Sepertimana yang diketahui umum, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Susulan itu, anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib melalui kiriman di Instagram menggesa rakyat Malaysia memikirkan tentang pengorbanan ayahnya yang sebelum ini bekerja keras demi membawa kesejahteraan kepada rakyat. "Selama 42 tahun, dia (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika dia sangat memerlukan kita." Keterangan pada kiriman yang memaparkan Najib memegang seorang bayi itu turut disertai tanda pagar "#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn".
Sehubungan itu, Malaysiakini turut melaporkan Datin Seri Rosmah Mansor tidak hadir ke mahkamah untuk mendengar prosiding pendakwaan bersama ahli keluarga. Menurut saksi, Rosmah kelihatan keluar meninggalkan rumahnya dengan kereta SUV yang dibawa oleh pemandu pada 12.09 pagi tadi. Sehingga kini masih tiada sesiapa mengetahui ke mana Rosmah pergi. Antara ahli keluarga yang hadir ke mahkamah termasuk anak sulung, Mohd Nizar, anak kedua, Mohd Nazifuddin, anak bongsu, Mohd Norashman dan anak perempuan, Nooryana Najwa bersama suami yang merupakan warga Kazakhstan.- CARI
|
10
Bagus |
13
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
25
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT