Tidak ada sebab untuk pelakon, Adam Shahz malu apabila mengambil keputusan mencari pendapatan sebagai pemandu Grab. Kerjaya sebagai pemandu Grab itu telah lama diceburinya sejak setahun lebih dan inilah rutinnya pada masa lapang dan menambahkan lagi sumber kewangan untuk menyara hidupnya.
"Sudah setahun lebih saya menjadi pemandu Grab dan Alhamdulillah saya semakin selesa dengan kerja yang saya lakukan. "Selain ia menambah pendapatan, sekurang-kurangnya saya tidak membuang masa tanpa berbuat apa-apa kalau tiada tawaran berlakon," katanya. Dia juga menghadapi pelbagai kerenah ketika sedang menjalankan kerjanya dan pernah digoda dan ditipu oleh penumpang.
"Digoda itu mungkin biasa tetapi biasanya saya tidak layan... Ditipu pelanggan pun ada juga. "Alhamdulillah setakat ini tiada kejadian membimbangkan berlaku. Kalau terpaksa saya akan batalkan pesanan pelanggan jika ada sesuatu yang saya rasa tak kena atau ada mereka menggunakan akaun palsu," jelasnya. Apa pun dia tidak pernah berniat untuk meninggalkan bidang lakonan dan kerja sebagai pemandu ini hanyalah sampingan sahaja. "Saya sayangkan industri dan masih mahu berlakon... Tidak terdetik dihati saya nak meninggalkan industri kerana masih banyak perkara belum saya capai. "Pernah ada pelanggan saya tawarkan saya kerja apabila tahu saya pernah bekerja sebagai jurutera tetapi saya tolak. "Saya sedar kalau saya ada kerja tetap, memang tidak akan ada masa untuk berlakon selepas ini," katanya. Dari buang masa, eloklah yang lain juga ikut cara Adam untuk tambah pendapatan. - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
2
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 2-7-2018 03:37 PM
kenapa tak nak back to engineering line?
"Digoda itu mungkin biasa tetapi biasanya saya tidak layan... "
weirdwaniey replied at 2-7-2018 03:41 PM
Aku slalu kompius dia dgn bf fasha tu
EvieWanKenobi replied at 2-7-2018 03:45 PM
iols tengok bf Fasha macam Ryzal Jaafar..
hehe..
shernazz replied at 2-7-2018 04:30 PM
Bf fasha tu iols.asik teringat.baby pian yang dlm madlipz tu aje..
Sebab rambut dia ala ala.nipis ...
weirdwaniey replied at 2-7-2018 03:41 PM
Aku slalu kompius dia dgn bf fasha tu
ADVERTISEMENT