perkuburan tersebut adalah berhampiran dengan kawasan hutan berbukit.

Penggali kubur menyatakan, kehilangan mayat tersebut disedari selepas melihat kain kafan berada di atas tanah perkuburan.

"Ketika kejadian itu, kebetulan ada majlis tahlil yang diadakan di masjid terbabit yang turut dihadiri ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

"Orang ramai kemudian memaklumkan kepada AJK sebelum mereka ke kubur itu dan terkejut melihat kesan mendapan dan kain kapan berselerakan," katanya.

"Mereka (AJK) masjid kemudian meminta waris jenazah bayi itu membuat laporan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Ini adalah kejadian kali pertama terjadi di kawasan ini kerana sebelum ini perkara seperti ini tidak berlaku," katanya.

"Kami masih tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan." -CARI
16

Bagus
8

Marah
20

Terkejut
7

Sedih
19

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 11-6-2018 08:29 AM
Oh sedihnya...mendapan tanah sebab hujan ke...
Quote FOTHER-MUCKER 11-6-2018 08:30 AM
Bodoh nya kau nyah berapa banyak lah nak buka tred sama?
Quote moonbug 11-6-2018 09:29 AM
Ala kesiannya
Quote insulin 11-6-2018 10:16 AM
Kasihannya. Mungkin jasad diambil binatang liar.
Quote menah 11-6-2018 10:35 AM
Allah.. sedihnyer.. harap baby terus aman2 jah d syurga tu...
Quote besarkecik 11-6-2018 10:57 AM
Selalunya kalau mayat bayi tu sulung, bapaknya pun sulung, memang berpotensi jadi bahan ilmu setan bomoh terkutuk.
Tapi kesian bayi tu..
Quote stania83 11-6-2018 11:09 AM
Apa la perasaan mak dia.
Quote luvemedaa 11-6-2018 11:19 AM
Allah. Sampai hilang. Kesian nya. Jgn dibuat khurafat sudah.
Quote sharlenetexas 11-6-2018 11:20 AM
besarkecik replied at 11-6-2018 10:57 AM
Selalunya kalau mayat bayi tu sulung, bapaknya pun sulung, memang berpotensi jadi bahan ilmu setan b ...

Lebih kurang nenek aku cite, lahir pulak hari selasa. Ahli keluarga gilir2 jaga baby takut kena culik.
Bomoh setan mmg kejam. Dia keringkan baby gantung atas pokok. Ada la tu nak wat toyol kr.
Quote besarkecik 11-6-2018 11:46 AM
sharlenetexas replied at 11-6-2018 11:20 AM
Lebih kurang nenek aku cite, lahir pulak hari selasa. Ahli keluarga gilir2 jaga baby takut kena cu ...

Kalau dia buat anak kerak, mayat tu dia salai bagi kering.
Quote Burong_Hantuk 11-6-2018 12:05 PM
al fatihah & salam takjiah untok keluarga
Quote uda 11-6-2018 12:15 PM
Teringat cerita Mak andam Saleha di board mistik. Dia gunakan mayat bayi
Quote K_Lily 11-6-2018 12:20 PM
sedihnya...kesian baby tu..walaupun rohnya bahagia di syurga.
mesti sedih mak dia...
sedihnyaaa
Quote ckenj 11-6-2018 12:23 PM
kesiannya...haishhh
Quote mjla 11-6-2018 12:49 PM
Projek minyak dagu kot
Cuba riki bomoh itam  area ctu
Jilake tul depa ni
Quote sharlenetexas 11-6-2018 12:49 PM
besarkecik replied at 11-6-2018 11:46 AM
Kalau dia buat anak kerak, mayat tu dia salai bagi kering.

Anak kerak tu mcmana?
Quote ninjago 11-6-2018 12:52 PM
Allah.. kesiannya kat parents dia.. tgh bersedih kehilangan anak, nie kehilangan jenazah pulak lagi..
Quote stryder_cats 11-6-2018 01:18 PM
Allahuakbar sedih keluarga dia semoga jumpa balik la
Quote besarkecik 11-6-2018 01:40 PM
sharlenetexas replied at 11-6-2018 12:49 PM
Anak kerak tu mcmana?

Macam toyol jugak. Tapi toyol tak seadvance anak kerak.
Tugas pun lain.
Macam orang tau, toyol kerjanya curi duit, anak kerak ni kerjanya utk jadi spy, santau, pelaris, khianat.. Anak kerak ni tak lut dengan ayat ruqyah. Kira anak kerak  ni  macam  genderuwo, lut dengan ayat ruqyah. Sebab kejadian anak kerak ni sendiri dari  janin bayi yang suci dari dosa. Tapi sekuat mana pun makhluk, tetap  tak mampu lawan qudrat Tuhan.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.069683 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top