Lima beranak bakal diusir dari rumah sewa mereka menjelang minggu depan. Bagai jatuh ditimpa tangga, bayi ketiga pasangan ini, Nur Aisy Arsylia, 2 bulan disahkan menghidap jantung berlubang dan dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dilahirkan pra matang pada usia kandungan tujuh bulan, April lalu.
mStar online melaporkan, si ibu, Nuryusma Ayob, 30 menghidap empat penyakit selain suaminya, Muhammad Fashan Johari, 34 baru sahaja diberhentikan kerja sebelum Aidilfitri baru-baru ini. "Kami ada terfikir untuk pindah ke rumah pusaka di Kuala Kangsar kerana sudah tidak mampu bayar sewa rumah di Sentul, tapi Baby Aisy pula dirawat di HKL. Di sana (Kuala Kangsar) tiada doktor pakar untuk kes anak saya.
"Saya juga sering dimasukkan ke hospital kerana penyakit buah pinggang, diabetis, radang otak dan masalah tulang belakang. "Suami sebelum ini kerap cuti untuk jaga saya dan anak menyebabkan majikannya dah tak boleh bertolak ansur lagi, sebelum raya dia diberhentikan kerja," Neneknya juga baru sahaja meninggal dunia dua hari lalu. "Saya dan suami sedang fikir penyelesaian untuk masalah kami. Selain mencari kerja, kami juga fikir untuk mencari rumah sewa baharu yang lebih murah. "Kami tak mampu untuk melunaskan sewa rumah. Pemilik beri tempoh sehingga 6 Julai depan sahaja. "Kami sebelum ini pernah memohon bantuan Baitulmal tapi tidak berjaya." Yusma dan suaminya berkahwin pada 2007. Bagi mereka yang ingin membantu, boleh menyalurkannya menerusi akaun Maybank atas nama Nuryusma Ayob - 157091150755. Boleh juga menghubungi Yusma di talian 011-61182360 atau Fashan (019-3536033). -CARI
|
4
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
biozipstar replied at 26-6-2018 07:16 PM
yusmawati kot dulu tipu aku... tapi x ingat nama penuh.. aku dah bayar, tapi barang x pos. ok xde ka ...
CiliPadiSedap replied at 26-6-2018 07:21 PM
adik ada penyakit mental ke? kalau ada tolong saving sedikit hormati orang lain yang sakit di uji ...
biozipstar replied at 26-6-2018 07:16 PM
yusmawati kot dulu tipu aku... tapi x ingat nama penuh.. aku dah bayar, tapi barang x pos. ok xde ka ...
batmana replied at 26-6-2018 08:22 PM
apa la alasan baitulmal tknk bagi bantuan ni?
baik letak jwatan la dri mkn gaji buta
asamfish replied at 27-6-2018 01:17 AM
Adik saya cuba utk menderma through online banking, tapi unauthorized account. What does that mean?
clarizsa replied at 26-6-2018 11:20 PM
Kesiannya
Harap laki tu segera dapat kerja
Xyah nk ponteng sgt
ADVERTISEMENT