CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sirap Bandung Soda Power, Boleh Buat Untuk Majlis Rumah Terbuka

27-6-2018 11:45 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 12053| Komen: 32|Original author: Oleh: Faizal

Raya datang lagi dengan sambutan yang penuh dengan kemeriahan. Hari raya dan rumah terbuka antara satu budaya yang menjadi tradisi wajib bagi masyarakat di negara kita. Sudah pasti jamuan rumah terbuka menghidangkan menu-menu yang menarik lagi sedap yang mungkin hanya dapat dirasa ketika musim perayaan sahaja.

Bagi minuman, air sirap antara minuman yang popular ketika hari raya. Tetapi apa kata untuk tetamu anda syawal kali ini sajikan mereka dengan air yang berbeza. Mana tau air sirap sudah muak kan?



Jom cuba resipi sirap bandung ni. Ini bukan sirap bandung biasa-biasa ya! Sirpa bandung lebih power bila kita campurkan dengan air soda. Memang tak berhenti minum tetamu yang datang nanti.

Resipi Sirap Bandung Soda ‘Power ‘ini dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai menerusi Facebook. Bahannya simple saja dan cara untuk membuatnya pun tak susah.




Bahan-bahan

1 botol ice cream soda 1.5 liter
Sirap ros
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
Ais


Cara membuatnya

1. Hanya campurkan kesemua bahan ke dalam jug besar. Kemudian masukkan ais.

Dah siap! Boleh la hidangkan pada tetamu. Dia punya rasa tu sampai tak boleh tidur malam katanya.  Nampak macam air bandung biasa, tapi bila dah pekena satu cawan mesti tak cukup. Selamat mencuba! - CARI 
24

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 27-6-2018 12:37 PM
banyaknya bahan..  selalu buat guna sirap, susu cair & soda je..
Quote friedfishsoup 27-6-2018 01:15 PM
Oh selalu buat, tak taruk esen vanilla. Ok nak try next time taruk esen vanilla.
Quote misscendol 27-6-2018 01:58 PM
EvieWanKenobi replied at 27-6-2018 12:37 PM
banyaknya bahan..  selalu buat guna sirap, susu cair & soda je..

hahahaha kan? tapi kalau campuran susu pekat & cair buat sirap tu lg berlemak. sama la kalau buat teh tarik. campur dua jenis susu ni lg sedap & berlemak
Quote EvieWanKenobi 27-6-2018 02:08 PM
misscendol replied at 27-6-2018 01:58 PM
hahahaha kan? tapi kalau campuran susu pekat & cair buat sirap tu lg berlemak. sama la kalau buat  ...

try la.. nanti bagi review.. saya memang kureng sikit ngan susu pekat..
Quote zameyla 27-6-2018 04:56 PM
EvieWanKenobi replied at 27-6-2018 12:37 PM
banyaknya bahan..  selalu buat guna sirap, susu cair & soda je..

sedap ke wei?

aku selalu buat guna sirap dgn susu je la...

Quote EvieWanKenobi 27-6-2018 05:48 PM
zameyla replied at 27-6-2018 04:56 PM
sedap ke wei?

aku selalu buat guna sirap dgn susu je la...

bubuh la soda.. baru kick..
Quote mesmerize 27-6-2018 11:26 PM
sirap tu belum letak gula kot?
kalau sirap yang dah bergula, campur susu pekat lagi.. manis tahap gangrene kaki ni
even aiskrim soda tu pun dah manis
Quote pearl.silver 28-6-2018 03:01 AM
Bandung soda ni dr kecik dah buat
Bulan puasa mesti ada sekali menu ni
Tahun ni i cari soda brand f&n xjumpa..
Pakai brand apa tah tak ketahuan
Quote chinta89 28-6-2018 08:52 AM
dh lama buat menu ni mse kecik2.
Quote syue86 28-6-2018 09:15 AM
kalau kat Johor senang jumpa orang jual bandung soda even kat kedai
kat belah kl susah betul nak jmpe..huuuuu..buat sdri je la
Quote icha80 28-6-2018 01:30 PM
syue86 replied at 28-6-2018 09:15 AM
kalau kat Johor senang jumpa orang jual bandung soda even kat kedai
kat belah kl susah betul nak jm ...

Betul.. bandung soda johor mmg best.. open hse raya pun ad je yg hidangkan.. kt sini kedai2 tertentu je jual..
Kalau letak biji selasih lg sedap
Quote syue86 28-6-2018 02:19 PM
icha80 replied at 28-6-2018 01:30 PM
Betul.. bandung soda johor mmg best.. open hse raya pun ad je yg hidangkan.. kt sini kedai2 terten ...

kalau ade selasih lg mantappppp
klu letak cincau lari sket rasa die
sini mmg susah la nk jmpe
sy siap beli air bandung,
bwk blk taruk aiskrim soda
Quote icha80 28-6-2018 02:31 PM
syue86 replied at 28-6-2018 02:19 PM
kalau ade selasih lg mantappppp
klu letak cincau lari sket rasa die
sini mmg susah la nk jmpe

Ha ah.. ltak cincau da lain rasanya..
cer letak susu dutchlady strawberry skt.. sdap tau
Quote syue86 28-6-2018 03:04 PM
icha80 replied at 28-6-2018 02:31 PM
Ha ah.. ltak cincau da lain rasanya..
cer letak susu dutchlady strawberry skt.. sdap tau

letak sikit ek?means resipi sama tp guna susu strawberry or tmbah sket je susu strawberry?
Quote PandaSaka 28-6-2018 03:40 PM
Ini satu spesis dengan soda gumbira kan? yang slalu ada kat kedai indonesia
Quote icha80 28-6-2018 05:08 PM
syue86 replied at 28-6-2018 03:04 PM
letak sikit ek?means resipi sama tp guna susu strawberry or tmbah sket je susu strawberry?

Tambah je.. sesedap rasa
Quote icha80 28-6-2018 05:09 PM
PandaSaka replied at 28-6-2018 03:40 PM
Ini satu spesis dengan soda gumbira kan? yang slalu ada kat kedai indonesia

Yup.. soda gumbira.. pnah try kt wong solo.. okla
Quote syue86 28-6-2018 05:32 PM
PandaSaka replied at 28-6-2018 03:40 PM
Ini satu spesis dengan soda gumbira kan? yang slalu ada kat kedai indonesia

haah kedai indonesia pggil soda gembira
situ je la tmpt lepas gian klu malas nk buat sdri
Quote kibodwatriuh 29-6-2018 10:57 PM
apesal ada susu pekat eh

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.147278 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top