Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim mengumumkan sekiranya 1 Syawal jatuh hari esok, solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Selangor akan ditetapkan pada pukul 8 pagi. Sinar Harian melaporkan, perlaksanaan masa solat Aidilfitri tersebut telah diperkenakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Jelas Datuk Haris Kasim, ianya secara langsung membolehkan umat islam masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara tanpa menjejaskan kewajipan bagi menunaikan solat Jumaat yang jatuh pada hari sama. "Penyelarasan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan kepada jemaah dan ketidakseragaman waktu solat di antara masjid dan surau di negeri Selangor."
"Semua imam masjid dan surau disarankan membaca khutbah khas Aidilfitri dan Jumaat yang diterbitkan JAIS yang boleh dimuat turun melalui portal e-masjid.jais.gov.my." Masyarakat Islam di negeri ini juga dinasihatkan agar menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain, tambah beliau.- CARI
|
2
Bagus |
1
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT