Khairuddin Abu Hassan mendedahkan pemangku presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi datang berjumpa dia dan merayu kepadanya untuk mengaturkan pertemuan dengan Tun Mahathir di Putrajaya 7 Jun lalu. Loading FB Post... Free Malaysia Today melaporkan, ini berikutan semalam Zahid dalam ucapan ketika perjumpaan bersama ahli UMNO Selangor memaklumkan pertemuan itu adalah hasil jemputan Tun Mahathir.
Pendedahan itu ditulis oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, menerusi laman Facebook 'Mahathir The Legend' kelmarin. Selain itu, Khairuddin turut sekeras-kerasnya menafikan kenyataan Zahid yang mengatakan Tun juga meminta agar ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM. "Zahid Hamidi ini semacam 'iblis' bertopengkan manusia!! Dia kaki penipu dan kaki pembelit!! Setiap tutur katanya kini penuh dengan pendustaan!!" Terdahulu, Zahid memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di Facebooknya menerusi perkongsian yang ditulisnya, beliau memaklumkan bahawa pertemuan itu dibuat sempena bulan Ramadan dan berharap ianya membawa berkat buat semua pihak. Namun, Zahid yang merupakan antara calon yang bertanding jawatan presiden UMNO hujung bulan ini beritahu ahli parti Selangor bahawa pertemuan tersebut adalah atas jemputan Tun Mahathir. "Bukan saya yang minta bertemu, tapi saya dijemput untuk bertemu," kata Zahid. "Apa yang telah disebutkan oleh Perdana Menteri antaranya adalah, beliau meminta supaya ahli Parlimen BN khususnya UMNO untuk menyertai PPBM. Saya menjawab dengan tegas tidak ada jalan bagi kita untuk menyertai parti berkenaan," tambah Zahid Dalam pada itu, jelas Khairuddin, ketika itu Zahid beritahunya pertemuan itu merupakan salah satu kempennya untuk pemilihan parti yang bakal berlangsung kelak. "Ucapan politiknya itu tidak berasas sama sekali!! Inilah kualiti pemimpin-pemimpin umno yang hanya bijak menipu ahli-ahlinya saja demi 'survival' politik mereka," tegas Khairuddin. "Untuk pengetahuan semua rakyat malaysia; tun dr mahathir mohamad tidak pernah meminta ahli-ahli parlimen umno untuk lompat masuk parti PPBM." "Setiap umat islam bila pergi ke tanah suci Makkah akan bertambah insaf dan bertaqwa tetapi zahid hamidi pergi mengerjakan umrah balik ke Malaysia terus menipu."- CARI |
7
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
14
Sedih |
11
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ChildrenOfBodom replied at 21-6-2018 08:16 AM
hina betui wak pornorogol ni, fattah amin taknak defend ka wak pornorogol hina nie
pakis_hutan replied at 21-6-2018 01:23 PM
Ape kena mengena dgn Fattah Amin? Ada yg aku tertinggal ke ni?
awaynepian replied at 21-6-2018 03:40 PM
sampai macam ni ya nak kekalkan jawatan...dia yakin ke dia menang...
atau dia sebenarnya nak masuk ...
ChildrenOfBodom replied at 21-6-2018 03:14 PM
fucktah tu macai wak pornorogol
ADVERTISEMENT